Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 2, 2015

Benarkah tanggapan ini?

Undi Tidak Percaya Pada Najib Sama Dengan Menjatuhkan Kerajaan BN?
Tuesday, 1 September 2015

1. Apa yang tidak diberitahu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad adalah, jika berlaku undi tidak percaya kepada DS Najib Razak, dan undi yang tidak percaya itu sekurang-kurangnya 112 daripada 222, maka seluruh jajaran kerajaan akan turut jatuh. Sudah tentu jumlah majoriti daripada 112 adalah pembangkang (88), dan biasanya, parti yang majoriti yang membentuk kerajaan. Parti yang mempunyai banyak kerusi adalah DAP, ertinya DAP yang mengetuai kerajaan. Jika sekiranya ada sekatan/hambatan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri, namun seorang pemimpin boneka akan di lantik seperti mana berlaku di Perak pada tahun 2008.

2. Atau jika berlaku undi tidak percaya terhadap DS Najib Razak, maka akan terletak kepada pertimbangan SP Baginda Agong parti mana yang paling banyak kerusi di Dewan Rakyat, jika ini berlaku, maka akan kembali kepada parti Umno, kerana Umno merupakan parti yang mempunyai paling ramai di Dewan Rakyat. SPBA akan menjemput daripada Umno untuk menubuhkan kerajaan, dengan syarat pemimpin Umno tersebut mendapat sokongan majoriti.

3.Pada para 2lah yang diinginkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, kerana tujuan beliau hanya menurunkan DS Najib, dan pada masa yang sama mahu mempertahankan kerajaan BN. Apa kah senario ini berlaku? jika berlaku, siapa pemimpin yang sanggup berbuat demikian? sedangkan dalam semangat Umno, Presidenlah yang bakal mengetuai sesebuah kerajaan, kerana atas sifat mempunyai kerusi yang paling banyak. Jadinya, jika kembali kepada parti yang mempunyai kerusi terbanyak maka DS Najib Razak akan mengetuai parti terbanyak, ertinya SPBA akan menjemput DS Najib untuk menubuhkan kerajaan.

4. Melihat kepada senario pada para 3, ertinya undi tidak percaya kepada DS Najib tidak berbaloi, dan ianya semata-mata hanya mahu memburukkan nama DS Najib.

5. Desakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada hari ke-2 himpunan Bersih 4.0 meminta agar ahli parlimen baik daripada BN mahupun pembangkang perlu mengusulkan undi tidak percaya kepada DS Najib di dewan rakyat, sebenarnya hanya bersifat memberi tekanan kepada DS Najib, selain sebagai bahan pihak media tempatan ataupun luar negara untuk diwar-warkan.

6. Atas sebab itu, jika benar ada ura-ura daripada MP BN, yang bakal ikut MP pembangkang, kerana berfikir semula, kerana tindakan seumpama itu, tidak mempunyai kesan tentang pihak mana bakal menubuhkan kerajaan, kecuali, para MP BN itu mengistiharkan keluar daripada BN. Jika itu berlaku, maka mungkin Bn hanya kehilangan kuasa baki yang ada sebelum PRU-14.

6 comments:

  1. Syarat mnjadi pm hendaklah yang pada fikiran ydpa mempunyai keyakinan majoriti ahli2 parlimen. Sekiranya undi x prcaya berjaya pm trsebut bole dpecat ydpa dengan menggantikn dengan yg lain yg pada fikiran ydpa mempunyai keyakinan majoriti dalm kalangan ahli2 parlimen. Tentunya yg mndapat undi x prcaya logiknya juga bukan orang yg mempunyai keyakinan majoriti dikalangan ahli2 parlimen. Buknkah begitu?

    ReplyDelete
  2. Bagaimana jika semua ahli parlimen melayu bersatu dan melantik PM dari kalangan mereka yang layak menjadi PM?

    ReplyDelete
  3. Tanggapan yg seperti atas adalah tanggapan kencing puak najib untuk menakutkan org melayu terutama dalam ameno.......dan ianya adalah usaha puak najib utk mengekal kan pundekau bugis tersebut. Kalau najib ade telur, dia tidak menangguhkan pemilehan ameno sampai begitu lama.........yg menjadi tanda tanya sekaran adakah Pas akan beserta dgn non confidence vote ini? Tanda2 yg apparent, ramai MP pas akan jadi duda.......yg tak jadi duda adalah MP yg bisu dlm parleman. Tau2 la sapa dia.....

    ReplyDelete
  4. Anon 12:55, kalau macam tu.......MP pas akan angkat KULI jadi PM.......ade ke patut? Mereka sendiri x yakin dgn abdul hadi? Nak angkat Wan Azizah hadi x setuju pulak kerana pompuan........kalau nak bincang jauh sekali abdul tu........ade ke dia kata bersih nak lawan dgn Polis gaji kecik.......dia tak baca ke dia bute politik, Allahu'alam. Amma baq.

    ReplyDelete
  5. Yang melantik PM adalah YDPA bukannya ahli parlimen. Pun begitu, yang akan dilantik haruslah pada fikiran YDPA mempunyai sokongan keyakinan majority daripada kalangan ahli2 parlimen. Bila mendapat undi x percaya, bermakan juga tidak ada sokongan majority keyakinan dari kalangan ahli2 parlimen. Oleh kerana yang ada majority adalah umno, PM haruslah dari UMNO juga, dan logiknya Timbalan Presiden UMNO adalah calon terbaik PM - jika tidak siapa lagi.

    ReplyDelete
  6. Ini OTAK BODOH

    Orang tak Ber Fikir saja cakap , jatuh PM jatuh Gomen.

    Budak Bahalol saja nampak POKOK dari HUTAN.

    Kalau belajar dari BUKU LAYAR DAN SAUH , kIamat pon di kata kuasa Mat Bahalol.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa