Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 29, 2016

Kalau hang berani, dah cukup bagus tu Jamal!

Jamal ugut sewa jentera roboh premis haram di Sekinchan

  | December 28, 2016
Jamal berkata, beliau bukannya tidak puas hati dengan MDSB dan Pejabat Tanah Sabak Bernam, tetapi mahu pihak berkuasa bertindak secara adil.
PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Yunos mengancam akan menyewa jentera berat untuk merobohkan sendiri 9 pusat perjudian haram dan 40 kedai urut serta karaoke, jika pihak berkuasa tempatan tidak mengambil tindakan ke atas premis terbabit.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu yang dipetik Oriental Daily berkata, beliau bukannya tidak puas hati dengan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) serta Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, tetapi mahu pihak berkuasa bertindak secara adil.
Katanya, beliau tidak marah dan bersedia melindungi penguat kuasa merobohkan Sekin Fishermen Village Hotel & Resort miliknya kerana penjelasan pengarah Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam serta setiausaha MDSB jelas menunjukkan mereka sekadar menjalankan tugas mengikut arahan.
Bagaimanapun, beliau hairan kenapa perobohan itu kebetulan dilakukan keesokannya selepas beliau mengadakan “protes tuala” di luar bangunan kerajaan negeri Selangor pada 21 Disember lalu.
“Tetapi kenapa hanya saya dikenakan tindakan? Minggu lepas saya sendiri bawa polis ke pusat judi haram di Sekinchan kerana semua orang sama rata di sisi undang-undang, tidak patut ada layanan berbeza.
“Semua bangunan yang dibina di atas tanah rizab kerajaan perlu dirobohkan, peniaga yang tiada lesen perniagaan perlu dikenakan tindakan, politik tidak patut mengatasi undang-undang dan membiarkan orang daripada parti politik tertentu bebas.
“Saya sudah sewa jentera, jika majlis daerah tidak merobohkan premis haram, jangan salahkan saya ambil tindakan sendiri,” katanya.
Pagi tadi, Jamal yang ditemani peguamnya, membawa bersama 1 bekas kuih baulu untuk menemui pengarah Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, bagi mendapatkan penjelasan berhubung status tanah yang diragui di sekitar Sekinchan.
Lebih 50 anggota polis dan penguat kuasa dikerahkan mengawal keadaan serta menutup pintu pagar di Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam.
Hanya pegawai dan orang tertentu dibenarkan memasuki premis itu dan tindakan Jamal membawa kira-kira 20 orang bersamanya bagaimanapun tidak mencetuskan sebarang huru-hara.
MDSB melakukan perobohan itu pada 22 Disember lalu dengan alasan pemilik menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen, selepas menghantar notis perintah menutup hotel di Jalan Pantai Redang, Sekinchan berkuat kuasa Khamis lalu dan pemeriksaan semula akan dibuat pada 4 Januari depan.
Jamal bagaimanapun “merasmikan” hotel miliknya itu pada Jumaat lalu dengan berkata: “Ini hak saya, tanah saya. Kesalahan saya hanyalah tidak memiliki lesen kerana mereka tidak berikan. MDSB dikawal ahli majlis dan mereka sengaja tidak beri lesen.”
Jamal berkata, ada 23 kedai yang dibina di atas tanah rizab kerajaan dan 43 rumah dijadikan premis perniagaan serta kilang di Sekinchan ketika ini, tetapi tiada tindakan diambil majlis daerah yang menerima banyak aduan mengenai perkara itu.
Sehubungan itu, beliau mengesyaki jika Adun Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim pernah memberi tekanan kepada ahli majlis.
“Dengar kata majlis daerah boleh dapat ‘ganjaran’ RM3,000 hingga RM10,000 daripada pusat judi, urut dan disko setiap bulan, jadi saya harap majlis daerah dan Ng Suee Lim boleh beri penjelasan kepada rakyat.”
Beliau turut mengucapkan “tahniah” kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang membalas dendam terhadapnya selepas beliau mengadakan “protes tuala” bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di Lembah Klang, minggu lalu.
Ketua Gerakan Baju Merah itu mengakui setiap kesalahan perlu dikenakan hukuman, tetapi beliau tidak akan mendiamkan diri dan akan terus melawan jika difitnah tanpa sebab.
Kaitan: 
Ia susulan dakwaan Jamal yang hotel miliknya dirobohkan penguatkuasa PBT kerana dendam kerajaan negeri.

Jamal berkata beliau menebus semula tanah itu dan menghadiahkan kepada ibunya, apabila beliau mendapat keuntungan daripada perniagaan.

Acara perasmian itu dibuat sehari selepas Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengeluarkan notis perintah tutup dan merobohkan premis itu kerana beroperasi tanpa lesen.

Jamal Yunos didakwa terima peruntukan AP, kerana terima layanan istimewa UMNO

KUALA LUMPUR, 28 DIS: Di sebalik kontroversi dan publisiti meluas media terhadap samseng UMNO Datuk Seri Jamal Yunos, kerajaan BN hari ini digesa untuk menjelaskan apa istimewanya individu terbabit yang masih mudah mendapat AP bagi kereta import.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa