Apa sumbangan Najib selaku Orang Besar Berempat Pahang?
Sebagai Orang Besar Negeri, beliau boleh bantu institusi Raja Pahang tegur Menteri Besar dalam isu bauksit, kata Tengku Zulpuri.
PETALING JAYA: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji mempersoalkan peranan Datuk Seri Najib Razak selaku Orang Besar Berempat Pahang dalam menangani masalah perlombongan bauksit tidak terkawal di negeri itu.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang itu berkata, Perdana Menteri atas kapasiti Orang Kaya Indera Shahbandar sepatutnya lebih melibatkan diri menyelesaikan masalah negeri kelahirannya.
“Setakat ini dalam isu penting seperti bauksit dan balak, saya tidak nampak beliau memainkan peranan yang serius. Kalau ada pun ketika tragedi tanah runtuh di Cameron Highlands pada 2014.
“Sebagai seorang Orang Besar Berempat, beliau sepatutnya boleh beri pendapat pada Sultan untuk berbincang dengan Menteri Besar,” katanya yang berasal daripada keturunan Orang Besar Berlapan Pahang.
Katanya lagi, peranan itu boleh dipikul dengan lebih berkesan untuk menasihat Sultan supaya menegur Kerajaan Pahang berikutan kedudukan Najib selaku Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan.
Najib mewarisi gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar, salah seorang Orang Besar Berempat Pahang yang berperanan sebagai penasihat Sultan Pahang, daripada bapanya Tun Abdul Razak Hussein dan datuknya, Datuk Hussein Awang Muhammad Taib.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan semalam memutuskan untuk menghentikan sementara semua aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan selama tiga bulan bermula 15 Januari ini.
Namun ia mengundang kritikan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam akaun Instagramnya yang menyifatkan langkah itu tidak memadai.
Mat Bahalol pon ada saham lah
ReplyDeleteTak kan Budak Bahalol senyap senyum saja
Kalau dah KENTUT pasti sama sama bau kan
Semua semua MELAYU
Kalau tak bila lagi nak jadi kaya ber gaya
Mana nak sama muka muka BENGGAP dengan muka muka membaca
Tak sama lah
Ada menteri besar..tapi tak blh pakai..
ReplyDeletenak kira wang royalti ja