10:30AM Sept 01 2015
oleh Aziz Bari
SUARA LANTANG: Cawangan Khas (SB) ialah cawangan pasukan polis yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam negara. Secara perlembagaan, perkhidmatan awam- walaupun berada di bawah kerajaan yang sedang memerintah- perlu berkecuali dan tidak terikat kepada parti politik.
Tetapi kerana kita telah diperintah oleh Umno-BN sejak 1957 dan Umno nampaknya langsung tidak menghormati Perlembagaan, garis sempadan tersebut telah menjadi kabur. Dan untuk memburukkan keadaan, kita tidak pernah melihat parti lain selain Umno yang mengetuai kerajaan. Semua ini menjadikan pengawai kerajaan merasakan bahawa mempertahankan Umno ialah mempertahankan negara.
Tetapi situasi ini tidaklah unik hanya di Malaysia. Pada era pertengahan 1990-an, malah di United Kingdom, perkhidmatan awam di sana sukar menetapkan sempadan antara kepentingan parti pemerintah dan negara.
Maka tidaklah mengejutkan apabila dilaporkan yang pegawai kanan SB Abdul Hamid Bador merasakan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ialah perwira negara. Walaupun wujud perkara baik mengenai kontroversi perpindahan pegawai polis itu, yang pasti hasil daripada situasi itu kita mengetahui yang SB bekerja untuk parti pemerintah berbanding mengekalkan sikap berkecuali perkhidmatan awam sepertimana dihendaki oleh Perlembagaan.
Ingat lagikah kejadian di mana SB- iaitu pengarahnya Mohamed Said Awang dan para pegawainya- yang didakwa digunakan oleh Mahathir untuk menjatuhkan bekas timbalan Anwar Ibrahim dalam perbicaraan mahkamah selepas pemecatannya pada hujung 1998?
Malah semua pasukan polis digerakkan oleh Mahathir untuk mengekang penyokong Anwar yang melakukan bantahan jalanan di Kuala Lumpur.
Ketika krisis politik itulah yang menyaksikan KPN ketika itu Rahim Noor (kanan) yang akhirnya disabitkan kesalahan kerana mencederakan Anwar sewaktu dia di tahan di ibu pejabat polis persekutuan.
Mereka yang mengambil bahagian dalam bantahan jalanan itu masih mengingati bagaimana pegawai-pegawai SB yang diletakkan dalam bantahan untuk menjadi agen provokasi semasa bantahan berlangsung. Dalam mahkamah dikisahkan bagaimana pegawai-pegawai ini menyoalsiasat pembantah yang ditahan, termasuklah Abdul Malik Hussin yang dipaksa meminum air kencingnya sendiri!
Saya masih ingat cerita yang diberitahu oleh seorang pegawai SB pada awal 1980an bagaimana Menteri Dalam Negeri ketika itu Musa Hitam menggunakan jawatannya untuk menentang musuhnya Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan jawatan timbalan presiden Umno. Musa menjadi timbalan Mahathir yang menggantikan Hussein Onn sebagai presiden Umno dan perdana menteri pada tahun 1981.
Menariknya, kedua-dua Mahathir dan Musa hampir menjadi mangsa apabila polis berada di bawah musuh politik mereka, iaitu Menteri Dalam Negeri Ghazali Shafie, yang merupakan pengganti Musa.
Ini didedahkan oleh Dr Syed Husin Ali dalam memoirnya. Bekas profesor sosiologi Universiti Malaya itu menulis yang SB memintanya untuk mengaitkan Mahathir dan Musa dengan elemen komunis dalam kerajaan. Kemudiannya didedahkan juga yang pentadbiran Hussein Onn memenjarakan beberapa politikus Umno dan pembantah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 pada lewat tahun 1976.
Perlu juga dikatakan yang Suruhanjaya Dzaiddin, yang merupakan suruhanjaya diraja ditubuhkan oleh Abdullah Badawi pada 2003, mencadangkan rombakan besar-besaran kepada penubuhan dan operasi SB dalam laporan mereka. Suruhanjaya yang ditubuhkan untuk menilai kedudukan dan tugas kerja pasukan polis itu juga mendedahkan korupsi yang berleluasa dalam pasukan polis.
Juga di cadangkan pihak pemantau dalam bentuk IPCMC. Awalnya perdana menteri Abdullah Badawi bersetuju. Tetapi akhirnya dia menarik balik keputusan apabila pihak polis, diketuai oleh KPN Mohd Bakri Omar, memberi kata dua kepada kerajaan. Ini sahaja membuktikan bagaimana Umno sangat bergantung kepada pihak polis untuk kelangsungan politiknya.
Selain daripada SB, kerajaan juga mempunyai sebuah lagi agensi perisikan di bawah kuasa tentera. Seperti SB, ia juga diketuai oleh pegawai berpangkat Jusa B, seorang jeneral tiga bintang. Skim ini nampaknya biasa di amalkan oleh tentera di seluruh dunia, tetapi, sewaktu pilihanraya kecil baru-baru ini di Permatang Pauh, seorang pegawai perisikan tentera di tangkap melakukan aktiviti untuk BN yang calonnya akhirnya kalah.
Memandangkan apa yang kita lihat setakat ini dan apa yang telah dicadangkan oleh suruhanjaya diraja, sudah sampai masanya kita mempunyai agensi perisikan yang lebih telus dan bertanggungjawaban yang mana tugas sebenar mereka adalah untuk keselamatan negara.
Dan jelas sekali, SB tidak boleh kekal seperti kini. Kita mempunyai banyak model di seluruh dunia untuk dicontohi; samada CIA-FBI di Amerika Syarikat atau M15-M16 di United Kingdom. SB yang merupakan legasi pemerintahan British dan zaman darurat memerangi komunis sudah tidak relevan lagi.
Seperti mana-mana demokrasi, agensi ini perlu juga boleh dipantau oleh Pembangkang di Parlimen. Pemimpin politik pembangkang sepatutnya menjadi tuan mereka dan bukannya sasaran mereka sepertimana berlaku di bawah pentadbiran BN selama ini.
Pembayar cukai tidak lagi perlu mengekalkan penjawat awam yang berkelakuan seperti Savak milik Shah Iran atau agen Nazi Gestapo, menzalimi atau cuba memaksa mereka menerima kepentingan parti pemerintah.
Dr Abdul Aziz Bari adalah bekas profesor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di mana dia mengajar undang-undang selama lebih 22 tahun.
setiap jabatan mesti dipantau
ReplyDeletekalau tidak akan jadi besar kepala
salah guna kuasa berleluasa tanpa boleh ditegur
macam mana pihak polis boleh ugut kerajaan yang nak pihak polis dipantau ketika itu (dolah badawi)
mesti berkecuali
banyak lagi ajensi risik ni bukan itu saja
sebagai orang Islam jangan lupa diri kita pun diperhati oleh
dua malaikat setiap saat sampai mati
Kerana tidak percaya dan bimbang di jatuhkan secara sulit, mana-mana organisasi perniagaan pun ada 'SB' termasuk lah MBI Selangor. Dalam parti pun ada 'SB' semasa pemilihan.
ReplyDeleteDalam SB pasukan Polis pun ada 'SB'.
Lebih ramai 'SB' bawah tanah dari SB pasukan Polis.
Macamana seseorang itu nak perintah bila berlaku krisis kepercayaan. Ini semua kerana tidak peduli sistem yang ada dan tidak peduli betul atau salah asalkan ada kuasa
UNTUK UMNO dan BN lah....
ReplyDeleteBebudak Bahalol makan gaji buta saja sampai lupa sholat dan tuhan
ReplyDeleteKIOK nanti tau lah azab dalam kubor hidup aniaya orang.
SB -= sial babee
ReplyDelete