Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 1, 2016

Tahun baru: Apa kata Muhyiddin dan Rafidah

Tahun baru, krisis kepercayaan rakyat masih belum pulih, kata Muhyiddin 
TMI - Published: 1 January 2016 11:56 AM
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan tahun barunya berkata krisis kerajaan masih belum kerana bebanan rakyat dengan kos sara hidup dan pelbagai isu masih gagal dijawab pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Januari, 2016.

Tahun 2015 sudah berlalu, tetapi, krisis kerajaan masih belum pulih, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil kira bebanan yang ditanggung rakyat dengan kos sara hidup dan pelbagai isu masih gagal dijawab pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pesanan tahun barunya, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, rakyat mahu kerajaan melakukan sesuatu untuk meringankan beban yang mereka hadapi.

"Rata-rata rakyat ingin melihat kerajaan melakukan sesuatu lebih bermakna dan berkesan untuk meringankan beban rakyat yang kian terhimpit dengan masalah ekonomi," katanya dalam perutusan tahun baru di laman Facebooknya.

Timbalan presiden Umno tersebut berkata 2015 juga menyaksikan integriti dan ketelusan tadbir urus negara tercalar, khususnya persoalan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang masih tidak terjawab.

" 2015 juga merupakan tahun yang malap bagi Malaysia daripada segi integriti dan ketelusan tadbir urus negara," katanya.

Muhyiddin berkata, rakyat masih tidak yakin dengan penjelasan mengenai 1MDB memandangkan sehingga hari ini tidak ada pihak bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

"Sehingga kini penjelasan kerajaan mengenai skandal 1MDB masih gagal meyakinkan rakyat. Mereka ingin melihat pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan wang dan harta negara dalam nilai yang besar dibawa ke muka pengadilan.

"Nampaknya, tirai 2015 dilabuh dengan krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan masih belum pulih," katanya.

Muhyiddin berkata, 2016 menyaksikan rakyat sekali lagi akan berdepan dengan cabaran lebih besar disebabkan keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu.

"2016 pastinya menanti kita dengan cabaran yang lebih getir. Iklim ekonomi dunia masih tidak menentu.

"Harga minyak dunia dijangka jatuh ke paras lebih rendah dan Malaysia, sebagai sebuah negara yang sebahagian hasilnya bergantung kepada sumber minyak, akan terjejas," katanya.

Kesannya, sumber kewangan negara semakin merosot dan akan menyebabkan beban dirasai rakyat, katanya.

"Sumber kewangan kerajaan semakin merosot dan kemampuan kerajaan membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat semakin terhad," katanya.

Muhyiddin juga menggesa kerajaan tidak hanya menyuruh rakyat berjimat cermat tetapi dalam masa sama mereka masih gagal menangani ketirisan dalam pentadbiran.

"Pemimpin kerajaan juga bertanggungjawab mencegah ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam perbelanjaan kerajaan," katanya. – 1 Januari, 2016.

Dan ini pula kata Opah Pidah:
1MDB tiada sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Rafidah
Published: 1 January 2016 2:42 PM

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) nampaknya tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, ia tidak sepadan dengan berbilion ringgit yang sudah dilaburkan kerajaan ke dalam syarikat sarat hutang itu.

"Untuk berbilion ringgit tersebut, 1MDB tiada input kepada pertumbuhan ekonomi," katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

Dalam bingkisan sempena tahun baru 2016 itu, Rafidah turut mengingatkan tugas kerajaan adalah memudah cara sektor perniagaan dan bukannya terlibat dalam perniagaan.

"Kerajaan sepatutnya memudah cara perniagaan dan bukannya terlibat dalam perniagaan.

"Sektor swasta perlu dibantu bagi menjadi pemacu utama ekonomi negara," katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai agar menjadikan 2016 sebagai lembaran baharu dalam ekonomi dan politik negara.

"Sekarang masa memberikan tumpuan serius terhadap tadbir urus politik dan kewarasan dalam suasana politik dan sosial.

"Segala usaha perlu dibuat bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan dalam urus tadbir ekonomi dan sosial," katanya. – 1 Januari, 2016. - sumber

1 comment:

  1. walau pun nampak irama nya macam sehaluan denagn kehendak
    ramai yang tertindas tapi masa depa dalam tampok kuasa
    apa yang depa buat untuk rakyat bawahan
    bial dah berpecah mula nampak macam jaguh
    yang betoinya omno ni tak guno
    bila depa kuat himpit rakyat bila kat pru macm peminta sedeqah
    lepas menang mula kerekah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa