Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 1, 2015

Status negara dunia pertama?: Mentaliti Pemimpin pun belum berubah!

Status negara dunia pertama? Pemimpin perlu ubah mentaliti terlebih dahulu!
04:30PM Sept 01 2015
oleh Edmund Lee

PANDANGAN: “Anda semua telah menjatuhkan air muka setiap politikus Australia,” kata Stephen Callaghan dalam blognya.
Beliau sudah cukup meluat dengan faedah istimewa perjalanan menggunakan duit pembayar cukai yang dinikmati politikus. Sehinggakan beliau menubuhkan laman GoFundMe dan meminta percutiannya turut didanai sama seperti yang diterima politikus.
Callaghan berkata yang kemarahan masyarakat terhadap kelebihan perjalanan yang diberikan kepada politikus Australia itu dicetuskan oleh tindakan bekas speaker Bronwyn Bishop menggunakan helikopter yang memakan kos A$5,000 bagi satu perjalanan jarak dekat. Kemarahan semakin bertambah apabila kelebihan-kelebihan lain turut didedahkan.
Maklumbalas terhadap permintaannya cukup luar biasa – orang awam menyumbang lebih A$6,000, melebihi sasaran asal iaitu A$5,000.
“Saya sudah mengumpul lebih banyak daripada yang disasarkan, saya tidak menjangka akan menerima langsung pada awalnya.”
Katanya lagi, sebahagian besar sumbangan daripada rakyat biasa “yang turut marah sepertinya”.
Sekian lama menteri-menteri dan pemimpin kita yang berkuasa telah mengambil kesempatan terhadap kita – dengan membelanjakan wang awam seperti milik mereka sendiri.
Mereka lupa yang pembayar cukai seperti kita berhak mendesak agar wang tersebut digunakan secara bertanggungjawab dan untuk kebaikan rakyat, bukannya untuk diri, perniagaan atau kroni mereka.
Pembelian jet peribadi untuk perdana menteri tentunya tidak termasuk dalam harapan kita. Isu itu menarik perhatian apabila kita sedar yang wang tersebut boleh digunakan untuk membina lebih banyak sekolah, klinik atau rumah mampu milik bagi warga yang miskin di pedalaman – ironinya orang yang sama yang mengundi Umno BN dan membuatkan mereka kekal berkuasa.
Pada Desember lalu, Malay Mail menyiarkan artikel yang memetik laporan Global Financial Integrity yang berpangkalan di Washington tentang aliran wang haram di negara-negarga membangun yang mencecah US$1 trilion. Ia menunjukkan tahap korupsi, pengubahan wang haram dan dokumentasi dagangan palsu yang tinggi.
Malaysia berada di tangga ke lima daripada sepuluh negara membangun yang disenaraikan dalam laporan itu dengan US$48.93 bilion keluar dari negara – sesuatu yang pasti membuatkan rakyat Malaysia yang patriotik merasa bangga.
Cara utama untuk mengalirkan wang keluar daripada negara ini adalah dengan mengeluarkan invois transaksi yang salah yang membenarkan pengeksport dan pengimport membiarkan wang itu di luar negara.
Dan skandal 1MDB dan transaksinya yang meragukan juga telah menimbulkan syak wasangka yang amalan tersebut sebenarnya lebih parah berbanding yang dinyatakan dalam laporan.
Akhbar Wall Street Journal telah menyiarkan laporan menggemparkan yang wang daripada akaun pelaburan luar negara berkemungkinan telah disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri Najib Razak, walaupun ia dinafikan secara terbuka oleh Najib dan mengatakan ia daripada sumbangan pihak dari Timur Tengah.
Maka apakah perbezaan antara Australia dan Malaysia, apabila kedua-dua warganya secara terbuka menyelar salah laku kerajaannya?
Kita telah “bertoleransi” dengan hal ini berdekad lamanya. Warga Australia pula tahu hak mereka, dan tahu yang mereka boleh mengundi kerajaan baru jika kerajaan sedia ada gagal menepati jangkaan mereka.
Di sini, kerajaan Umno BN pula seperti mentadbir dengan kepercayaan yang kita sepatutnya menepati jangkaan mereka.
Jika “keimpinan melalui tauladan” dijadikan kayu ukur kepada pembaziran, rakyat Malaysia pasti tertanya-tanya sama ada pemimpinnya telah mempunyai hobi baru, iaitu mengumpul jet peribadi – dengan pesawat Airbus ACJ320 sebagai koleksi terbarunya.
Patutkah kita memberikan tepukan dan berkata, “kini semua orang boleh terbang”?
Tentu sekali tidak!
Masakan boleh begitu – apabila kita melihat perdana menteri Britain David Cameron menggunakan keretapi London Underground untuk menghadiri temujanji kerana merasakan ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Adakah hal seperti ini akan dapat dilihat berlaku di Malaysia?
Jika perdana menteri kita dan barisan kabinetnya jujur mahu mengubah Malaysia menjadi negara dunia pertama, beliau perlu mengambil langkah pertama dengan mengubah mentaliti mereka sendiri, dan sentiasa membuat perkara yang betul.
Dengan kemerosotan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup, tadbir urus yang lemah dan korup, ia tentunya tugas yang hampir mustahil dan mungkin juga sudah terlambat.
Rakyat Malaysia berhak mendapat yang lebih baik, tetapi adakah kita akan mempunyai keberanian yang cukup seperti Stephen Callaghan dan berkata kepada kerajaan – “Anda memang memalukan!” 

2 comments:

  1. mentaliti pemimpin negara dunia pertama ikut kapir
    matlamat halalkan cara
    mentaliti pemimpin negara dunia pertama ikut Islam
    amanah
    tidak jadi hamba negara lain
    selalu ingatkan rakyatnya jangan main judi minum arak berzina rasuah
    belajar rajin
    untuk rakyat yang beragama Islam ingatkan mereka hari balasan dimana
    semua manusia kena diadili
    laksanakan hukum hukum Allah

    jangan tinggal laungan saja
    lombu mengaum tetap lombu

    ReplyDelete
  2. Bahalol tetap Bahalol

    Kalau Otak masih di Pekan , hidup di Bandar bukan Bukti Otak Bandar.

    Dah Bahalol tak boleh buat apa apa dah.

    HIDUP TUN MAHATHIR!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa