Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 30, 2016

Dok dalam perigi buta pun ada hati nak komen orang?

Amanah nasihat Iskandar tinggalkan 'perigi buta', Pas sebenarnya curi kerusi PKR
 | MALAYSIA DATELINE
Izham Hashim
Amanah Selangor menasihati Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Iskandar Samad agar lebih mencermin diri sendiri sebelum menuduh Amanah mahu 'mencuri kerusi' yang ditandingi PKR sedangkan urusan pembahagian kerusi pilihan raya antara parti-parti Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan diputuskan menerusi rundingan.
"Nasihat saya kepada Iskandar supaya jangan jadi seperti 'orang yang tinggal di dalam perigi buta', yang buat-buat tak tahu kepada perkembangan semasa.
"Isu curi kerusi ni bukan kerja Amanah tetapi yang pasti ialah Pas apabila bertanding di tujuh kerusi PKR dalam pilihan raya umum (PRU) yang lepas walaupun  selepas perjanjian bersama. Jadi siapa yang sebenarnya yang tidak amanah?" soal Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim.
Izham merujuk kepada kenyataan Iskandar yang juga Naib Presiden Pas berhubung kerusi yang akan ditandingi Amanah sebagaimana tersiar di dalam Sinar Harian bertarikh 28 Disember.
Dalam kenyataan medianya lewat petang semalam, Izham juga mengingatkan Iskandar bahawa Amanah kini menggantikan Pas di dalam Pakatan Harapan (PH) dan pada asasnya akan bertanding di semua kerusi ditandingi Pas pada PRU 13 yang lalu.
"Sebagaimana yang disebutkan oleh YB Khalid Samad, Pengarah Komunikasi Amanah Nasional, Amanah sedang menimbang untuk bertanding di 40 kerusi parlimen, jauh kurang daripada kerusi yang ditandingi Pas pada PRU 13 yang lalu selepas kami mengambil kira aspek kemampuan dan 'winnability' (boleh menang) Amanah serta pembahagian kerusi kepada PPBM yang juga akan bertanding buat kali pertama," jelas beliau.
Menyentuh isu kerusi PKR yang dikatakan akan ditandingi oleh Amanah, Izham berkata ia merujuk kepada perubahan lanskap politik semasa dan mungkin akan berlaku perubahan atau pertukaran kerusi sesama komponen parti di dalam PH-PPBM.
"Tetapi itu semua akan diputuskan bersama di mesyuarat kami dalam PH-PPBM. Iskandar tidak perlu risau perkara ini dan dia boleh beri tumpuan kepada pembahagian kerusi sesama rakan-rakan Pas dalam Gagasan Sejahtera," ujarnya sinis.
Beliau turut mengingatkan Iskandar bahawa nama Parti Amanah Negara atau singkatannya Amanah adalah nama yang termaktub di dalam perlembagaan parti serta telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Iskandar dan para pemimpin Pas seringkali merujuk Amanah sebagai Pan termasuk dalam kenyataan medianya baru-baru ini.
"Apa yang pasti Amanah akan sentiasa menyebut nama Parti Islam Se-Malaysia sebagai Pas sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan parti mereka, walaupun kami berpandangan banyak juga tindakan Pas mutakhir ini yang tidak menggambarkan Islam sebagai "rahmatan lil 'alamin" (rahmat kepada sakalian alam)," ujarnya.
Izham turut menyeru Iskandar dan Pas supaya memberi fokus kepada usaha menumbangkan Umno/BN demi menyelamatkan rakyat dan negara dan tidak terjerumus dalam hal titik bengek yang tidak menguntungkan barisan pembangkang.
"Apa saja usaha ke arah itu kami di PH-PPBM sedia bekerjasama bila-bila masa," katanya.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa