Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 12, 2016

Penyokong PAN tak payahlah nak celupar macam mereka!

Tuesday, January 12, 2016 
Penyokong PAN dakwa hayat PAS berakhir di Selangor
AIDCNews – 11/1/16 –Penyokong Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa hayat PAS akan berakhir di Selangor. 

Menurut penyokong PAN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), PAN yang termasuk dalam salah satu kompenan Pakatan Harapan (PH) akan menggantikan PAS untuk berlawan dengan Barisan Nasional di Selangor

“Hayat PAS akan berakhir di Selangor. Pertembungan sebenar di Selangor ialah antara PH menentang BN. “Insya Allah kita akan mengekalkan kemenangan di Selangor bersama PH,”kata ‘Ustaz Ahmad Awang Supporters‘ dalam Facebooknya semalam.

Ia merujuk kepada laporan The Malaysian Insider, 10 Jan bertajuk “PAS Selangor akui 8 kerusi terancam PRU14”

Laporan itu memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang mengakui 8 kerusi mereka di negeri itu terancam kerana terpaksa berdepan dengan Umno dan DAP pada PRU 14. 

Bagaimanapun, Iskandar menegaskan jentera pilihan raya PAS perlu digerakkan untuk mempertahankan kerusi sedia ada dan mempertimbangkan 5 lagi kerusi baharu di negeri itu.

“Kita baru kesan 2 dan DAP pun dah umum melalui senarai nama ahli majlis yang akan jadi calon mereka nanti. 

“Kita juga pertimbangkan 5 kerusi baharu sebab kajian yang dibuat, PAS boleh menang,” kata Iskandar yang juga Naib Presiden PAS dalam ucapan sempena Ijtima’ Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada Ahad, lapor The Malaysian Insider yang memetik sumber Sinar Harian. 

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pada tahun lalu dilaporkan berkata, parti itu sudah bersiap sedia untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS di Selangor. 

Bagaimanapun, Pua berkata perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor terlebih dahulu. 

Pua turut menyebut kerusi-kerusi DUN PAS yang bakal ditandingi DAP ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.


Posted by Mohd Sulaiman at 7:30 AM 

5 comments:

  1. Aku dah ckp lama dah...jgn nak layan adu domba PAS. Lantak dorang la nak kata apa. PAN kena bergerak ke d3pan tanpa layan karenah PAS. Igtkan politik matang rupanya 2x5 je perangai

    ReplyDelete
  2. PAN??
    Admin nak bercakap ttg parti amanat nasional atau PAN yg dr indonesia ke?
    Nanti aku kata admin bodoh..marah pulak kan.

    ReplyDelete
  3. Elokla tu. Ini cerita bukan siapa menang siapa kalah. Ini cerita pemimpin-pemimpin PAS yang mulut macam longkang dan bagi statement tidak berfikir panjang. Sekarang cabaran dan saranan Pemimpin-pemimpin PAS disambut baik oleh DAP. Sendiri mau ingat laa.

    ReplyDelete
  4. Orang Orang PAS sebaik nya mula jualan jualan Serban Kopiah Jubah mereka di pasar malam

    Hanya yang TOLOL saja akan tinggal dalam PAS

    Yang lain akan hilang lepas PRU14

    Mana ada Orang Waras nak ber Ketua Lidah BEWAK HIDUP

    Melayu Melayu saja

    ReplyDelete
  5. Alahai tuan. Hayat pas di kelantan pun akan berakhir tak lama lagi. Apatah lagi hayat pas di selangor. Lagi mudah mau bungkus maa. Ini bukan celupar tuan. Biasa le saling mengkritik dlm politik. Kalu tk mau dikritik jangan jadi politician. Jadilah akademik, bisnesman dsb. Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa