Nak gaduh sangatkah?
Aku rasa orang jenis inilah yang lari terlebih dulu!
Bukankah penyapu itu alat ke'bersih'an?
Demonstran Bersih bawa penyapu sengaja disalahtafsirkan
Khir Toyo bagi penyapu apa hal?
Bung kaitkan BERSIH dengan 'penyapu' 13 Mei
Datuk Bung Moktar Radin muncul lagi dengan kenyataan kontroversinya.
Anggota parlimen Kinabatangan dan Majlis Tertinggi (MT) Umno itu hari ini mengaitkan kegiatan dalam perhimpunan BERSIH 4 baru-baru ini dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Dalam tweet beliau sebentar tadi, Bung antaranya mengaitkan aksi peserta BERSIH membawa penyapu dengan insiden hari-hari menjelang 13 tragedi berdarah itu.
Penyapu besar yang dibawa dalam sebelum tragedi berdarah itu menurut kapsyen dalam gambar itu mahu digunakan untuk “sapu Melayu”.
"Penyapu gergasi yang diniatkan untuk sapu Melayu diarah sekeliling Kuala Lumpur pada 11-12 Mei 1969," menurut tulisan itu.
Kalau bangsa Melayu tak sedar diri..beginilah jadinya..Bangsa kita akan di Sapu bangsa lain..
Sementara itu, dalam gambar perhimpunan BERSIH pula dimuatkan persoalan berkaitan dakwaan provokasi apabila terdapat peserta membawa penyapu.
"Hari ini provokasi bersifat perkauman ini dimainkan semula.
"Apakah yang cuba dicetuskan oleh pendemonstasi ini?" menurut tulisan itu.
BERSIH: Semua rakyat Malaysia
Sementara itu, Bung sendiri menulis dengan nada amaran kepada orang Melayu.
"Kalau bangsa Melayu tak sedar diri beginilah jadinya. Bangsa kita akan disapu bangsa lain," tulisnya lagi.
Tujuan sebenar pihak yang membawa penyapu itu tidak jelas.
Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, terdapat pihak yang membawa alat pembersih rumah itu sebagai simbolik membersihkan Malaysia daripada masalah yang melanda.
Sebelum ini media prokerajaan dan pemimpin BN mengaitkan perhimpunan BERSIH 4 dengan dominasi DAP dan kaum Cina.
Bantahan anti-Najib itu bagaimanapun memang memperlihatkan pecahan kaum yang ketara, terutamanya pada hari pertama.
Ia antaranya dikaitkan dengan ketiadaan kerahan anggota oleh PAS, parti Melayu kedua dengan keanggotan terbesar selepas Umno.
Seorang anggota jawatankuasa pemandu BERSIH bagaimanapun dalam ucapan di Dataran Merdeka menegaskan mereka tidak nampak Melayu, Cina atau India dalam perhimpunan itu, tetapi “rakyat Malaysia”. - sumber
Berpuluh-puluh kali dan bermacam-macam program di buat dan beberapa lagu seperti Muhibbah di cipta untuk melupakan sejarah hitam tersebut. Tiba-tiba MP BN yang mengaitkan peristiwa tersebut.
ReplyDeleteMana-mana negara tidak menjadi sesuatu kejadian buruk sebagai sejarah sebab itu tarikh 13 Mei di sebut peristiwa.
Jika 13 Mei adalah sejarah sila masukkan dalam mata pelajaran sejarah sekolah menengah.
Budak Bahalol Sabah memang tak akan habis...
ReplyDeleteNegeri sendiri di SAPU bangsa filipino tak nampak. Bahalol betol....
Anak siapa benggap nih??????
Patutnya mangkok ni kena panggai ngan polis.Dia tngah menghasut ka tu...?
ReplyDeleteDia menghasut tu dan aku rasa amat amat terhasut tapi gwa masih KOOL pasal yang menghasut tu seekor sakai hulu yang amat HODOH! Tuuuih.
DeleteAku rasa terhasut sangat sangat ni... ketua tweeter sila siasat kenyataan sakai hodoh nih..
ReplyDeletejenis yg tau buat bising...tak.payah layan..
ReplyDelete