Militan IS berusia 20 tahun itu dilaporkan membunuh ibunya, di bandar Raqqa, Rabu lalu. - Foto hiasan
BEIRUT, 8 Januari:
Mangsa yang berusia 40-an itu telah memberi amaran kepada anaknya mengenai sekutu tentera disokong Amerika Syarikat akan menghapuskan IS, justeru beliau menggalakkan anaknya supaya meninggalkan bandar Raqqa di Syria dengannya.
Bagaimanapun, wanita malang itu kemudiannya ditahan IS, selepas anaknya memaklumkan amaran yang diberikan ibunya kepada kumpulan militan terbabit.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpangkalan di Britain yang memantau perang itu melalui satu rangkaian sumber di peringkat akar umbi memetik sumber sebagai berkata, lelaki berusia 20 tahun itu membunuh ibunya, Rabu lalu.
Kejadian kejam itu berlaku berhampiran sebuah pejabat pos, tempat bekerja wanita berkenaan, di hadapan ratusan orang di Raqqa, sebuah tapak utama untuk operasi IS di Syria.
IS yang menguasai sebahagian besar kawasan di Syria dan Iraq telah membunuh ratusan orang yang didakwa bekerja dengan musuh-musuh mereka atau melanggar tafsiran Islam yang terlampau konservatif.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria pada 29 Disember lalu melaporkan, IS telah membunuh lebih 2,000 orang awam di Syria dalam tempoh 18 bulan ini, sejak ia mengisytiharkan pemerintahan khalifah di wilayah dikuasainya di Syria dan Iraq.
Antara yang menjadi mangsa korban IS adalah golongan homoseksual serta mereka yang mengamalkan ilmu sihir dan murtad.
Bagaimanapun, adalah sukar untuk mengesahkan kesahihan laporan terbaru itu.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa