Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 28, 2016

Apakah nasib Anina di MPT Bersatu setelah disingkir sebagai ketua sayap Srikandi?

Kalau nak kirakan 'skandal sek bodoh', Muhyiddin pun terpalit juga

Mesej seks: Anina mungkin hilang jawatan majlis tertinggi PPBM

  | December 27, 2016
Penganalisis politik berkata perkara biasa bagi ahli politik tempatan di kedua-dua bahagian pembangkang dan Barisan Nasional dilempar dengan tuduhan fitnah.
PETALING JAYA: Jika “skandal mesej seks” benar-benar punca di sebalik penyingkiran Anina Saadudin daripada jawatan ketua wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), maka beliau mungkin boleh kehilangan kedudukan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.
Penganalisis politik dari Universiti Malaya Prof Madya Azman Awang Pawi berkata setiausaha agung PPBM sudah pun memberi penjelasan yang jawatan ketua wanita parti itu masih belum diwujudkan lagi, jadi tindakan ini mungkin hanya sementara.
“Tetapi jika benar isu itu timbul kerana skandal baru-baru ini, beliau mungkin boleh kehilangan jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyingkiran Anina daripada jawatan ketua wanita PPBM, minggu lalu.
Anina berkata dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita PPBM namun dakwaan itu dipertikaikan ketua penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor.
Anina berkata, beliau sudah tanya Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.
“Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya merujuk nama sayap itu.
Katanya, beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadikan beliau ketua Srikandi.
Kamarudin ketika dihubungi berkata, Anina tidak pernah dilantik dan angkat sumpah beliau merupakan “kesilapan teknikal”.
Anina mendakwa beliau disingkir daripada jawatan itu kerana “skandal mesej seks”. “Screenshot” perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini.
Bagaimanapun, Anina menepis dakwaan itu.
Azman berkata masyarakat umum tidak sepatutnya terlalu menghakimi, kerana ahli politik tempatan biasa dilempar dengan tuduhan fitnah di kedua-dua bahagian pembangkang dan Barisan Nasional.
“Selagi ia tidak terbukti di mahkamah, kita tidak sepatutnya menghakimi isu itu,” katanya.
Beliau berkata sudah tiba masanya politik tempatan bertindak matang dan menghindar penggunaan skandal seks untuk memperoleh kelebihan politik.
“Ada banyak isu negara yang penting memerlukan perhatian segera seperti rasuah dan ketirisan seperti dilaporkan audit negara,” katanya.
Anina bukan pemimpin PPBM pertama terbabit dalam skandal seks.
Jun lalu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, selepas penulis blog, Raja Petra Kamarudin mendedahkan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas timbalan pendakwa raya untuk kes perceraiannya.
Muhyiddin kemudian mendakwa pemimpin Umno menggunakan taktik kotor untuk memburuk-burukkan namanya.

Anina berkata, Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya tahu perasaan beliau selepas disingkirkan sebagai ketua wanita PPBM

1 comment:

  1. Kah Kah Kah..... Astaga! bukankah minah ni suci murni ke ? Kalau tidak takkan dia berani tuduh TGHH bukan2. Takkan pegang jawatan hanya sekejap je terus kena pecat... Kesian!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa