Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 29, 2016

Gesaan Khairuddin ini memang ada logiknya

Khairuddin gesa Muhyiddin bersihkan nama
HUSSAINI AMRAN  |  27 Disember 2016 12:10 AM
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti membersihkan namanya daripada dakwaan terlibat dalam skandal dengan isteri orang.

Bekas ahli PPBM, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, parti itu tidak boleh kelihatan seolah-olah mengamalkan dasar pilih kasih.

“Sekiranya Anina Saadudin tidak dilantik ke jawatan Ketua Srikandi PPBM disebabkan oleh viral kes skandal seks beliau, ramai rakyat di peringkat akar umbi turut bertanya tentang kedudukan skandal Muhyiddin dengan isteri orang pada suatu masa dahulu.

“Selaku Presiden PPBM, Muhyiddin juga tidak seharus­nya dikecualikan daripada membersihkan namanya dalam isu sama yang membelenggu imej­nya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 2 September lalu, Pre­siden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah menggesa Muhyiddin memfailkan saman terhadap peguam, Stanley Clement Agustin dan bekas isterinya, Datuk Nika Gee Siew Yee kerana membabitkan nama bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam kes perceraian berprofil tinggi pasangan berkenaan.

Terdahulu pada 2 Jun lalu, penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today, www.malaysia-today.net mendakwa, seorang lelaki membuat Akuan Bersumpah (SD) berhubung skandal antara Muhyiddin dan iste­rinya.

Sementara itu, berhubung isu Anina, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh menjelaskan, parti berkenaan masih belum me­nubuhkan sayap Srikandi.

Beliau memberitahu, penubuhan sayap adalah di bawah bidang kuasa Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM justeru isu kedudukan Ani­na sebagai Ketua Srikandi PPBM tidak seharusnya ditimbulkan.
“Anina kekal sebagai Ahli MPT PPBM yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan ke­giatan Srikandi sehingga sayap parti ditubuhkan secara rasmi,” katanya.

Semalam, portal Free Malaysia Today melaporkan, Anina mendakwa beliau disingkirkan daripada jawatan tersebut berikutan isu perbualan intim dengan seorang lelaki melalui aplikasi WhatsApp yang menjadi viral dalam media sosial baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa