Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 3, 2015

PAS terperangkap dengan sindrom penafian dan siege mentality

Perihal Bersih 4 dan PAS yang bakal tersisih
Posted on Wednesday, September 02 @ 11:07:45 MYT by paklang
Oleh Nazri Noor

Sayang seribu kali sayang, dikala ratusan ribu rakyat turun merayakan pesta demokrasi Bersih 4 di Dataran Merdeka, parti PAS memilih untuk tidak menjadi peserta. Bukan setakat menjadi pemerhati, bahkan PAS memilih untuk menjadi pengkritik kepada program yang dihadiri suku juta rakyat (mengikut sesetengah bancian) tersebut. Tidak dinafikan, mengikut beberapa badan kajian berkecuali, ratusan ribu perserta bersih tersebut majoritinya adalah bukan Melayu, Cina khasnya.

Yang pasti, PAS terperangkap dengan sindrom penafian dan siege mentality. PAS masih belum bersedia menerima hakikat. Hakikat demokrasi akan terus meriah, dan suara rakyat akan tetap lantang.


Sebelum PAS merasai terdorong untuk kekal berbangga dengan sikap berkecuali mereka dan memperlekehkan usaha penganjur, PAS harus memahami beberapa hakikat dan realiti lanskap politik sediada yang memberi natijah dari boikot mereka, antara lain;

Hakikat 1: Nasib 54 kerusi PAS, ditangan 1 juta pemilih bukan Melayu.

PAS jangan lupa akan percaturan berebut kerusi menjelang setiap pilihanraya. Sudah menjadi tradisi PAS dan persepsi umum PAS sangat bermegah dengan jumlah kerusi yang ditandingi (sekaligus membawa mesej kepada rakyat PAS sangat berpengaruh dalam percaturan negosiasi kerusi, dan bukan parti umpama pipi tersorong-sorong dan terhegeh-hegeh mengharapkan ihsan DAP atau PKR untuk menagih jumlah kerusi yang banyak).

Pada PRU13 yang lalu, PAS diberi sejumlah 73 kerusi , jauh melepasi 51 kerusi DAP. Satu pembahagian yang dikira besar dan pengiktirafan kepada PAS sebagai rakan kongsi utama barisan pakatan pembangkang. Pada waktu itu. Bagaimanapun, semua sudah sedia maklum, pencapaian PAS adalah yang paling tercorot, berbanding rakan kongsi Pakatan Rakyat yang lain.

Dari 73 kerusi parlimen yang di peruntukkan kepada PAS untuk ditandingi pada PRU13, PAS berjaya memungut sejumlah 1,633,389 suara undi.

Satu perkara yang PAS perlu ingat, terdapat lebih 1 juta pengundi bukan Melayu, di seluruh kawasan yang di tandingi PAS. Umum juga mengetahui berbanding Umno/BN, lebih rami kaum bukan Melayu, kaum Cina khasnya yang mengundi Pakatan Rakyat, termasuklah PAS. 

Dengan kata lain, hasil gabungan dalam Pakatan Rakyat, PAS mendapat limpahan manafaat undi bukan melayu, yang membantu memenangkan calon-calon mereka.

Dari 73 kerusi tersebut, sejumlah 54 kerusi PAS adalah bergantung kepada undian bukan Melayu. Tanpa undi bukan Melayu, PAS tidak mampu memperoleh majoriti yang begitu besar untuk menewaskan Umno, ataupun setidaknya mampu merapatkan jurang defisit majoriti Umno/BN kedalam jangkauan untuk menang.

Tetapi dengan sikap yang merasakan mereka kuat, mampu bersendiri, dan tidak memerlukan ihsan pengundi bukan Melayu, PAS berdepan dengan risiko kehilangan semua 54 kerusi tadi.

Hakikat 2: Nasib 21 kerusi yang dimenangi, belum tentu milik mutlak kelompok konservatif.

Dari 21 kerusi yang dimenangi, sejumlah 13 kerusi sememangnya sudah diiktiraf sebagai kerusi PAS, secara geografi, tradisi mahupun demografi pemilih melayunya.

Bagaimanapun, harus diingat 13 kerusi ini tidak semuanya dikira kerusi selamat untuk PAS. Sekurang-kurangnya 4 kerusi boleh dikira marginal dan masih dalam jangkauan untuk direntap musuh tradisinya, Umno

Dari baki 9 kerusi yang ‘betul-betul selamat’ dari jangkauan Umno itu pula, tidak semuanya boleh dikira sebagai kerusi milik mutlak puak-puak konservatif dalam PAS, mengambilkira pergolakan dalaman dan pengaruh puak-puak progresif yang cuba disingkirkan puak konservatif.

Ringkasnya, dari 21 kerusi yang dimenangi pada PRU13, kerusi yang betul betul boleh dianggap kubu kuat PAS, boleh dikira dengan jari. Selebihnya boleh dianggap milik kelompok progresif yang kini sudah mengistihar diri mereka bersama parti baru, atau pun mereka yang sedang bersiap sedia untuk terjun bersama parti baru.

Hakikat 3: PAS akan tersisih

Amat malang jika PAS memilih untuk merasakan diri mereka hebat dan tidak perlu bergabung dengan pihak lain untuk mencari sinergi, hatta dengan parti Harapan Baru yang mereka anggap derhaka dan serpihan itu. 

Jika PAS masih berdegil dan masih dalam mode penafian, jangan terkejut jika PAS selamat dengan 7 atau 8 kerusi Parlimen, dan berisiko kehilangan negeri kubu tradisi mereka, dan akan tersisih secara semula jadi. 

Mungkin menerima senasib yang sama seperti parti Saadet Turki yang menafikan kemunculan dan kemaraan parti AKP yang asalnya dianggap serpihan. Lainlah kalau PAS melihat Umno, sebagai talian hayat politik mereka.

6 comments:

  1. Masaalah Pas atau lebih tepat lagi, masaalah Hj Hadi dan geng ustaz2 dengan DAP, adalah keberuntungan besar dari segi sokongan orang melayu yang diperolehi oleh DAP apabila menyertai PR. Hj Hadi dan kroni2nya tidak senang hati melihat DAP semakin mendapat tempat dihati para pengundi Melayu terutama dari golongan muda dan golongan terpelajar. Sama seperti UMNO, PAS ingin agar DAP sentiasa dilihat sebagai parti kapir, parti yang berasal dari komunis dan sentiasa terpinggir dari kepercayaan pengundi melayu. PAS sebagai parti cauvenis melayu yang berlabelkan Islam tidak senang dengan keyakinan orang melayu terhadap komitment DAP terhadap proses demokrasi yang bersih dan adil. PAS seperti juga UMNO masih mahukan demokrasi Malaysia berorbitkan politik agama dan perkauman yang merupakan isu "bread and butter" bagi PAS dan UMNO.

    Politik yang bersih dari perkauman dan agama tidaklah menguntungkan PAS terutamanya apabila para pemimpin PAS yang terkini tidak mempunyai keupayaan dari segi kelayakan mahupun bakat untuk "survive" dalam environment politik yang moden dan terbuka. Tanpa isu2 agama dan perkauman, pemimpin2 PAS akan terdedah sebagai ahli2 politik yang dangkal, mundur serta kampungan, tidak berdaya untuk mempimpin negara kearah kemajuan apatah lagi untuk menjana masyarakat yang progresif serta celik politik. Maka dengan sebab itulah, PAS dan HJ Hadi suka mencari isu dan titik retak dengan DAP dan dengan sebab itu jugalah para pemimpin2 progresif PAS ditendang keluar. Semuanya demi mempertahankan Hj Hadi dan kelompoknya yang masih berpaut kepada politik sempit perkauman dan agama.

    Kewujudan pemimpin2 progresif dalam PAS dan kerjasama dengan DAP walaupun baik untuk rakyat, berupaya menyerlahkan ketidakmampuan dan ketidakbolehan pimpinan PAS dibawah Hj Hadi sebagai parti politik yang "boleh menjadi Kerajaan" atau government in waiting. DAP dan pimpinan PAS dari golongan progresif adalah ibarat cermin yang menyerlahkan wajah Hj Hadi dan kelompok2nya sebagai "failed leaders and politician", tidak cemerlang sebagai ahli politik dan yang lebih teruk lagi, langsung tiada aura dan kemampuan sebagai kerajaan (pentadbiran negeri Kedah yang lalu serta negeri Kelantan selepas Almarhum Nik Aziz merupakan dalil terbesar perkara ini). Maka tiada cara lain bagi Hj Hadi dan kelompok2nya untuk menyembunyikan kelemahan mereka ini selain dari memutuskan hubungan dengan DAP dan membuang ahli2 mereka yang terlebih menonjol dan hebat persona politik mereka melebihi dari Tuan Presideng dan juak2 pilihannya.

    Kelihatannya PAS sama seperti UMNO, tidak suka kepada golongan intelek, hanya mahukan ahli2 yang taat setia membuta tuli dan langsung tidak mempunyai keinginan untuk mempersoalkan tindak tanduk pemimpin ulamak mereka. Maka adalah tidak menghairankan kebelakangan ini PAS amat mesra dan senang untuk bekerjasama dengan UMNO dalam hal2 yang remeh temeh dan yang membelakangkan kepentingan rakyat..Ruu yang cuba dibawa Hj hadi merupakan "classic example". Ianya RUU yang tidak banyak impaknya kepada undang2 yang sedia ada dan keperluannya untuk dibentangkan sehingga sanggup membelakangkan parti2 sekutu PAS boleh dipertikaikan kerana ianya bukan hudud dan mempergunakan ia sebagai sebab untuk menghancurkan pakatan yang telah dimeterai menjadikan rakyat sangsi akan niat serta keikhlasan PAS terutamanya Presideng PAS sendiri.

    Natijah besar yang dapat dilihat dari kelakuan PAS dan pimpinannya adalah PAS bukan lagi parti politik yang boleh dipercayai oleh para pengundi PR dan ketidakhadiran PAS semasa BERSIh menguatkan lagi persepsi ini. PAS sebenarnya sudah tersisih dari arus politik perdana dan malangnya pimpinan baru PAS langsung tidak sedar akan perkara yang sepenting itu. But then again, it is to be expected with the current crop of leaders in PAS.

    Nick .
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Rakyat keseluruhan sudah sedar PAS tidak jujur.

    PAS akan bungkus dan pupus sebelom PRU14 kerana tiada modal kewangan tuk biaya Deposit PRU14.

    Rakyat bukan bodoh walau sebahagian besar orang orang Melayu bodoh. CINA INDIA tetap tidak sokong PAS.

    Tiada siapa yang waras ber fikir mahu di pimpin orang BODOH TAHAP PAS.

    PAS akan Bungkus itu Fakta Menunggu MASA!

    ReplyDelete
  3. Nick mcm la kamu tu bagus sgt tahu pemikiran pemimpin pas padahal kamu pikir entah ikut terpengaruh dgn pemikiran siapa.pas putus hubungan dgn dap sbb
    mereka yg buat provokasi dulu.sebabnya
    mereka dah ramai penyokong dr org cina n
    melayu yg mcm kamu.jd mereka rasa org pas yg nak buat hudud tu mcm meyusahkan mereka utk terus mendapat sokongan.itu sbb org cina n ada org melayupun mmg tak suka dgn hudud.dengar perkataan hudud je mereka kata jumud.tak relevan ketinggalan zaman.pas hanya nak buat hudud dulu bknya menolak pr.dap yg terlebih lebih.anuarpun masih ingin berbaik dgn pas buat apa nak cari musuh.bkn ke jika ada pas akan menguatkan uasaha utk keputrajaya.meminggirkan pas bkn sj akan memberi kesan yg buruk kpd pas malah mungkin akan membantutkan lg udaha ke putrajaya.sedangkan org melayu mungkin masih ramai yg berpihak kpd umno.hanya penyokong pas yg telah diambil n dipecah kan oleh amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika masih ramai melayu berpihak kpd umno dlm suasana umno tertempek dgn pelbagai skandal, khasnya melibatkan najib, bermakna pas, terutama presidennya, telah GAGAL!

      Delete
  4. Kenapa bila pas putus dgn dap baru nak mengata ia gagal.knpa tak kata sebelum dari itu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa