Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 24, 2016

Bangang terdedah: Dari politik dibawa ke peribadi......

Pusat kesuburan desak Jamal minta maaf pada Siti Nurhaliza

  | December 23, 2016
TMC Fertility Centre berkata sindiran Jamal memberi kesan mendalam terhadap pasangan yang gagal mendapatkan anak dan ada antaranya mengalami masalah rumah tangga kerana masalah ini.
PETALING JAYA: Pusat perubatan yang memberi bantuan rawatan kepada pasangan tidak dikurniakan zuriat terkejut dengan kenyataan Datuk Jamal Yunos mempersendakan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza yang masih belum berjaya hamil.
TMC Fertility Centre, perintis rawatan kesuburan di Malaysia berkata kata-kata sinis dibuat ketua Baju Merah itu satu penghinaan terhadap lelaki dan wanita yang berusaha keras untuk menjadi ibu dan bapa.
Katanya, ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu perlu memohon maaf bukan saja kepada Siti tetapi juga semua wanita yang terpaksa berdepan kesakitan mental dan emosi kerana gagal hamil.
“Sudah jelas, kehendak untuk mempunyai keluarga ialah naluri utama yang tidak mudah ditahan, dan wanita berdepan masalah sukar hamil tidak patut disalahkan kerana gagal melahirkan anak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengurus komunikasinya, Chan Li Jin berkata sindiran Jamal memberi kesan mendalam terhadap pasangan yang berkali-kali gagal mendapatkan anak dan ada pasangan mengalami keretakan rumah tangga kerana masalah ini.
“Di TMC Fertility Centre, kami tahu sangat kesakitan mental dan emosi yang ditanggung pasangan seperti itu ketika cuba untuk hamil.
“Meskipun rawatan kesuburan tidak mengancam nyawa, pesakit kadangkala beritahu kami sebahagian diri mereka ‘mati’ setiap kali haid datang, bermakna mereka gagal lagi untuk mendapatkan bayi,” katanya.
Selepas kiriman laman sosial Siti yang dilihat mengkritik Jamal kerana melakukan “protes tuala” di Shah Alam, pemimpin Umno itu mengirim kenyataan seksis menyindir penyanyi itu kerana masih tidak menimang cahaya mata.
“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal dalam kiriman Whatsapp, hari ini.
Sebelum itu, Siti memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.
“Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman
“Jamal dah 4 hari tak mandi. Minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol,” tulis Siti.
Siti, 37, yang berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Khalid Mohamad Jiwa sebelum ini pernah berkongsi kesedihannya kerana masih gagal untuk mengandung.
Tahun lalu, beliau mendedahkan mengalami keguguran.
“Ternyata Allah SWT hanya pinjamkan anugerah ini untuk seketika sahaja,” tulis penyanyi yang banyak menerima anugerah itu di Instagram.
TMC berkata masalah kesuburan juga boleh berpunca daripada lelaki, bukan saja wanita.
“Ia masalah yang perlu dihadapi pasangan secara bersama-sama dan sokongan emosional sangat penting.
“Jamal perlu meminta maaf kepada Siti dan semua wanita kerana komennya yang menghina itu dan memandang remeh perkara yang dia sendiri tidak faham,” katanya.
Siti menjawab serangan seksis Jamal dan berkata ia tidak memberi sebarang kesan kepada dirinya.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa