Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 22, 2016

Liwat II: RPK cabar Musa buktikan diri tidak bersalah

Buktikan jika kamu tak bersalah, RPK cabar bekas IGP
mk - Hari ini, 11:29 tengahari      Hari ini, 11:59 tengahari
 
Meskipun diancam dengan tindakan undang-undang, semalam, penulis blog Raja Petra Kamaruddin tidak gentar tetapi sebaliknya mencabar bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Katanya, beliau tidak akan teragak-agak untuk memohon maaf sekiranya Musa mempunyai bukti. Oleh itu, katanya, beliau akan menunggu surat tuntutan peguam Musa sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

"Satu fakta yang tidak boleh dinafikan adalah bahawa Musa ialah ketua polis negara dari 2006 hingga 2010, manakala kes Liwat 2 (bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah pada tahun 2008.

“Ini bermakna segala-galanya berlaku semasa zaman Musa. Jadi, jika Musa benar-benar tidak terlibat dalam kes Liwat II maka beliau perlu membuktikannya.

“Sebaik Musa menunjukkan kita bukti yang menunjukkan beliau adalah betul dan saya salah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan permohonan maaf," tulis Raja Petra dalam blognya, Malaysia Today, semalam.

Awal semalam, Musa mengadakan sidang akhbar dan memaklumkan beliau akan menyaman Raja Petra jika penulis blog itu tidak menarik balik tuduhan fitnahnya berhubung artikel yang mendakwa beliau adalah sebahagian daripada plot untuk menghumban Anwar ke penjara.

Raja Petra dalam artikel bertajuk 'Bagaimana Mukhriz akan menjadi Perdana Menteri yang disiarkan di portal Malaysia Today, mendakwa Musa sebagai anjing peliharaan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perancang kes liwat bekas timbalan perdana menteri itu.

Musa juga berkata bahawa Mahathir tidak terbabit dalam kes Liwat II.

"Mahathir bukan di belakang Liwat II, beliau tidak dipanggil oleh pihak polis," kata Musa.

1 comment:

  1. Lawan jgn tak lawan. Biar dua2 saling jahanamkan satu sama lain!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa