Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 24, 2016

Tengkorak dekat Taman Buaya pula......

Tengkorak manusia ditemui di kawasan semak
ROSALWANI CHE SOH - 23 DISEMBER 2016
Tengkorak manusia ditemui di kawasan semak Tengkorak dan tulang yang dipercayai ditemui di kawasan kejadian

KOTA BHARU - Penduduk di Taman Buaya gempar selepas menemui tengkorak dan tulang manusia di kawasan semak di jalan Taman Buaya di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu,tengkorak terbabit ditemui penduduk yang sedang menambat lembu di kawasan terbabit.

Ekoran penemuan itu penduduk membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan polis di kawasan itu turut menemui dompet milik Nik Soh Nik Umar dan mengambil keterangan itu untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, melalui siasatan dilakukan di kawasan kejadian mendapati laluan itu jarang digunakan.

"Kita percaya kawasan itu merupakan tempat menambat lembu dan terdapat bangsal batu yang telah lama tidak digunakan.

"Dipercayai mangsa berusia 53 tahun dan berasal dari Kampung Semut Api Pantai Cahaya Bulan hasil penemuan dompet di kawasan penemuan tengkorak itu," katanya.

Baharom berkata,turut dijumpai di kawasan kejadian kasut dan pakaian dipercayai milik mangsa namun tiada sebarang senjata mencurigakan dijumpai di kawasan itu.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit bagi mengenal pasti punca kematian,"katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa