Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 11, 2016

Betul-betul cabar atau acah jer?

'OK Najib? Sudi debat dengan saya?'

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka dalam isu 1MDB.
Katanya, masih banyak perkara yang tidak terjawab dalam isu berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu.
“Apa pun Najib Tun Razak, kalau susah-susah sangat mari kita berdebatlah dalam isu skandal 1MDB ini.
“Kalau tak mahu debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mari kita debat dua orang!” katanya.

Like This Page · 7 hrs 
NAJIB MESTI TERANG ISU 1MDB SECARA KOMPREHENSIF DI DALAM PARLIMEN SECARA RASMI KEPADA 30 JUTA RAKYAT

Saya tak faham apa yang najib tun razak maksudkan dengan isu 1mdb sudah selesai pada 31 disember 2015 dengan tidak menggunakan wang kerajaan bagi menyelesaikan isu skandal syarikat bebanan hutang tersebut.

Orang tanya lain dia jawab lain!! Saya tanya najib tun razak kenapa harus gadai harta-harta syarikat 1mdb khususnya hartanah yang diperolehi murah dari kerajaan untuk membayar hutang-hutang syarikat tersebut berjumlah hampir rm42 billion.

Mana perginya duit-duit pelaburan dulu?! Mana duit-duit yang kononnya disimpan dan dilaburkan di kepulauan cayman lebih kurang rm7 billion? Mana perginya wang 1mdb yang kononnya disimpan di bank bsi singapura dalam bentuk tunai sejumlah usd1.147 billion?! Kenyataan ini dibuat oleh najib tun razak pada persidangan parlimen bulan mac 2015!! Mana perginya wang pelaburan yang diambil dari kumpulan wang amanah pencen (kwap) sejumlah rm4 billion pergi?! Apa jadi dengan wang yang kononnya dipinjamkan kepada syarikat petrosaudi di bawah pinjaman murabahah berjumlah hampir rm2.5 billion?!

Duit-duit pelaburan syarikat 1mdb dulu hilang ke mana?! Jawab la yang ni dulu najib tun razak oiiii!!

Hakikatnya, najib tun razak mesti jawab secara komprehensif dan menyeluruh mengenai kes skandal syarikat 1mdb ini!! Jawab lah di dalam parlimen dan siarkan secara terus menerus ke seluruh pelusok tanahair agar kesemua 30 juta rakyat akan memahami kedudukan semasa syarikat bermasalah ini!!

Kalau saya kata dia bangang takut kena tangkap bawah sosma pulak nanti!! Tapi hakikatnya najib tun razak ni lebih kurang macam tu lah!! Kita tanya lain dia jawab lain!!

Kalau macam ni la najib tun razak; bagaimana rakyat nak yakin dengan kepimpinan masakini?!

Tengok saja isu kononnya wang derma rm2.6 billion yang masuk dalam akaun peribadi beliau. Kena cipta berbagai-bagai alasan untuk memberi justifikasi keatas wang derma tersebut!! Yang terbaru dari seorang penderma kini dah jadi beberapa penderma pulak dah!! Pening kepala rakyat!!

Apa pun najib tun razak; kalau susah-susah sangat mari kita berdebatlah dalam isu skandal 1mdb ni!! Kalau tak mahu debat dengan yabhg tun dr mahathir mohamad; mari kita debat dua orang!! Syarat kena siar secara terus menerus untuk keseluruhan rakyat menghakimi asas kebenarannya!!

Ok tak najib tun razak??!! Sudi ker??!!

Beliau bagaimanapun memberikan syarat ia mesti disiarkan secara langsung supaya rakyat dapat menghakimi.
“Ok tak Najib Tun Razak? Sudi ke?
Menulis di Facebook, Khairuddin berkata Najib mesti menjawab secara menyeluruh mengenai isu-isu berkaitan 1MDB.
“Jawab lah di dalam parlimen dan siarkan secara terus menerus ke seluruh pelosok tanah air agar kesemua 30 juta rakyat akan memahami kedudukan semasa syarikat bermasalah ini!!
“Kalau saya kata dia bangang takut kena tangkap bawah Sosma pula nanti! Tapi hakikatnya Najib Tun Razak ini lebih kurang macam itulah!” katanya.
Beliau membangkitkan bagaimanapun rakyat hendak yakin pada kepimpinan masa kini jika jawapan diberikan berlainan daripada yang dibangkitkan.
Khairuddin sebelum ini ditahan setelah membuat laporan polis di pelbagai negara, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat, berkaitan isu 1MDB.

2 comments:

  1. Nabi pesan pilih pemimpin yang amanah bukan yang banyak buat kerenah
    engkar suruhan ini lah musibahnya
    semua pakat kena

    ReplyDelete
  2. Adapun jawapan yang diberikan oleh Najib selama ini, hanyalah bersifat kluk klek kerana mendengar nasihat seorang tuang presideng hullamak yang penuh berpengalaman dengan sifat kluk klek itu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa