Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 11, 2016

Kan hidup dua tahun jer: Memang bodohlah berperang dengan kumpulan yang nak mati!

PAS SELANGOR ISYTIHAR PERANG PARTI AMANAH MUSUH NOMBOR 1
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, selain Umno, Parti Amanah Negara (AMANAH) merupakan ancaman kepada parti Islam itu.

Ia berikutan AMANAH dijangka akan bertanding sebanyak lapan kerusi di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baru. Mereka akan bertanding lapan kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di lapan kawasan mereka akan rampas.

“Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman, kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.

“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan siapa yang nak pertahankan Islam?” kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari ini.

PAS memang tidak mempunyai hubungan baik dengan AMANAH yang terbentuk hasil perselisihan aliran pemikiran dalam parti itu dalam muktamar mereka tahun lalu.

Permintaan akar umbi

Pada masa sama, DAP dan PKR menjalin hubungan dengan parti baru berkenaan walaupun ia kelihatan longgar di beberapa negeri.

Beberapa hari lalu AMANAH mendapat lapan daripada 288 kerusi yang ada di semua pihak berkuasa tempatan di Selangor dan ia dikecam PAS.

Di sebalik pembahagian itu kerajaan negeri enggan mendedahkan parti mana yang terpaksa berkorban memberikan kerusi mereka kepada AMANAH.

Sementara itu, Iskandar berkata, PAS akan bertanding di lima lagi kerusi di Selangor dalam PRU akan datang, menjadikan jumlah kerusi keseluruhan yang ditandingi mereka menjadi 25.

Katanya, PAS mengambil keputusan itu bukan disebabkan tergugat dengan AMANAH sebaliknya kerana desakan daripada akar umbi parti berkenaan.

“Kita akan bertanding. Ini permintaan akar umbi untuk bertanding lima kerusi lagi. Bukan sebab lapan kerusi tu tapi sebab keperluan (dalam PRU).

“PAS ada Jabatan Penyelidikan PAS Pusat, bukan (sekadar) suka-suka nak bertanding,” katanya yang menjangkakan PRU akan datang berlangsung pada Mac 2017 - sumber

15 comments:

  1. Tuang presideng mu cakap..masuk pilihanraya bukan nak menang..mana satu betul ni..dah mabuk pil kuda puak2 Pas ni..

    ReplyDelete
  2. Pas tak usah sebok cakap pasal nak bertandinglah....di pantai barat semenanjung ni jangan mimpilah nak menang satu kerusi pun. Eloklah jadi penasihat kepada parti yang menang nanti....

    ReplyDelete
  3. PAS dah keluarkan "fatwa" bahawa HARAM bagi ahlinya menyertai kegiatan yang melibat DAP dan AMANAH. Sayang sungguh PAS dengan DAP dan AMANAH. PAS bersungguh2 nak ceraikan DAP dan AMANAH.
    Jadi kenapa yang PAS masih duduk dengan DAP dalam kerajaan negeri SELANGOR malahan bermesyuarat sekali pulak tu? Bukankah makin jelas betapakah sifat munafik pada PAS ni?
    "FATWA" yang bukan sahaja memalukan diri sendiri malahan menyerlahkan lagi sifat putar belit. Lepas ini akan timbul perumpamaan iaitu "Kalau jumpa ular dengan PAS, ketuk PAS dulu" sebab lidah PAS bukan lagi bercabang dua tapi sudah bercabang-cabang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketuk multacock presideng bg jln terus..

      Delete
  4. Anti fitnah... kalu jumpa ular ngan PAS... ketuk ular je sbb PAS mesti konar n u-turn.... hahaha....

    ReplyDelete
  5. Mcmana nak ketuk ular logik tu, statement paling kelakar sekali 2 thumb up, hihihi....

    ReplyDelete
  6. cakap tak serupa bikin...tak ada kualiti dalam mengeluarkan kalam...dulu kata berpolitik bukan nak rebut kuasa la ni bagai nak rak ishtihar perang...otak tuhan bagi..mata tuhan bagi...benak di hati sendiri cari...cakap hal akhirat ibarat esok nak mati sekali tuhan uji duniawi habih melingkop jati diri...realiti....mcm gambar P.Ramlee.........Musang Berjanggut tersentuh di hati....

    ReplyDelete
  7. "Putra jaya bukan matlamat kita"...Itulah ucapan yg masih aku ingat dr pemimpin2 PAS.

    So..kawan2..
    Jangan buang masa mengundi PAS
    Parti yg takda matlamat politik.

    Nyesal aku mengundi wakil2 Pas itu hari. Rupanya mangkok dlm politik.

    ReplyDelete
  8. ahli ahli PAS mula tunjuk belang selepas pemergian TGNA.
    lebih baik bubar kan saja parti PAS. Presiden sendiri pun mula tamak haloba.

    ReplyDelete
  9. Budak Bahalol dah biasa hidup senang lahap gaji tak payah susah kerja mesti takut hilang kerja lah

    Budak Bahalol macam itu lah

    Perut sendiri itu penting , jualan agama mesti jalan

    Kepala Otak

    ReplyDelete
  10. Xde telor mmg camnie...dlm mesyuarat pui membisu seribu bahasa..xde maruah pun mmg camnie..depan pengikut garang belakang maen taik

    ReplyDelete
  11. AMANAH janganlah menganggap PAS sebagai musuh. Biarlah beranggapan AMANAH mewakili PAS dan memanjangkan perjuangannya untuk memertabatkan Islam sebagai rahmat sekelian alam.
    AMANAH fokus pada matlamat perjuangan. Ahli-ahli PAS jangan ikut rentak pimpinan yang membawa rebah, mari berjuang bersama, ketepikan sak wasangka. WASALAM.

    ReplyDelete
  12. Hanya pemimpin PAS yang membawa masalah, lalu dibawa ahli-ahli mengikut rentak dan tari mereka..
    Perjuangan yang berpuluh tahun, boleh musnah sekelip mata.. rugi serugi.ruginya.

    ReplyDelete
  13. Betul tu. Amanah janganlah menganggap PAS sebagai musuh. Anggaplah mereka seperti orang yang jual aiskrim dengan motorsikal beroda tiga yang lalu depan rumah kita semasa hujan lebat. Kesian kat dia. Anggapla mereka macam orang yang ingin berkawan dengan Mat Rempit. Cerita hal motor hebat. Cerita hal rempit macam jaguh...tapi bila Mat-Mat Rempit ajak berlumba tak mahu. Bukan sebab takut tapi sebab takde motor. Kah kah kah!!

    ReplyDelete
  14. Rakyat istiharkan Umno dan Pas adalah musuh utama pd pru14 nanti..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa