Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 1, 2015

Parti Pekerja: Nik Amar masih ungkit isu bai'ah

‘Ahli Parlimen PAS keluar parti perlu letak jawatan, elak makan gaji haram’
UPDATED: Sep 1, 2015 10:12pm
Mohd Amar (tengah) berkata, calon PAS terikat dengan sumpah bai'ah dan jika tidak meletak jawatan, maka haramlah segala pendapatan mereka sebagai wakil rakyat. - Foto TRP/ Adnan Mohamad

KOTA BHARU, 1 September:

Jika Ahli Parlimen PAS dari Kelantan yang menyertai Parti Pekerja Malaysia tidak meletak jawatan, semua pendapatan mereka sebagai wakil rakyat adalah haram.
Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, pendirian parti itu amat jelas, iaitu mereka yang keluar parti perlu meletak jawatan, kerana bertanding atas tiket PAS.
“Semua wakil rakyat di Malaysia perlu tahu yang bai’ah itu adalah pengikat. Cuma di Kelantan, kita tambah dengan taklik (cerai talak tiga ke atas isteri), sepertimana yang disarankan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dahulu.
“Cuma kita ingin ingatkan, kalau tidak letak jawatan, apa-apa elaun yang diterima adalah haram..itu janji..tidak ada paksaan. Setiap calon kena bai’ah…tak nak jadi calon, jangan bai’ah,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Tambahnya, setakat ini, hanya seorang wakil rakyat di Kelantan yang terbabit dalam situasi itu.
Mengulas kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Mohd Amar menjelaskan, PAS masih di dalam pakatan terbabit, kerana mereka hanya putus hubungan dengan DAP.
“Sebagai contoh, kalau kita berkahwin dua, kalau cerai seorang, ada lagi seorang isteri dan kita tidak boleh dipanggil sebagai duda,” katanya secara berseloroh.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, 22 ahli PAS yang menyertai Parti Pekerja Malaysia, secara automatik terkeluar daripada parti itu.
“Sebagai mengelak beberapa kekeliruan, kita ingin menjelaskan, peruntukan di dalam Perlembagaan PAS, iaitu Fasa 15, keberhentian ahli. Pertamanya, apabila dia minta untuk keluar parti, keluar sendiri..maka tamatlah.
“Kedua, apabila dipecat sebagai ahli dan yang ketiga, apabila seseorang ahli itu isytihar diri keluar PAS atau sertai parti lain.
“Peruntukan ini jelas dalam Perlembagaan PAS. Apa yang kita ingin nyatakan ialah kesan tindakan ini, apabila seseorang itu menjadi ahli parti lain, maka di saat itu dia gugur sebagai ahli dalam PAS,” katanya pada sidang media hari ini.
Jelasnya, di pihak PAS, tiada apa-apa tindakan, kecuali dari segi pentadbiran, surat akan dikeluarkan berdasarkan Fasa 15 ceraian 1(c), iaitu seseorang ahli itu tidak lagi menjadi ahli, berkuatkuasa dari saat dia menjadi ahli parti lain.
“Merujuk kepada laporan yang diterima (termasuk laporan akhbar), secara sahnya, mereka bukan lagi ahli, selepas tersenarai dalam Jawatankuasa Parti Pekerja Malaysia.
“Ini juga berdasarkan senarai yang dikeluarkan parti berkenaan. Jumlah lain tidak kita ketahui. Apa yang parti lakukan ini adalah sebagai makluman kepada mereka dan akan disertai dengan surat secepat mungkin,” katanya yang turut menjelaskan, setiap surat itu akan disertakan surat sumpah bai’ah yang pernah mereka lakukan.
Jelasnya, jika ada di antara bekas ahli PAS itu yang membuat ‘pusingan U’, mereka perlu mengisi borang keahlian semula dan dibincangkan parti terlebih dahulu, sebelum permohonan mereka boleh diluluskan.

7 comments:

  1. Abe
    Toksoh ngaruk la Nik Amar. Hudud guano doh loni? Dok sibuk benda Allah xperintah.. Hudud yg Alkah perintah tu jadi ke tak jadi nak buat setelah menang naib presiden ni? Hudud dah jadi perintah Allah yg tak perlu segerakan dah jo sebab duku jena segera takut jalah bertanding baib presiden ko?

    Sejak menang ni, hudud pun dah senyak sedu. Jadi lagi ke nak buat dgn UMNO? Pok Jib soleh toksey tujar hudud dgn sokongan MP UMNO di Sabah seramai 26 orang dan MP Sarawak seramai 28 orang dalam nasa orang nak undi xpercaya loni.

    Harapan untuk keno kencing untuk kali ke 3 cerah benar dakam sidang parlimen buksn 10 nih...

    ReplyDelete
  2. Nik Amar ini makan gaji haram sedar ke tidak agak nya?????

    Amanah kerja makan gaji kena kerja kuat macam Lim Guan Eng dan bukan duduk duduk main internet , facebook dan cakap cakap bodoh.

    Tengoj rakyat Kelantan nun ada ke yang sudah baik kehidupan mereka macam melayu melayu di pulau pinang nun. Walau pon jadi pak guard tapi kehidupan lebih baik tak apa....

    Mangsa banjir masih hidup dalam reban reban ke????? Kan bangsa sendiri tu , jadi TMB ada banyak kuasa tolong lah bantu bangsa sendiri yang hidup dhaif nun.

    Tok sah risau baiah baiah ini kerja orang orang malas saja kuat ber harap dan meminta minta.

    Cuba usaha kerja kuat sikit.

    Apa jenis orang ini , ilmu agama tinggi tapi malas ber harap saja. Tau tau nak makan gaji senang.

    Cuba lah ikut gaya Azmin buat kerja kalau tak nak belajar dari Lim Guan Eng.

    Anak siapa nih?????

    ReplyDelete
  3. Hukum yg melebihi hukum Allah.......betul ke Pas ni parti ulamak? Mahzab apa? Mahzab ada 4 je, tak de lak yg kata boleh talak bini jika keluar pas. Wow mahzab kelima ni.......mazhab pas pihpuih! Setahu aku tak leh berbaiah atas benda yg haram. Talak tu haram tanpa syarat yg dibolehkan. TGNA bubuh taklik tu sebagai peringatan sahaja, beliau xpernah menghukum pun. Kalau tidak brahim ali dah jadi duda dah kalau TGNA nak menghukum, kerana bertanding atas tiket Pas.

    Hari tu kata RUU 355 itu hudud mesti sokong, tak sokong munapik, ade ke hukum zina denda rm 1000 dinaik kan ke rm 3000 di katakan hudud. Memang hancing puak ulamak ni! Kencing tepi jalan boleh la, nak kencing rakyat pandang pandang beb sapa yg lebih bodoh, diri sendiri ke rakyat!

    ReplyDelete
  4. Putus kan hubungan dengan PKR.

    Buktikan kemenangan mana-mana calun PAS yang menang tidak ada kena mengena dengan PR.

    Selagi PAScai bersama PKR bererti kemenangan calun PAS adalah kerana PR!

    ReplyDelete
  5. Nik Amar ni tak tahu ke tedarah duit balak melalui penebangan secara haram tu yang HARAM. Yang mungkir janji pada rakyat lagi la tedarah gaji haram. China Kota Bharu dan Temerloh undi engkau dan Nasrudin sebab engkau dalam pakatan rakyat. Bila engkau berpaling tadah, dia orang dah haramkan undi diaorang untuk kau...tedarah gaji haram la tu ngok!

    ReplyDelete
  6. Bodohnya Nik Amar ni. Baiah apa lagi kalau presiden pas yg tolol tu sendiri yg menghalau geng2 anwarinas, jebon semua utk tubuh parti sendiri. Otomatik baiah dgn pas terbatal dgn sendiri.


    presiden pas kuat ponteng tu yg wajib letak jawatan dlm parti, MP dan adun. makan elaun haram.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa