Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 22, 2016

Dua pertuduhan digugurkan: Adakah kerana kerakusan dan ghairah untuk menangkap dan mendawa?

Dua pertuduhan digugur, Mahkamah bebaskan ‘wanita besi’ Bersih Sabah
Posted by admin Date: December 21, 2016
KOTA KINABALU: Pihak pendakwa gagal mengemukakan prima facie bagi kes yang menimpa bekas Pengerusi Bersih Sabah, Jannie Lasimbang yang dituduh melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana kononnya lokasi diadakan Perhimpunan Bersih 4 pada 28 dan 29 Ogos tahun lepas dikatakan hak milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Sakinah Marsus, Ketua AWAN Sabah

Ekoran pembebasan Jannie itu, Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Sabah mengucapkan syukur dan tahniah kepada beliau kerana kejayaan tersebut merupakan kemenangan rakyat dalam mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Ketuanya, Sakinah Marsus berkata, kejayaan “wanita besi” ini sangat berharga buat perjuangan rakyat Sabah dalam menegakkan undang-undang yang sering disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau berkata, dakwaan yang tidak tepat kononnya lokasi perhimpunan Bersih 4 tahun lepas milik DBKK ternyata meleset kerana lokasi berkenaan merupakan tempat awam yang menjadi hak milik bersama rakyat.
Jannie Lasimbang bersama barisan peguam yang telah bekerja keras membebaskan beliau.
Menjawab pertanyaan pihak media sebaik mahkamah membebaskan beliau daripada dua pertuduhan dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jannie didapati tidak bersalah dan bebas daripada dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Tuduhan Seksyen 9(5), iaitu gagal menyerahkan notis 10 hari bagi kedua-dua hari himpunan serta Seksyen 15(3), iaitu menganjurkan himpunan tanpa memenuhi semua keperluan yang disenaraikan oleh pihak polis dan DBKK.

“Alhamdulillah, bukan sekadar dibebaskan, bahkan Majistret juga mengarahkan wang ikat jamin beliau dikembalikan.

“Majistret juga menyatakan notis 10 hari sebenarnya tidak perlu sekiranya mana-mana pihak mengadakan perhimpunan aman di tempat-tempat yang digazetkan sebagai awam (Seksyen 9(2) di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012),” ujar Sakinah.

Menurut beliau, kemenangan ini juga membuktikan aspirasi rakyat tetap terjunjung dan hak mereka untuk berhimpun secara aman serta kebebasan bersuara dalam menyatakan pendapat terus terpelihara.

Undang-undang dan perlembagaan negara tegas beliau, masih terpakai untuk melindungi rakyat dan negara daripada tindakan-tindakan penguasa korup yang mengamalkan politik kotor dan melakukan pendakwaan terpilih.

Sakinah berkata, kes ini mampu menjadi rujukan utama bagi para aktivis yang mahu menganjurkan himpunan aman selepas ini.

Beliau yakin, pihak berkuasa tidak berupaya lagi untuk menakut-nakutkan rakyat yang mahu berhimpun menyatakan pendapat dan bantahan ke atas sesuatu tindakan penguasa atau polisi-polisi negara yang jelas menindas rakyat.

Laporan Wartawan Siti Hazar | 20 Disember 2016.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa