Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 11, 2016

Persepsi Najib: Benar atau POYO?

Jangan persoal lagi sokongan pentadbiran saya, kata Najib
OLEH MD IZWAN
Published: 11 January 2016 10:27 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menerima mandat penuh di Dewan Rakyat, dan Bajet 2016 disokong rakyat, oleh itu tiada pihak lagi patut mempersoalkan sokongan kepada pentadbirannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mahu lagi ada pihak yang mempersoalkan sokongan dimiliki pentadbirannya, memandangkan sudah terbukti beliau menerima mandat penuh di Dewan Rakyat.

Najib berkata, Bajet 2016 diajukannya diluluskan dengan sokongan majoriti di Parlimen dan ini membuktikan beliau disokong rakyat.

"Kerajaan yang ada hari ini terbukti mendapat sokongan Dewan Parlimen apabila bajet mendapat sokongan dengan majoriti yang menyakinkan.

 "Kita masuk tahun 2016 tidak boleh kita persoalkan status ini, agenda kita besar, untuk negara, untuk rakyat dan kesejahteraan bersama," katanya pada perhimpunan pertama Pejabat Perdana Menteri bagi 2016 di Putrajaya pagi ini.

Tahun lepas, Najib berdepan dengan cabaran terbesar dalam pentadbirannya, kemelut politik dalaman dan krisis hilang kepercayaan susulan beberapa skandal kewangan dihadapinya.

Ujian paling besar dihadapi Najib semasa pembentangan Bajet 2016 ialah mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Walaupun pada awalnya dikatakan terdapat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri tidak menyokong bajet dibentangkannya, Najib masih berjaya mendapatkan sokongan majoriti.

Seramai 128 ahli Dewan Rakyat menyokong Bajet 2016, berbanding 74 yang menolak.

Pada perhimpunan sama pagi ini, Najib juga mengumumkan penubuhan sebuah pasukan khas bagi mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan dan mengkaji punca yang menyebabkan ia lambat disiapkan.

"Saya bercadang menubuhkan sebuah kumpulan kecil termasuk saya, timbalan perdana menteri, ketua setiausaha dan beberapa menteri untuk melihat kelambatan projek-projek ini.

"Kami akan bertanya mengapa projek mereka lambat siap dan jika proses-proses tersebut susah, kami akan melihat proses itu," kata Najib semasa perhimpunan Pejabat Perdana Menteri pagi ini di Putrajaya.

Najib minggu lepas menyifatkan negara berdepan dengan keadaan ekonomi yang lebih sukar pada 2016 akibat daripada situasi luaran yang di luar kawalan pentadbirannya.

Beliau juga mengumumkan bakal membuat semakan ke atas Bajet 2016 susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia yang menyebabkan hasil negara juga berkurangan. – 11 Januari, 2016.

1 comment:

  1. Bahalol tak habis habis dengan cakap bahalol nya

    Sedih hidup orang sebegini

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa