02 Januari 2016 | BORHAN AHMAD
Lebih 1,000 menyertai Majlis Makan Malam Amanah Kelantan di Dewan Sivik MBPJ.
"Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya takkan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah.
"Walaupun saya hadir di program parti yang berlainan, saya hanya menurut presiden parti saya yag juga hadir bersama program dengan pemimpin parti lain," kata Husam ketika menjadi pemidato utama di majlis makan malam anjuran Amanah Kelantan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.
Dalam ucapan itu, Husam juga berharap presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjumpa dengan pemimpin Umno untuk menasihati parti itu agar jangan korup.
"Saya harap presiden parti saya nasihatkan Umno tentang korupsi dan salah guna kuasa," katanya.
Bagi Husam, PAS perlu balik kepada visi dan misi bekas Mursyidul Amnya, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.
"Jangan hancurkan visi misi yang telah dibina oleh beliau yang memakan masa puluhan tahun. Visi misi beliau adalah reform dan menentang perkauman," kata Husam.
Katanya, PAS perlu kembali kepada apa yang diharapkan oleh Nik Aziz.
"Beliau nak lihat PAS jadi imam dalam negara, bukan jadi makmum, bukan jadi tongkat, hamba kepada Umno BN," kata Husam.
Oleh itu, katanya, selagi BN tidak kembali kepada Islam yang syumul, kewajipan semua pihak adalah menggantikan BN.
Husam juga mengumumkan akan membuat majlis Solat Hajat Bebaskan Anwar di kawasannya iaitu Kubang Kerian, Kelantan.
"Kita harap, Anwar akan bersama-sama kita untuk melawan BN menjelang pilihan raya umum akan datang.
"Saya harap orang Amanah juga hadir selepas saya hadir majlis mereka," kata Husam.
Beliau keluarkan kenyataan siap pasang perangkap..
ReplyDeleteTerbaek!!
Mana An Anonymous aka wan rosli ni.. tak masuk masuk lagi.. wan rosli kalau tak masuk lain kali fulus tak masuk lah en wan
ReplyDeleteWan rosli kalau senyap terasa senyap pulak blog ni..
Solat Hajat Bebaskan Anwar di Kubang kerian"..Dato' Husam jangan lupa jemput tukang Amiin terbaik... Mad Jacob, Nick Amr, Abodohi, Tontowi, Takiiri, Mukhtar Snake & lebai2 ..
ReplyDeleteWan Rosli aka An Anonymous hanya berani berkokok dalam blog YSK saja, tak sedar ekornya berselemoih tahi.
ReplyDeleteYB Husam sindir saya, perli saya, tak jadi maselah, saya boleh tahang lagi. Tapi bila Husam sebut ingin bersolat hajat semoga Nuar dibebaskan dan dapat menyertai semula perjuangan rakyat... hok tu sa ya tak boleh terima. Buat apa diharapkan Nuar, bukankah saya lebih layak, lebih bijak, lebih sesuai untuk menjadi Perdana Menteri. Terengganu pun saya dapat memerintah hanya dalam tempoh sepenggal saja...tentu saja saya layak jadi Perdana Menteri. Wan Azizah tak layak, dok bulih dia tu sebab dia tak pandai berhujah dalam parlimeng. Saya terrorist bab berhujah ni...sebab tu la saya tak perlu hadir sidang parlimen pasa tak ada orang yg layak berhujah dgn saya martabat ulamak dunia.....Ada Nik Bduh sorang je dalang dewang molek doh setakak nak protes sambil duduk.
ReplyDelete