Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 4, 2015

Kisah dongeng dua pak lawak yang bangkrap idea

03:30PM Sept 03 2015
KOMEN pembaca Semut Harian

James Gan: Mereka berdua ini hanyalah pelawak yang membuat persembahan yang tidak kelakar. Tidak faham bagaimana seorang daripadanya pernah menjadi wartawan.
Dalam setiap lapangan pasti ada kambing hitam yang merosakkan imej lapangannya.
Agak terkejut bila mendengar seorang bekas wartawan dari Sarawak akan bertindak sehingga begini untuk mengaitkan beberapa politikus dan VIP dalam plot menggulingkan Najib Razak.
Kini mangsa terbaru adalah Dr Mahathir Mohamad dan seorang “menteri Sarawak”. Kasihan menteri itu! Kita pasti tidak akan tahu siapakah dia. Nampaknya satu lagi cerita mengarut dari Lester dan kawan-kawannya.
MusaNg: Simpati saya kepada Melanyi kerana ditimpa strok.
Melanyi dan Rao perlu lebih berusaha kerana nampaknya tiada siapa yang percaya kepada mereka.
Mungkin kegagalan menjalankan tugas walaupun sudah dibayar telah menjejaskan kesihatan mereka.
Saya cadangkan agar mereka menjaga kesihatan dan mengambil langkah sepatutnya agar tidak ditimpa apa-apa kesusahan atau akibat.
Ruchairacat Somponga: Lester patut balik sahaja ke rumah panjangnya dan tanam padi, tutup mulut agar tidak memalukan orang Sarawak.
Helen Powers: Ramesh Rao cuba mengambil kesempatan untuk menempa nama.
Mok Khuen: Shuman, saya sokong perenggan terakhir anda. Teruskan kerja baik anda.
Abdul Rahim Hashim Hallis: Lester dan Rao, cukuplah dengan penipuan dan cerita.
Garry Ee: Bercakap tanpa berfikir samalah seperti memandu sambil menutup mata.
Kok Meng: Saya masih tidak faham mengapa akhbar dan portal memberi ruang kepada dua orang ini.
Tolonglah, sebagai wartawan anda memikul tanggungjawab untuk melaporkan perkara yang benar agar rakyat tahu. Bukan melaporkan semata-mata.
Jangan benarkan diri anda dipergunakan untuk agenda dan kepentingan orang lain.
Kathy Goon: Tidak perlu peduli dengan mereka. Apa yang mereka cakap langsung tidak relevan.
Stephen Tan Musashi: Mereka ada keberanian tapi kurang cerdik.
Lawrence Tan: Dua badut ini hilang sekejap selepas menerbitkan video mereka yang mendakwa Tony Pua pernah bertemu Justo di Singapura. Mereka pernah kata video seterusnya akan menyusul, namun sehingga kini belum ada.
Nampaknya mereka baru terima habuan, sebab itulah muncul semula.
Mary Lau: Dia ini bersungguh-sungguh untuk “mengiklankan” kebodohan dirinya.
Komen-komen berikut adalah daripada artikel, “Ramesh Rao’s PC turns farcical due to lack of evidence” yang disiarkan pada 2 September.

1 comment:

  1. Macam mana budak bahalol yang Bankrap boleh di beri tempat ???

    Something not right!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa