Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 1, 2016

Dokumen penting apa pulak Wan Azizah ni?

Pembangkang dedah dokumen penting dalam waktu terdekat
ATIRAH HASLI - 1 JANUARI 2016
SHAH ALAM - Pakatan Harapan dalam satu kenyataan terbaharu berkata, pihaknya akan mengumumkan dokumen penting yang akan merapatkan saf kepimpinan untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional menerusi jalan pilihan raya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau percaya dokumen tersebut akan menjadi asas penting yang membuktikan PKR serta parti-parti komponen Pakatan Harapan mampu menggalas tanggungjawab untuk menerajui kerajaan.

"Ayuh, bersiap kita untuk bekerja lebih kuat pada tahun baru ini!," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2016.

Wan Azizah dalam kenyataan sama turut menggesa masyarakat berdoa dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan menjelang tahun baharu.

"Pada masa yang sama, saya menggesa semua pihak, tidak kira parti politik mana sekalipun, yang masih sayang dan cintakan negara serta mengidamkan sebuah Malaysia yang lebih adil dan baik untuk semua, untuk bersama-sama dalam gagasan besar membawa perubahan," katanya.

6 comments:

  1. yang penting bukan dokumen penting
    sebenarnya masih ramai yang tak mau berubah
    maseh boleh diboddo boddo oleh omno

    hukum jinayah Islam maseh menjadi modai besar
    untuk menewaskan pakatan
    omno dap mca mic soheh tak mau hukum ini
    kalau dapat kuasa tapi tak boleh kuatkuasa hukum ini
    sama macam negara kapir lain

    ReplyDelete
  2. Hudud di tangan pas? Kalau tak ada akhlak......jangan cakap la bro....ibarat kera mendapat cincin. PRU 14 BN berkuasa Pas duduk atas pokok kelapa jadi kera sumbang.

    ReplyDelete
  3. orang yang beriman yang diberi kuasa hendaklah laksanakan hukum hukum ALlah dinegara yang diperintahnya.
    jauhi puak yang lepas sembah Allah
    pakat sanggah hukum hukum Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhilah puak yang mengaku diri mereka ulamak tetapi berperangai macam jembalang, menjual agama untuk kepentingan dunia.... sebut Islam Islam sampai bebuih mulut tapi hati busuk!

      Delete
  4. Adakah mesir jordan turki oman uae kuwait qatar dan negara arab telah laksana hudud? Yg aku tahu hanya saudi dan brunai yg telah laksana hudud. Tp keluarga diraja dikecualikan? Betulkah?

    ReplyDelete
  5. Mcm itu kah model hudud dlm negara moden pd hari ini? Org besar dan berkuasa dikecualikan. Kelantan bila pula nk laksana hudud? Ashik dgn isu hudud je. Hiway kb-g.musang bila nk siap? Pas ni sembang je lebeh. Tiada keutamaan dlm agenda politik. Dari awal merdeka hudud hudud hudud. Itulah isu nye. Ulamak pas pls jawap. Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa