Published: 1 September 2015 | Updated: 1 September 2015 3:00 PM
- Mohsin Abdullah
Ketika "era reformasi" dulu, tidak ramai masyarakat Cina menyertai demonstrasi jalanan yang kerap berlaku khusus pada setiap hujung minggu.
Untuk melumpuhkan atau melemahkan semangat peserta demonstrasi yang majoriti terdiri daripada orang Melayu, jentera propaganda kerajaan, yang dianggotai majoriti orang Melayu juga, "mengguna faktor Cina".
Orang Cina mereka tuduh "ketawa dan bertepuk tangan melihat si Melayu reformis bertempur dengan kerajaan yang diterajui orang Melayu". Maksudnya "Cina seronok tengok Melayu lawan Melayu".
Si reformis Melayu mereka tuduh "bodoh kerana dibelasah, disemburi air dan ditangkap polis sementara orang Cina bersorak dan membuat duit". Tidak perlu jadi "genius" untuk tahu matlamat strategi itu ialah supaya seluruh masyarakat Melayu tidak menyokong gerakan reformasi walaupun terdiri majoriti Melayu.
Dalam erti kata lain, Cina diguna untuk momokkan orang Melayu.
Jika trend mengundi pilihan raya umum (PRU) pada 1999 dijadikan kayu pengukur, strategi itu tidak atau kurang berjaya (sedikit huraiannya di hujung rencana).
Namun itu kisah dulu. Cerita baru ialah Bersih. Khasnya Bersih 4.0. Sekali lagi nampaknya "faktor Cina" digunakan.
Perhimpunan 29 dan 30 Ogos lalu menyaksikan penyertaan ramai masyarakat Cina walaupun Melayu, keturunan India dan komuniti lain rakyat Malaysia turut serta.
Namun berdasarkan bilangan mereka, orang Cina dituduh "mahu berkuasa di negara ini dan menjadikan orang Melayu kuda tunggangan". Dan DAP dituduh dalang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi "mengingatkan" orang Melayu "jangan biar diri diperalatkan DAP". Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menasihati BN jangan "bersusah payah meraih sokongan Cina kerana usaha itu tidak akan berbuahkan hasil".
Pendek kata Utusan mahu BN "to forget the Chinese after Bersih 4" kerana katanya "sebahagian daripada masyarakat Cina mempunyai keberanian luar biasa menunjukkan protes terhadap kerajaan secara terbuka".
Tentunya ramai masih ingat saranan sama dan tajuk akhbar Utusan "Apa lagi Cina mahu?" berikutan pencapaian kurang memuaskan BN pada PRU13 lalu.
Datuk Seri Najib Razak sendiri menyalahkan apa yang beliau panggil "tsunami Cina" sebagai punca prestasi tidak baik BN ketika itu walaupun kekal memerintah negara.
Benar masyarakat Cina kebanyakan berpaling muka daripada BN. Namun imbas kembali PRU 1999.
Perlu diingat orang Cina yang menyelamatkan BN pada pilihan raya itu - semasa sebahagian besar orang Melayu tidak menyokong Umno dan bersedia menumbang kerajaan BN.
Peranan orang Cina pada 1999 diakui Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pemimpin utama BN ketika itu.
Persoalan penting - mengapa orang Cina bertukar daripada penyokong kepada penentang BN? Apa yang mendorong mereka? Persoalan susulan yang tidak kurang penting ialah: Adakah orang Cina saja yang bak kata Utusan Malaysia "punya keberanian luar biasa" sekarang melawan BN? Bagaimana dengan komuniti lain?
Dan adakah sokongan Melayu khususnya di luar bandar terhadap Umno sesuatu yang "terjamin" dulu, kini dan selamanya?
Hayati kata-kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan Hari Kebangsaan tahun ini.
"Pada masa ini, ramai pihak berpandangan negara kita sedang menghadapi masalah defisit kepercayaan yang parah. Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sudah semakin longgar.
“Kepercayaan pelabur dan komuniti perniagaan kepada ekonomi negara semakin luntur,” katanya.
Jika apa yang dikatakan Muhyiddin itu benar, jelas setiap langkah negatif yang membawa kepada keadaan sedemikian tidak berlaku sekelip mata. It did not happen over night.
Sayang Muhyiddin tidak menojolkan kepincangan itu semua semasa beliau berada di dalam Kabinet Najib untuk memperbetulkan keadaan. Atau mungkinkah beliau ada berbuat demikian dan sebab itulah beliau kini berada di luar?
Tidak dapat untuk dipastikan.
Tapi yang pasti , Cinalah yang dijadikan momok. Lantas mudah dipersalahkan. – 1 September, 2015.
Orang cina boleh berdikari tak mcm melayu..
ReplyDeleteOrg melayu dok harap kain.pelikat cap siam rm10 utk undi dacing dan bulan bila tiba pilihanraya
Nak buat macam mana bang, ada melayu mak dia suruh balik sebab saudara mara nak kahwin... tak pi tarik muka.
ReplyDeleteAda melayu masa tulah si lelaki nak merisik dan bertunang dengan perempuan... kalau tak si perempuan cooom satu macam.
Ada melayu keluarga dia masa tulah nak berkumpul sebab cuti panjang sikit.
Ada melayu masa tulah nak pi jalan2... katanya itulah cuti yang ada.
Ada melayu dia salah faham... dia ingat nak kena berkampung 36 jam tanpa boleh balik... ahad kedah kerja.... jadi melayu ni tak pergi.
Ada melayu masa tulah juga wala kat ulama... kalau pi kata nak lawan agama... muka ni yang banyak tak sampai.
Ada melayu ongkos kurang, dulu adalah orang2 wala tok guru walaupun tak subsidi tapi top up2 bolehlah carter bas... sekarang puak2 tu dah tolak hilf al fudul jadi nak pergi sendiri al maklumlah.
Ada melayu tak peduli pun... yang ni memang tak leh buat apa2lah. Tapi lagi baik dari makcik bullshit atas tren tu.... ada bugis tu masuk akaun rm 2.6 billion....dia dok bullshit memanjang.... spesis ni ramai... takleh buat apa2 juga.
Jadi itu yang aku nampak... tapi bila mamak tu datang.... boleh kot jadi wakil 1 juta melayu yang tak datang... ye... tak... agenda dia agenda dialah... janji mesej kita sampai sehingga zahid hamidi lemas perut sehingga menyebabkan anaknya nak angin. Kalau menteri keselamatan dalam negeri lemas perut.... perdana menteri rasanya muntah2lah nampaknya.
Sebenarnya kita patut kata cina dengan cina bergaduh. Melayu lah yang tepuk tangan.
ReplyDeleteKuasa politik cina semakin kurang tapi cina tidak peduli pasal cina tahu melayu umno bangang bangang. Cina (MCA) tetap jugak dapat jadi Menteri dan Timbalan. Melayu UMNO tak fikir kalau MCA yang berkuasa seperti UMNO jangan harap lah UMNO dapat jawatan Menteri dan Timbalan.
Hooraay !
Sekarang yang kena halau pemimpin UMNO sendiri Muhyiddin. Pemimpin Cina di pujuk terima jawatan.
Hoooray !
sebahagian besar org melayu mudah ditipu oleh segelintir elit melayu berkuasa dgn dibantu oleh kroni dan barua mereka. elit melayu ini akan putar belit apa saja hujah, spt yg disebut dlm artikel di atas, utk menakutkan majoriti melayu supaya terus menyokong mrk. selagi mrk berkuasa selama tu lah mrk akan bolot harta kekayaan negara. kroni dan barua dapat serdak, tp cukup memuaskan mrk. oleh itu sedarlah wahai saudara ku bangsa melayu. elit melayu ini lah musuh kita bersama. mrk perlu digantikan dgn pemimpin melayu yg jujur ikhlas berjuang demi bangsa dan rakyat malaysia, bukan utk mengisi kantong mrk semata2.
ReplyDeleteBahalol
ReplyDeleteDi momok momok CINA tapi yang papa kedana miskin meminta RASUAH orang orang malas muka muka Melayu
Apa nak jadi dah?????