Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 11, 2016

Rakyat susah: Adakah susah PM, kabinet berkorban?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa GST telah menyelamatkan ekonomi negara dengan menampung hasil kerajaan daripada pengurangan hasil cukai petroleum.

Apakah PM sedang memberikan bayangan bahawa kadar GST akan dinaikkan, atau GST bakal dilebarkan untuk meliputi lebih banyak jumlah barangan dan perkhidmatan termasuklah RON95 dan bayaran tol bagi terus menampung hasil negara memandangkan harga minyak sedunia dijangka mengambil masa yang lama untuk pulih?

Perkara ini tidak mustahil. Atas alasan ‘menyelamatkan negara’, kini GST digelar sebagai penyelamat. Atas alasan ‘menyelamatkan negara’ juga, kadar GST boleh dinaikkan.

Dan jika kadar GST dinaikkan, ini bukan kali pertama PM dan kerajaan BN membelakangkan kesusahan rakyat.

Sepatutnya, PM patut melaksanakan nasihatnya kepada kabinet agar mereka bijak dan berhemah dalam membelanjakan peruntukan kerajaan pada dirinya dahulu.

Tunjukkan kerajaan menjimatkan belanja dengan mengurangkan anggota kabinet dan gaji sendiri. Kalau boleh dapat derma RM2.6 bilion, apa salahnya berhenti mengambil gaji selama setahun? Laksanakan konsep ketelusan dalam perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri untuk menunjukkan diri seorang kakitangan kerajaan yang hemah berbelanja.

Tunjukkan Jabatan Perdana Menteri dapat melakukan penjimatan dengan menggunakan veteran-veteran kakitangan awam dan para pensara daripada kakitangan kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri.

PM dan kerajaan BN tidak boleh teruskan harapkan rakyat yang berkorban dengan pengurangan pendapatan boleh belanja manakala Ketua Audit Negara terus melaporkan keborosan dan ketirisan dalam pengurusan kewangan kerajaan.

Bagi rakyat, GST ini bermaksud rakyat yang bayar dan berkorban. Susah sangatkah melihat PM dan para ahli kabinetnya turut berkorban dan menanggung kesusahan bersama rakyat?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS

2 comments:

  1. Rakyat Bahalol , Lahanat Hidup lah

    Islam kad pengenalan tu masalah nya

    David Bowie pun dah mati...

    ReplyDelete
  2. TITM. Sebelom hadi jumpa dgn najib dlm alumni al azhar mu tk nasihat ke supaya tangguh dulu nk jumpa? apa faedah majlis tu kpd rakyat? tak ada kebaikan kpd rakyat. muhyidin & shafie apdal nasihat pun najib tak pakai. pecat lagi ada. haha. Ada dengar ke Pm & ahli kabinet nk potong gaji mereka kerana ekonomi gawat?? Takdak. Yilek.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa