Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 6, 2017

Anak ‘Tan Sri’ pula ditahan SPRM

Rasuah: Lepas tahan ‘Tan Sri’, SPRM tahan anaknya pula

  | April 6, 2017
Seorang “Tan Sri” dan anaknya dikatakan terlibat mengemukakan tuntutan palsu kepada JPS berkaitan kerja pemulihan sungai.
PETALING JAYA: Sehari selepas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang “Tan Sri” di Johor kerana disyaki terbabit kes penipuan, anak lelaki suspek kini turut ditahan.
Lelaki berusia 31 tahun yang ditahan berhubung kes itu, dibawa ke mahkamah bersama bapanya di Putrajaya jam 9 pagi hari ini untuk direman, lapor The Star.
Akhbar itu melaporkan lelaki itu ditangkap di Johor Bahru dan siasatan awal menunjukkan dia turut terlibat dalam kes penipuan itu.
Semalam, SPRM menahan seorang ahli perniagaan yang juga pesara politik bergelar “Tan Sri” berusia 63 tahun.
SPRM turut menahan 4 pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
The Star melaporkan “Tan Sri” itu dikatakan mengemukakan tuntutan palsu kepada JPS berkaitan pembekalan geotubes untuk kerja pemulihan sungai melibatkan pengorekan dan penggalian.
* Rupanya ramai juga yang buat kelaku dajal ni anak baranak?

Kaitan: Lagi 'Tan Sri' kena tahan, yang ini seleweng projek JPS

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa