Published: 1 September 2015 12:32 PM | Updated: 1 September 2015 1:31 PM
Bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata reaksi PAS yang dilihat berlebihan terhadap aksi segelintir peserta Bersih 4 memijak gambar pemimpin mereka akan menjauhkan lagi parti Islam itu dari pentas utama politik negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015.
Reaksi PAS yang dilihat berlebihan terhadap aksi segelintir peserta Bersih 4 memijak gambar pemimpin mereka akan menjauhkan lagi parti Islam itu dari pentas utama politik negara, kata seorang bekas pemimpin parti itu.
Ini kerana, tindakan itu hanya akan menjauhkan mereka daripada ratusan ribu peserta Bersih 4 dan penyokong mereka selepas berpisah daripada rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP, kata bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar.
Katanya, tindakan PAS itu juga dibuat ketika mereka sedar perbuatan itu satu provokasi pihak luar dan bukan datangnya dari penganjur Bersih 4, kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0.
"PAS akan semakin jauh dari pentas utama politik negara dengan tindakan itu setelah tidak bersama-sama dengan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum menyertai Bersih 4.
"Sudahlah mereka tidak bersama Bersih, kini mereka mahu menyerang peserta Bersih dan penganjurnya dengan alasan ada yang memijak gambar pemimpin mereka.
"Padahal mereka tahu itu kes terpencil dan perbuatan agen provokasi," kata Kamarudin kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Tumpat itu mengulas tindakan PAS yang mahu membuat bantahan besar-besaran termasuk laporan polis, ekoran tindakan segelintir peserta Bersih yang dilihat memijak gambar presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Gambar dan video tindakan beberapa wanita yang menyertai perhimpunan Bersih itu kini viral melalui media sosial khasnya kumpulan perbincangan WhatsApp.
Sedangkan pada masa sama, pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu, juga tidak bersetuju dengan tindakan memijak gambar sebegitu walau dilakukan oleh sesiapapun.
"Perbuatan memijak gambar walaupun dilakukan oleh sesiapa, terhadap sesiapa pun, amat saya tidak setuju," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau sendiri mengakui pernah merasa pilu apabila gambarnya dipijak sebahagian ahli dan pemimpin PAS pada satu demonstrasi di depan pejabat PAS menjelang muktamar tahunan dahulu.
"Saya timbalan presiden ketika itu, alangkah pilu dan malunya saya dan sebahagian pemimpin tidak melenting pun waktu itu," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Sehubungan itu bagi Kamarudin, tindakan ini selain menjauhkan lagi PAS dari pentas utama politik negara, juga menunjukkan parti itu tidak ikhlas kerana tindakan sebegini juga dilakukan pemimpin mereka sebelum ini.
Kumpulan yang memimpin PAS sekarang juga yang memijak gambar sebahagian yang lain dalam satu demonstrasi di depan ibu pejabat parti ketika berkempen menghalau sebahagian pemimpin yang kini berada dalam GHB.
Sementara itu, ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed hari ini berkata, penghinaan peribadi perlu ditolak dalam amalan berpolitik di negara ini kerana ia merupakan politik emosi dan nafsu.
Katanya, apa yang perlu dikembangkan sebagai gantinya ialah politik ilmu dan politik hujah.
"Insiden ini, meskipun kecil dalam satu himpunan besar seperti Bersih, dan diperlakukan oleh mungkin anak muda yang agak beremosi, mengajak kita para pemimpin utama politik menilai pendekatan dan batasan masing-masing dalam mengemukakan perbezaan pandangan dan pendapat, termasuk dalam berpolitik," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, menjadi kewajipan setiap pemimpin utama mana-mana parti politik mendidik ahli membezakan antara perbezaan pendapat dan penghinaan terhadap peribadi seseorang.
"Penghinaan kepada mana-mana pemimpin utama parti politik boleh mengundang reaksi balas yang tidak dapat dijangka.
"Akhirnya, ia boleh membawa kepada pertembungan yang lebih buruk terhadap keharmonian bermasyarakat" katanya yang mengakui sayap parti itu meneliti dengan prihatin insiden itu menerusi rakaman video yang viral tersebut. – 1 September, 2015.
# Kalau pun gambar Najib dan Hadi dipijak, ada tak sesiapa yang bertanya kenapa? Dan apakah salah mereka (Najib dan Hadi) sehingga mereka dibenci sebegitu rupa?
Adakah mereka/rakyat saja-saja nak pijak untuk tunjukkan yang mereka memang kurang ajar?
# Kalau pun gambar Najib dan Hadi dipijak, ada tak sesiapa yang bertanya kenapa? Dan apakah salah mereka (Najib dan Hadi) sehingga mereka dibenci sebegitu rupa?
Adakah mereka/rakyat saja-saja nak pijak untuk tunjukkan yang mereka memang kurang ajar?
Pala hotak hang .......... cuba tengok pala bapak hang kena pijak ......... tak kan hang nak senyum pulak !
ReplyDeleteNii pala bapak ko....nii pale bapak aku, kalu berani ko pijak
DeletePala hotak hang .......... cuba tengok pala bapak hang kena pijak ......... tak kan hang nak senyum pulak !
ReplyDeleteXpe...dulu buat t-shirt gambar mat sabu kat muktamar yg dihadirinya itu adalah amalan mulia lagi Islami
ReplyDeleteWa mau ucap selamat hali medeka . Sikalang wa ada suka sbb wa punya balua sudah medeka ......... dia olang sudah ada pati balu a ........... pati amana . wa tengok itu plesiden pati balu a .......... pati amana sudah medeka dan bebas peluk itu amoi ........... haiya ini balu butut2 Islam bukan macam tuan gulu haji hadi ......... itu tak bole , ini tak bole . Itu macam plesiden pati balu a semua bole ........... ini macam balu bole maju .......... wa punya bussines amoi pun bole maji maaa ! Tak pa Itu hali punya bersih wa kasi percuma bole peluk amai tapi next time kena bayar lo ! Lu olang bole kasi bersih lu punya plug maaa ! Kalau mau lagi power punya lu olang bole angkat pondan maaa ! gelenti lu olang punya plug kasih bersih habis maaa ! Ini macam wa butut suka ......... wa suka wa suka !
ReplyDeleteAda lagi pelawak bodoh bust lawak bodoh....
Deletedia tulis sambil nangis tu hehe
DeleteDulu ada orang kencin kat gambar Lebai Hady tak da hampa kecoh Rak Rak Bom Pun.
ReplyDeleteamenu
Abe
ReplyDeleteSatu alasan remeh yg dijaja oleh p3mimpin PAS adalah perhimpunan aman ini berakhir dengan huru hara bila PAS turut serta. Betul juga kata pemi.pin2 PAS itu termasuk presiden. Tetapi berdasarkan pengalaman Bersih 4.0, bila PAS xsertai, perhimpunan itu menjadi aman dan berakhir aman tanpa huru hara. B3gitu juga kata Tantawi, lepas pe4himpunan bersih yg lepas2, banyak kondom di jumpai. Tetapi bila PAS xsertai, xde pulak kondom yg didakwa Tantawi dijumpai.
Apa kita nak komen dengan f3nomena ini. PAS xikut serta objektif tercapai. Bila PAS ikut serta, hancur l3bur. Bukan je perhimpunan bersih tetapi benda2 lain juga. Bila PAS ada dalam BA, kesudahan BA hancur dengan onar PAS. Bila PAS join PR, PR.hancur sebab kerja lebai UG PAS.
Agaknya PAS ini terlalu suci kot tak boleh bercampor dengan manusia dari kumpulan lain. Patut le HH kata PAS kuat bila bers3ndirian dan xmerosakkan yang ramai.
Haaaiiiyyaaa...anom 5:13 pm, lu punya pikir sama wa punya otak ada sama maaa.....ini sabu manyak kasi susah sama itu kawan2 ghb, mujahit, kolik samak, hatta, hasam musa, drZul lagi itu ulamak Awang, meleka manyak susah mahu kasi jawab sama olang melayu, kalu lu tanya itu Awang ka Mujahit ke drZul ka, mesti meleka cakap ini tidak halam pasal meleka ghb, kalu itu hadi ka, harun ka atau Nik Aziz punya anak ka mesti kecoh satu malaysia oooo...sabu talak sombong punya olang, amoi mau selfie saja maaa...pegang tangan, itu dada manyak rapat pun tidak salah maaa....haaaiiiyyyyaaa.....ini macam melayu sikalang sudah tiada tauhid, wang punya pasat semua tidak halam....wa sudah pening sama ini ghb.
ReplyDeleteIni sekor lagi pelawak bodoh
DeletePAS adalah parti syurga. Sapa2 nak syurga, masuk la PAS. PAS bukan nak bersama rakyat pun. Sama2 pemimpin PAS dan ahli dah mencapai maqam kenabian, kita sumer dah xleh dibuat kawan lagi.
ReplyDeleteEloknya kita hantar derang ni duduk di kayangan saja.
Maklumlah, kan PAS ni Parti orang2 maksum! Bila dia pijak2 gambar2 Mat Sabu, Dr Hatta dan lain2 yang merupakan pemimpin parti mereka sendiri, perbuatan tu tak salah malah dianggap suci dan halal. TAPI, bila orang lain buat kat Tuang Presideng mereka, semua melenting sebab pijak gambo boleh melunturkan kesucian Tuang presideng mereka.
ReplyDeleteSatu hal lagi, bila PAS buat onar dan hantar calon2 bertanding kat 6 kawasan pilihanraya milik PKR yang sudah dipersetujui oleh Pimpinan tertinggi PAS, perbuatan tu adalah mulia dan penuh hikmah (semata2 kerana ia angkara Tuang Presideng) TAPI bila PKR buat Langkah Kajang, berbakul2 umpatan serta fitnah yang menuduh PKR sudah membelakangkan PAS dan PR serta bertindak sendirian. Ni semua bukan kerja munafik ke?
Atau bila benda tu dibuat oleh PAS atas arahan "ulam2ak" maka ia HALAL tapi kalau rakyat biasa dan ahli2 parti lain buat, ianya HARAM, BERDOSA serta menghina Islam? Nampaknya walaun2 dan pemimpin2 walaun PAS semuanya sudah mabok dan mereng! ish, ish takkanlah hanya disebabkan penubuhan parti baru membuatkan PAS jadi meroyan dan "gila isim"? Mana pergi nya tawakal dan redha kamu? Dah hilang sebab jual kat Najib dan UMNO ke? Dah gadai sebab berangan2 nak dapat kerja goyang kaki tapi gaji besor kat Putrajaya ikhsan Najib?
Nick.
Cape Tiger.
Orang orang PAS ini rata rata jenis Bahalol , malas dan suka ber harap.
ReplyDeleteMacam Otak Zaman Batu....
Semua nak FREE tapi tak nak berusaha
Kepala Otak!!!!!!!!
"Kehornatan mesti di cari dengan usaha , bukan tuntut."
Kenapa makin hari makin ramai orang Islam kelihatan sifat kemunafikannya terutama yang "tinggi" ilmu agamanya?
ReplyDeleteHang buat apa yang aku cakap dan bukan buat apa yang aku buat???? Hebat.
Awat Haji Hadi nak jadi "TOKONG" atau "DEWA" bagi orang PASkah? Aku pun sedih juga atas apa yang berlaku pada Haji Hadi. Maklumlah aku pun pernah menuntut ilmu dengan beliau di masjid Rusila pada zaman 80an. Tapi harus ingat, Haji Hadi hanya manusia biasa yang sudah tentu ada silap salahnya. Berbuat kesilapan/kesalahan adalah sifat manusia tapi kalau tak sedar dan tak insaf, maka itu perbuatan setan.
Fitnah ... tak perlu musuh berbuat sedemikian dan kadang kala fitnah itu tertimbul dari perbuatan dan percakapan kita sendiri. Jadi berhati-hati bila berbuat sesuatu.
Mat Sabu manusia biasa. Haji Hadi pun manusia biasa. Kenapa kedua-dua dilayan tak sama di kalangan PAS sendiri? Kalau PAS tak erti HORMAT pada pemimpin depa, jangan harap ....