Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 1, 2016

Kah...kah...kritik bengong tanpa usul!

Gambar Dr Mariah pegang tangan 'lelaki' jadi isu
Zulaikha Zulkifli
Gambar dari fb Dr. mariah

Sekeping gambar yang memaparkan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud memegang tangan seorang "lelaki" menjadi viral di Facebook sehingga mencetuskan kontroversi.

Dalam gambar tersebut, Dr Mariah yang mengenakan pakaian berwarna coklat tersenyum dan mengangkat tangannya sambil dipegang oleh seorang lelaki.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Pejuang Tegar mempersoalkan tindakan Dr Mariah yang juga anggota parlimen Kota Raja itu dengan berkata:

"Minta penerangan sikit... sejak bila Islam membolehkan berpegang tangan bukan muhrim... Ahmad Awang (Penasihat Umum AMANAH) tolong jawab jap".

Tulisan lelaki berkenaan mendapat perhatian orang ramai antaranya penceramah Wan Ji Wan Hussin dan Anggota Jawatankuasa AMANAH Aiman Athirah yang memberikan penjelasan berhubung gambar berkenaan.

Menulis di Facebooknya Aiman berkata, lelaki yang bersama Dr Mariah itu merupakan suaminya, Dr Hakim Jaafar.

"Lelaki yang memegang dan mengangkat tangan Dr Siti Mariah itu adalah Dr Hakim, suami beliau. Saya baru mendapat maklumat bahawa ada sekelompok sebelah sana yang giat menyebarkan gambar ini dengan menuduh Dr Siti Mariah sedang berpegangan tangan dengan ajnabi. Ulang suara... ini adalah suami beliau," tulisnya.

Wan Ji pula berkata: "Pak cik oi, ini suami Dr Mariah la. Namanya Dr Hakim".

8 comments:

  1. nasib baik laki dia
    sebab manusia selalu lupa bila dah seronok
    dah tak kira haram halai
    yang penting puas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tertelan pil kuda Presiden kau lalok nak berzina pula dengan HAMNO....

      Delete
    2. Kalau presideng pun suka fitnah apa lagi Macai bebal macam anon 11:38...bangsa Pas la ni dah tak sama macam zaman tuan guru nik aziz masih hidup.

      Delete
  2. Rata2 walaun pas jenis buta perut takdak akal..
    Bercakap tanpa fakta,kaki fitnah,bacul bila diajak berdebat

    ReplyDelete
  3. Alangkan tuang presideng pong boleh buat fitnah pil kuda, macai-macai ikut teladang sokmo deh...

    ReplyDelete
  4. Jawapan kpd yang bertanya sejak bila:

    Apabila sah nikah, sejak tu boleh bersentuhan...


    Yang bertanya sejak bila:

    Tak tahu bertanya
    Jangan berburuk sangka
    Kexuali kalau lepas telan pil kuda
    Jadi penasihatvpun meraban meraba

    ReplyDelete
  5. amoi mai himpit mat sabu--tak dan elak nak buat camno
    bini chavez peluk ahmadenajad--dia pun tak sangka

    bukan sengaja--

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok gak....
      Pandai rupanya org pas ni

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa