Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 24, 2016

Malang menjelang Krismas: 13 maut, 17 cedera dalam kemalangan bas ekspres

13 maut, 17 cedera dalam kemalangan bas ekspres di Muar  
Disember 24, 2016 08:22 MYT
13 maut, 17 cedera dalam kemalangan bas ekspres di Muar
Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa nahas di lokasi kejadian. - Foto: JBPM
MUAR: Tiga belas maut manakala 17 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi ini.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata kemalangan yang berlaku berdekatan Kampong Jayo itu, turut mengorbankan pemandu dan seorang kanak-kanak.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 45 minit kemudian.

"Seramai 27 anggota bomba dari tiga balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian," kata Mohd Yusof ketika dihubungi di sini.

Kesemua mangsa yang terkorban dan cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, kata beliau.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.10 pagi, katanya. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa