Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 16, 2016

Dah tentulah kepunyaan 'hantu'

Polis minta saksi kemalangan lori hantu korbankan 2 pelajar tampil beri maklumat
16 Januari 2016 | BERNAMA 
Lori hantu merempuh motorsikal dan kereta sehingga mengorbankan dua pelajar

Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah lori hantu di hadapan sebuah sekolah di Bandar Damai Perdana, Kajang, sehingga mengorbankan dua pelajar sekolah itu kelmarin tampil memberikan maklumat.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada saksi yang ditemukan di lokasi namun masih memerlukan maklumat lanjut bagi membantu siasatan.

Khamis lepas, dua pelajar perempuan maut manakala seorang penjaja cedera dirempuh sebuah van yang dilanggar sebuah lori selepas melanggar dua buah kereta serta 34 motosikal yang berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana.

Dua pelajar yang maut itu dikenali sebagai Lau Zi Xin dan Wong Siow Xuen, masing-masing berumur 13 tahun.

Sementara itu, pemandu lori warga Indonesia yang terlibat telah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.
Kemalangan babitkan lori hantu korbankan dua pelajar di Bandar Damai Perdana Kajang

5 comments:

  1. banyak lori lama yang dah diubahsuai terus dibiar berkeliaran
    atas jalan raya
    dah kena baru banyak mau tanya
    bas pun ada jenis ni

    ReplyDelete
  2. Ramaib akn setuju jika saya katakan yg drebar itu diarah utk membawa lori hantu itu. Jadi mengapa drebar saja yg ditahan? Susah sangat ke nk cari tokey dia utk ditahan dan diambil tindakan?

    ReplyDelete
  3. Mana pergi nya SPAD,.jangan sebok nak harga tambang ,.Lori hantu macam ini yang banyak berkeliaran di jalan raya tak pun di ambil tindakan,.

    ReplyDelete
  4. Mana pi boss spad kepala botak. Agak nya bila kes mcm ni dia cepat menyorok. Ikut kepala kura2. Haha. Atau tauke lori cepat jumpa dia. Boleyy kawtimm maaa. Donia donia

    ReplyDelete
  5. Polis juga kena siasat dan tahan.pemilik lori berkaitan, jangan pandai tahan emak bapak budak2 sahaja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa