Dia ni jenis berdahi hitam. Takkanlah hitam sampai ke dalam!
Saturday, January 2, 2016
Fitnah isu dana Israel, DAP pertimbang tindakan saman
PETALING JAYA 2 JAN: DAP mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pemimpin politik yang memfitnah kononnya parti menerima sejumlah wang daripada Israel jika menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Pada kenyataan media pagi ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tanpa menyebut nama mana-mana individu, berkata individu berkenaan perlu membayar harga mahal atas dakwaan tidak berasas itu di mahkamah kelak.
Beliau berkata, semua pemimpin politik mesti mengambil iktibar betapa mereka tidak boleh mengitar semula pembohongan, kemudian melepaskan diri dari dakwaan paling tidak munasabah itu.
“Justeru, saya jangka peguam DAP akan mulakan prosiding dalam satu atau dua hari,” katanya pada program bertema ‘Semangat Kelantan di Kuala Lumpur’ anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Baru-baru ini, Pengarah Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki dipetik sebuah portal berita tempatan mendakwa DAP kononnya ditawar sejumlah wang dan sebagai balasan akan membina sebuah pangkalan tentera Israel di Port Dickson jika menawan Putrajaya.
Sambil mengingatkan perbuatan fitnah lebih buruk daripada membunuh berdasarkan kandungan al-Quran, Kit Siang juga percaya ramai merindui kepimpinan bekas Mursidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Beliau percaya Nik Aziz jika masih hidup pasti akan lantang mengecam amalan rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran Najib, khususnya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.
Kit Siang turut menyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perutusan tahun baru kononnya isu skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion sudah berakhir ketika Malaysia ‘dinobatkan’ sebagai negara ketiga korup di dunia
“Bagaimana Najib boleh berimaginasi hingga membuat kenyataan keterlaluan itu yang dia sendiri tidak mungkin percaya, melainkan jika meninggalkan realiti politik dan memasuki alam berpura-puraan,
” katanya. Kit Siang turut menyatakan kekesalannya berikutan Malaysia memasuki tahun baharu 2016 dengan pelbagai skandal rasuah, kelemahan integriti dan kegagalan tadbir urus yang semakin membesar dan paling runcing sepanjang sejarah tanah air.
Posted by Mohd Sulaiman at 12:00 PM
Geng shiah dahi hitam sbb sujud atas batu karbala..
ReplyDeleteNabi yg solat sepertiga malam pun tak berdahi hitam
Ramai Lobai2 Sorban pun ber DAHI Di Hitam2kan..waduh2! Nak tunjuk kat org dia kuat Semayang!
Ingat lagi tak kat Sayfool yg liwat bontot bocor tu pon DAHI nya pon Hitam sekejap masa tu
Klu sape rajin baca Hadis, Nabi ada sebut kesah DAHI Hitam kuat semayang jenis spesis nih?
Wan Rosli aka An Anonymous sila masuk...
ReplyDeleteJangan cakap. Saman sahaja. Penyakit mulut berbau longkang tidak ada ubatnya kecuali disaman saja!!
ReplyDeletePadan muka ko
ReplyDeleteBankrup la ko
Mamat ni kuat hisap rokok ke?.. Mcm specie merokok aja...
ReplyDeleteDahi hitam sebab sengaja hantuk kuat-kuat ke tikar sembahyang supaya di pandang alim kucing oleh orang ramai. Sedanglah nak mencuri lauk nanti.
ReplyDeleteBibir hitam sebab kuat merokok, mengumpat dan mengampu....