UMNO pula terpaksa mempelawa PAS sebab takut karam
Itulah hakikatnya!
Bagi aku agak lucu bila dikatan PAS mungkin akan perintah Kelantan dan Selangor selepas PRU14!
Tapi kalau di Kelantan bila bersama UMNO pun, dijangka UMNO akan meraih kerusi yang lebih banyak dari PAS. Andaian itu pun sebelum kita tahu lagi bagaimana penerimaan Orang Kelantan terhadap AMANAH
Pas tidak boleh bersendirian
08 Januari 2016 | AZMI HASSAN
Begitu menarik sekali jika diteliti perjalanan politik tempatan terutama sekali jika ia melibatkan PAS kerana agenda politik yang dilaksanakan mengikut kehendak semasa senario politik setiap negeri.
Jika di Kelantan pucuk pimpinan PAS telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan Amanah berbeza pula di Selangor kerjasama dengan PKR tetap akan diteruskan.
Situasi menjadi lebih menarik apabila DAP yang bersama-sama dengan PKR dan Amanah membentuk Pakatan Harapan, ditolak oleh PAS sebagai rakan politik di Selangor walaupun kesemua empat parti tersebut membentuk kerajaan negeri.
Mengapa Kelantan dan Selangor dijadikan contoh bagaimana pragmatiknya politik PAS adalah di kedua-dua negari ini kekuatan PAS adalah begitu menonjol.
Di Kelantan umpamanya jika keputusan Pilihanraya Umum (PRU) 2013 dijadikan sandaran maka besar kemungkinan tiga pemain utama yang akan menentukan senario politik negeri tersebut ialah PAS, Amnah dan juga Umno.
Manakala di Selangor pula percaturan politik menjadi sedikit rumit kerana ianya juga melibatkan PKR dan DAP.
Jika PAS tidak mahu bekerjasama dengan Amanah maka senario politik Kelantan akan menjadi genting bagi PAS kerana secara dasarnya penyokong Amanah besar kemungkinan juga terdiri dari mereka yang bersimpati dengan PAS.
Perpecahan undi pasti akan berlaku jika pertembungan PRU14 melibatkan dua parti ini. Sebab itu juga kepimpinan Amanah dari awal lagi menyatakan PAS perlu bekerjasama dengan mereka demi untuk elak dari Umno meraih manfaat politik di Kelantan.
Tetapi amat sukar bagi PAS untuk bersama-sama dengan Amanah hanya demi untuk menolak Umno kerana Amanah yang dianggap sebagai serpihan dari PAS dikatakan telah merosakkan kekuatan dan kestabilan politik PAS.
Hakikatnya adalah PAS walaupun sinonim dengan politik Kelantan, tidak boleh bersendirian untuk menghadapi Amanah dan Umno.
Bukan sesuatu yang mustahil jika PRU14 akan datang menyaksikan tiada satu parti pun di Kelantan mampu menubuhkan kerajaan negeri jika dicongak statistik keputusan PRU13 dan senario terkini dimana telah ujud parti serpihan PAS iaitu Amanah.
Strategi terbaik PAS untuk mengekalkan kerajaan negeri dibawah pemerintahan parti mereka ialah untuk bekerjasama sama ada dengan Amanah atau Umno.
Strategi terbaik PAS untuk mengekalkan kerajaan negeri dibawah pemerintahan parti mereka ialah untuk bekerjasama sama ada dengan Amanah atau Umno.
Tetapi senario terbaik politik Kelantan adalah kerjasama antara PAS dan Umno dijalinkan kerana penyokong dari kedua-dua parti ini terdiri dari kumpulan yang berbeza dan kerjasama akan membuahkan hasil yang lebih positif.
Bersandarkan penyokong PAS dan Amanah dari kumpulan yang sama maka sebab itu ditekankan kerjasama kedua-dua parti ini hanya akan mengekalkan status-quo pra senario PRU13 dan tidak menjerumus kearah menambahkan lagi bilangan penyokong.
Memang benar Amanah pasti akan mendapat simpati penyokong DAP dan PKR tetapi di Kelantan pengaruh kedua-dua parti ini adalah begitu minimum.
Mungkin akar umbi PAS tidak boleh menerima kerjasama dengan Umno yang dianggap seteru politik tegar mereka tetapi jika bentuk kerjasama yang di rangka tidak semestinya kedua-dua parti ini membentuk kerajaan negeri secara bersama.
Memetik ungkapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan PAS mahu menjadi penasihat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia ingin membantu menyelamatkan negara, bukan kerana mahu merebut jawatan atau kedudukan, maka perkara yang sama boleh di panjangkan terhadap Umno di Kelantan.
Kerjasama PAS dan Umno di Kelantan tidak semestinya membawa maksud kerajaan negeri ala campuran atau perpaduan perlu ditubuhkan tetapi hanya untuk memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.
Senario politik Selangor menjadi lebih menarik kerana jika strategi kerjasama PAS-Umno dilangsungkan ke negeri rebutan ini untuk berhadapan dengan gabungan Pakatan Harapan. Memang benar statistik keputusan PRU13 lebih berpihak kepada gabungan Pakatan Harapan kerana kemenangan kebanyakan kerusi milik PAS adalah hasil sokongan dari penyokong PKR dan DAP.
Tetapi perlu ditegaskan kekuatan UMNO Selangor pada hari ini tidaklah sekucar kacir seperti ketika era pra-PRU13.
Tetapi perlu ditegaskan kekuatan UMNO Selangor pada hari ini tidaklah sekucar kacir seperti ketika era pra-PRU13.
Sebab itu dari segi strategi kelangsungan agenda politik, PAS tidak boleh bersendirian menghadapi PRU14.
Jika dijalinkan kerjasama dengan Umno maka manfaat kepada PAS adalah Kelantan akan kekal kepada mereka manakala Selangor pula besar kemungkinan akan terlucut dari genggaman Pakatan Harapan.
Dari sudut senario politik nasional pula PAS dan Umno kedua-duanya akan meraih manfaat paling maksimum jika konsep kerjasama di Kelantan dan Selangor diunjurkan kepada kerusi Parlimen.
Jika diandaikan PAS memerintah Kelantan dan Selangor dan Umno pula menjadi tunjang kerajaan Persekutuan, maka sudah pasti kestabilan politik tanah air akan terbentuk dan ini bukan sahaja baik untuk golongan tertentu sahaja tetapi baik untuk seluruh rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang.
# kaitan pengaruh: Api perkauman jadi talian hayat Umno, kata Amanah Perak
Elok masuk tv3/4 ni.....lebai2 pas mesti syurrrrrr sampai mimpi syorga!
ReplyDelete