Ahli MT Umno kasihan PAS disisih Pakatan Harapan
12 Januari 2016 | DALIA ISMAIL
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Irmohizam Ibrahim kasihan melihat PAS disisihkan dari Pakatan Harapan ekoran apa yang berlaku di Selangor dan juga seluruh negara sekarang.
Malah ujar beliau, kecenderungan pemimpin parti pembangkang untuk berpolemik dalam politik boleh menjejaskan usaha mereka membela nasib rakyat.
Irmohizam berkata, parti pembangkang dilihat gagal membawa aspirasi dan ideologi yang berbeza di kalangan mereka di atas satu landasan di peringkat nasional.
"Selepas ketiadaan Pakatan Rakyat kemudian wujudnya Pakatan Harapan pemimpin mereka terus bermain polemik dalam berpolitik.
"Di Selangor misalnya, saya kasihan melihat PAS yang disisihkan dari Pakatan Harapan. Malah dalam Pakatan Harapan beberapa isu dimainkan dilihat tidak sekata dan sehala untuk membincangkannya di peringkat negeri mahupun nasional," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Menurut Irmohizam lagi, sejak Pilihan raya Umum ke-13 parti pembangkang masih lagi tidak memberi fokus kepada manifesto pilihan raya masing-masing untuk memenuhi aspirasi dan harapan rakyat yang mengundi mereka.
"Sejak PRU13 hingga kini pemimpin politik pembangkang penuh polemik dari Pakatan Rakyat hingga ke Pakatan Harapan.
"Saya fikir rakyat akan terus dihimpit dengan polemik politik ini dan selepas ini akan wujud perpecahan demi perpecahan lagi, akhirnya tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat terhadap parti yang disokong mereka," ujar Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.
Dalam pada itu Irmohizam menyeru rakyat menganalisa sendiri parti-parti yang mereka sokong sama ada parti kerajaan atau pakatan pembangkang, agar parti itu dilihat lebih konsisten dan bersepadu dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat di atas landasan parti politik sebenarnya.
Kerjasama Umno- PAS
Pengarah Strategik kepada Presiden Umno ini juga berkata, walaupun Majlis Syura Ulamak PAS telah menetapkan pendirian untuk tidak menjalinkan kerjasama politik dengan Umno, kedua belah pihak boleh bersama membincangkan kepentingan agama, bangsa dan raja.
"Kita menghadapi ancaman persepsi yang menjadi punca akidah umat Islam dan masa depan orang Melayu semakin terhakis di kalangan pihak yang menjadikan agama sebagai punca segala permasalahan antara kaum.
"Walhal perkara berkaitan, agama, bangsa dan kepentingan Raja termaktub dalam perlembagaan Umno dan Persekutuan.
"Bagi Umno setiap apa yang terkandung dalam perlembagaan itu menjadi keutamaan sama ada perlu dibincangkan di peringkat negeri atau persekutuan yang menepati polisi dan dasar parti masing-masing.
"Keterbukaan Umno memandang ke hadapan perkara ini tidak boleh dikompromi. Jadi dari segi politiknya tiga perkara itu perlu menjadi perbincangan (Umno-PAS) untuk menjadikan kepentingan Islam sebagai ‘premis utama’ dibincangkan bersama,” jelasnya.
Kasihan mamat ni..ketin ggalan zaman.
ReplyDeletePAS disisihkan atau PAS yg menyisihkan diri???
sama sama
ReplyDeletementeri menteri bangang
Bahalol
ReplyDeleteDua dua NGOK
Mat Bahalol ketawa saja
BILYON BILYON ada sudah...
Apa kurangnya UMNO, hapraknya tidak terselindung lagi! Semasa PAU yang baru lalu, isu sarat keberhutangan 1MDB dan wang derma (baca songlap wang 1MDB) sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib langsung tidak boleh dibangkitkan, apakah ini yang dikatakan 'keterbukaan UMNO'? Poorah!!!
ReplyDeletePAS dibawah tadbiran Hadi dan konco-konco bangangnya sengaja menempah penyakit bekerjasama dengan UMNO, biar padan muka mereka. Sedikit pun tiada dalam hati aku nak kesian pada pemimpin yang bangang-bangang belaka menjadikan PAS ibarat sampah buangan menunggu ketika untuk dibawa ke dumping ground sahaja.
Umno kesian kat pas ada makna...masa depa kuat dulu pas jd bahan kutukan je..amanat hj hadi,kafir mengkafir,semayang 2 imam..suma tu di kiv dulu..depa menang esok,suma keluar
ReplyDeleteMenteri pun ramai cap ayam. Inikan pula ahli parlimen biasa Bn. Blom cukup sepenggal lagi pun. Kahkah
ReplyDeletepas di sisih atau memang nk keluar dari pr..
ReplyDeletepasai ape pulak kena ada dalam ph pulak?
masa dalam pakatan rakyat..ye memang pas berhaj bersuara..tapi dalam pakatan harapan..pas boleh g main cak kun cak ngan umbo.
kesian..pas bukan sebahagian dari ph..
pas dah kuat sangat sekarang ni kan..dah jadi penasihat rasmi umno.ape perlunya ph baginya.