Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 23, 2016

Hilang lagi 1550 ahli kepada parti Warisan - Apa kata PKR?

Thursday, December 22, 2016
1550 lagi ahli keluar parti sertai Parti Shafie, apa kata PKR ?

Catatan Santai

1. 20 Disember 2016, laman Free Malaysia Today (FMT) melaporkan kenyataan YB Junz Wong yang merupakan wakil rakyat DAP yang melompat masuk ke Parti Shafie Apdhal kemudian dilantik Naib Presiden menyatakan 1500 lagi ahli PKR bertindak keluar parti dan memasuki parti barunya.

2. Dalam kenyataan yang sama turut menyatakan hanya 400 ahli Umno dan beberapa ahli parti pembangkang lain turut bertindak keluar parti dan memasuki parti baru Shafie Apdhal itu. Semua tahu Shafie tidak memasuki parti bunga raya pimpinan Mahathir kerana tidak mahu dikaitkan dengan Mahathir. Mahathir sangat tidak porpular di Sabah kerana khususnya dalam isu skandal IC Sabah dimana ramai warga asing mendapat kerakyatan segera dalam usaha Umno atau Bn merampas Sabah ketika pemerintahan Mahathir.

3. Apa yang peliknya di sini ialah mereka melaungkan akan membentuk kerajaan di Sabah dengan mengembeling kebangkitan rakyat menolak Bn, sedangkan apa yang berlaku sebenarnya ialah hanya penstrukturan semula pembangkang di mana pemimpin dan penyokong pembangkang keluar parti membentuk parti atau gabungan baru.

4. Apa pula respon PKR dengan bukan sekadar wakil rakyat mereka di curi dan melompat parti tetapi ahli parti mereka dijemput berhijrah beramai - ramai keluar parti. Dengan senyap seolah bersetuju adakah PKR setuju parti itu makin hanyut dan tidak lagi relevan di Sabah atau Borneo secara amnya ?

5. Sekali lagi diingatkan kepada umum mengenai pengumuman PKR untuk menyakinkan pengundi untuk mengundi calon mereka bahawa semua calon PRU lepas telah menandatangani perjanjian undang - undang jika terpilih memenangi PRU dan bertindak keluar parti mereka perlu membayar RM5 juta. Adakah pengumuman tersebut hanya penipuan bagi menyedapkan hati pengundi atau wakil rakyat PKR yang lompat dan disambut baik Presiden PKR melalui kenyataan rasmi sudah membayar RM5juta ?

6. Dalam kenyataan yang sama yang sama Junz Wong turut mengumumkan bahawa 500 ahli SAPP di Kundasang turut menyertai parti Shafiee. Namun kenyataannya ditemplak oleh Japiril Suhaimin, pimpinan SAPP yang juga bekas calon SAPP Kundasang Pilihanraya lepas dengan menyatakan Junz Wong menipu kerana rekod SAPP menyatakan keahlian mereka di Kundasang hanya 232 orang sahaja. Nampaknya bekas wakil rakyat DAP ini cepat bekajar dari Shafiee cara Umno yang mana strategi Umno sebelum ini umum entah siapa - siapa keluar parti bagi menipu dan tujuan perang saraf semata - mata.
7. Telah saya tegaskan supaya kita jangan terpedaya dengan taktik politik silang berlapis oportunis kelompok ini. Mereka menolak isu politik nasional dengan konon berbincang soal Sabah semata - mata, membunuh parti lain kononya parti semenanjung dengan meniup semangat kenegerian melampau. Kemudian kalau menang siapa pun menguasai Dewan Rakyat (Putrajaya) maka mereka boleh berbincang. Sekarang pun rundingan sedang berlangsung.

8. Kepada orang Sabah atau Sarawak khususnya, diakui memang Sabah dan Sarawak tertinggal jauh dalam banyak segi walaupun menjadi antara penyumbang utama ekonomi Malaysia, namun ingatlah selama ini perkara ini terjadi dengan kamu berada dibawah Ketua menteri orang negeri kamu. Maka isunya bukan parti semenanjung atau parti tempatan tetapi isunya siapa menawarkan polisi yang baik dan punya rekod perjuangan rakyat yang menyakinkan. Jangan terpedaya dengan perompak yang cuma cuba bersalin baju sahaja.

catatan oleh che'GuBard SAMM

untuk membaca tulisan sebelum ini klik 
http://chegubard.blogspot.my/2016/09/shafie-harus-respon-isu-penggunaan-wang.html

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa