Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 16, 2016

Alaa........takyah cari pasal, tinggalkan saja PKR dan gabung saja dengan UMNO!

Kerjasama putus jika PKR khianati Pas
NIZAM ZAIN - 16 JANUARI 2016
Mohd Khairuddin (tengah) pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki di Hotel Everly, Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN

PUTRAJAYA - Pas tidak teragak-agak memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti pelbagai kaum itu mengikut jejak langkah DAP.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya di kawasan Pas.

"Prinsip Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat, walaupun PKR ada perjanjian dengan Amanah dan DAP, namun kita kena tengok dari semasa ke semasa.

"(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas. Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam bahawa PKR tetap bekerjasama dengan DAP dan Pas bagi menghadapi PRU14 khususnya di Selangor.

[ARTIKEL BERKAITAN: PKR tetap jalin kerjasama DAP, Pas]

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin juga berkata, Pas tidak mahu 'diperkuda' oleh PKR seperti mana yang dilakukan DAP bagi memenangi pilihan raya lalu.

"PKR (mahu) guna tenaga kita untuk pilihan raya (PRU14), lepas pilihan raya pula, ia mempergunakan kita ini bukan untuk prinsip Islam," tegasnya.

Rabu lalu, Pas Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri itu dalam majlis anjuran Amanah.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menyerahkan kes tersebut kepada kebijaksanaan Pas negeri untuk menanganinya.

"Kita sedia bersendiri walaupun tanpa DAP dan PKR, kita juga boleh bekerjasama dengan parti-parti baharu yang lain

"Kita akan bekerjasama juga dengan NGO untuk buat kerjasama politik ke arah politik baru tanpa mengabaikan keperluan rakyat itu khususnya dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya lagi.

21 comments:

  1. PKR ada t**** op terlupa dan tersasul PKR tak ada itulah sebabnya PAS kata bermacam dan pelbagai caci tapi PKR tetap pekak kami yang dibawah sana terlalu sakit dalam hati bila membaca caci demi caci yang terhambur dari pelbagai pemimpin tertinggi PAS itu,kalau inilah pendirian pemimpin PKR lebih baik bubarkan saja PKR dari terus menrima cacian dan penghinaan dari pemimpin PAS yang langsung tidak menunjuka ikhsan sebagai sebuah parti yang konon berperinsip islam.

    ReplyDelete
  2. Ramai betul ustaz sewel dlm pas sekarang..kau tikam belakang kawan boleh..

    ReplyDelete
  3. kah kah kah
    di Kelantan AMANAH dan "harum manis" mula menjadi penganti kepada PAS.
    Ahli dan penyokong PAS kecewa, kerana ceramah PAS tidak lagi menjadi medan untuk memberi maklumat mengenai penyelewengan UMNO. Bahkan ahli dan penyokong PAS menghadiri ceramah PAS seolah-olah berada dalam kem BTN.
    Rakyat dan penyokong PAS telah nampak bahawa PAS sudah tidak mempunyai selera untuk melawan UMNO. Bahkan rata-rata penceramah PAS menghalakan senapang mereka untuk menembak DAP dan AMANAH dari menyerang salah urus dan penyelewengan yang diamalkan oleh UMNO.
    Kegusaran ahli dan penyokong PAS kepada hala tuju dan masa depan PAS tidak boleh lagi ditutup dengan retorik dan jubah pimpinan PAS.
    PAS tidak boleh menyembunyikan rasa tertekan mereka dengan kebangkitan AMANAH dan "harum manis" di Kelantan. Bahkan mereka sepatutnya cemburu kepada AMANAH, kerana ceramah AMANAH digerakkan dan dihadiri oleh ahli PAS dan penyokong PAS.
    Sesuatu yang menarik, pendengar yang menghadiri ceramah begitu teruja dan bertepuk tangan bila perkataan "penasihat" disebut oleh mana-mana penceramah.
    Mengambil contoh ceramah yang diadakan di kubu kuat PAS di Kg Laut dalam DUN Pasir Pekan (MB Kelantan) dan Perlimen Tumpat (Kamarudin Jaafar). AMANAH telah berjaya menebusi kubu kuat PAS, bahkan lebih berjaya dari majlis ceramah yang dibuat oleh UMNO.
    Sudah sepatutnya PAS merasa gusar dan panas pedih dengan keadaan ini sehingga memberi amaran kepada PKR. Namun PAS mesti ingat bahawa hidupnya PKR bukan atas sedekah dan ehsan dari PAS. Bahkan PAS bukan merupakan "penjaga nyawa" yang menentukan hidup mati PKR.
    Pemimpin sepatut merasa malu bila mereka tanpa segan dan silu telah mengkhianati PKR dalam pilihanraya ke13 lepas. Namun Anwar Ibrahim, Presiden dan ahli PKR tidak penah mengungkit pengkhianatan tersebut, bahkan amarah dan kecewa mereka ditanam kemas dalam hati sanubari mereka.

    ReplyDelete
  4. "(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas. Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," 
    Ayat yang diungkapkan sebagai merapu sebab dalam masa yang sama PAS menjadi penasihat kepada musuh PKR, Amanah dan PAS sendiri. Apakah ayat itu ditujukan pada PKR atau kepada PAS sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hj hadi jawab.. 'suka hati akulah'

      Delete
    2. Kalau hj hadi jawab.. 'suka hati akulah'

      Delete
  5. tapi dengan pengkhianat negara dan agama tak apa buleh kerjasama...macam la PAS tu parti maksum...temberang punya manusia...

    ReplyDelete
  6. Tertipu dgn ularmak pas sekarang. Baik dgn umno. Garang dgn pan dan pkr. Dah lama perang dgn dap. Tp masih perintah selangor bsama dap. Tak haram ke bsama dap? Kitab mana dia rujuk? Pas mcm orang gila. Akal waras sukar nak faham. Aku rasa mb mad kool akan kalah di pasir pekan. Wait n see. Haha. Rakyat kelantan sedia utk ajar ulamak chai. Pas bila dah senang bukan nk jaga kebajikan rakyat. Tp nk bermukah dgn umno bn. Cisss pas chai

    ReplyDelete
  7. Rupa nya ramai ustaz samdol dlm pas. Haha. Hadi awe pula suka label org broker barua bahalol dan tolol. Anak buahnya ramai tolol. Adoi pas sekarang kelakar sangat. Yalah dipimpin oleh ulamak chai. Takziah pas. Bye

    ReplyDelete
  8. Ustaz sampul sepupu lebai mercun asal buka mulut keluar sampah.

    ReplyDelete
  9. Istaz ustaz ini semua ustaz duit.. kalau bagi duit semua diam haha...

    ReplyDelete
  10. Letak calon pas pada kawasan yg ditandingi pkr ms pru lalu tu apa cerita?
    Padahal pada sebelah awal dipersetuhui oleh pas dan pakatan rakyat untuk letak calun pkr..
    Ini la parti barua.

    ReplyDelete
  11. tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat..

    bahkan kamu dah bekerjasama lama dulu..
    dikala ada pehak bodoh yg lain bagitau yg rakan kamu sedang bekerjasama itu ialah pengkhianat..bukan setakat kamu angkuh,bahkan sape jentik rakan kerjasama mu itu kamu melompat melatah mempertahankannya ibarat telah ternjentik adik perempuanmu hehe..
    sekarang kamu berkokok mcm kamu bukan dikalangan org yg xkan pernah berbuat kebodohan..
    semua org politik dlm sistem politik sekular memang berbuat bodoh tambah2 yg bermodalkanan agamanya untuk bertaruh sekaligus berhukum dibawah sistem tu....
    itu la kebodohan unggul selain kamu pernah kawan ngan pengkhianat hehe..

    ReplyDelete
  12. Aku berpandangan elok tuang presideng Dan harian deen bersama Umno dlm politik. Jangan dok kelentong kat ahli 2 bawahan kerjasama lain kecuali politik.puak2 Hadi serban besar and the geng memang nak bersama2 Umno pun. Cuma nak cari alasan saja kenen Pkr utk bersama Umno.Nak jadi ketua tapi pengecot si Hadi ni. Pas Pis Pus la tuang presideng n harunn deeen.yg Pkr ni pun satu, tak tau apa nak buat. Kena kutukpun dok diam lagi.

    ReplyDelete
  13. Dari sudut mana pas mencerminkan sebuah perjuangan yg betul. pas dilihat cenderong bersekongkol dgn penguasa yg zalim, rasuah. pecah amanah.konon atas dasar Islam "ta'awun". tlg org zalim adalah dgn memberhentikan kejahatannya, bukan bg tongkat. buka mata, brp ramai pemimpin non Muslim dlm bn berbdg ph. MCA,mic,gerakan.ppp,Parti Dr Sabah sarawak majority pengerusi non Muslim sdg ph hanya dap sj yg pengerusi non Muslim. wawi mat sabu bknkah Islam mrk. sebenarnya 6 penyakit umat akhir zaman.semua telah ada dlm diri kalian .wahai ulama pas kembli kpd 5 wasiat Allah kpd rasul klu kalian claim sbg ulama pewaris nabi



    ReplyDelete
  14. Pkr.keluar saja dr pakatan pas tu...pegi mampus la sama pas...dia nak bersendirian sbb dia sekarang tgh riak ujub dan takjubbur..haha...dia ingat jentera dia kuat..dia igt jentera dia je yg bekerja utk pilihanraya...biarkan dia dgn labu2 nya...pemimpin dia yg skrg, masa kempen pru 13 mana ada turun ceramah...semua pemimpin amanah skrg yg bekerja...pas dijamin tersungkur pru14...

    ReplyDelete
  15. Aku dah google kelayakan mb mad yakob timb. Mursitul am pas. Rupa nye setakat degree n diploma pendidikan je. No masters. Heran why pas lantik dia jd TMA. Aku rasa ni taktik hadi. I help u. U help me. Kahkah

    ReplyDelete
  16. Tak payah agak x putus aje kata nak bergabung dgn UMNO yang penuh rasuah

    ReplyDelete
  17. Hello my family member! I want to say that this post is amazing, great written and include almost all significant
    infos. I would like to see more posts like this .

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa