Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 7, 2017

Serangan bom kimia: PBB secara rasmi kata rejim Syria lakukan

PBB secara rasmi kata rejim Syria lakukan serangan bom kimia
September 6, 2017
NEW YORK, 15 Zulhijjah 1438H, Rabu – Penyiasat jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, mereka mempunyai bukti pasukan tentera kerajaan rejim Bashar Al-Assad bertanggungjawab terhadap serangan senjata kimia yang mengorbankan puluhan orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, April lalu.

Suruhanjaya Siasatan PBB (COI) mengenai Syria hari ini berkata, mereka telah mengumpul maklumat secara meluas yang menunjukkan tentera udara Syria bertanggungjawab melakukan serangan gas sarin di Khan Sheikhoun, bandar yang diduduki kumpulan penentang kerajaan.

“Semua bukti diperoleh membolehkan Suruhanjaya Siasatan merumuskan ada sebab munasabah untuk mempercayai bahawa tentera Syria menggugurkan bom yang menyebarkan gas sarin di Khan Sheikhoun,” kata laporan COI.

Sekurang-kurangnya 83 orang, kebanyakannya kanak-kanak, terbunuh dan hampir 300 lagi cedera dalam serangan di bandar utara wilayah Idlib.

Kerajaan rejim Bashar menafikan terbabit dalam serangan itu dan mendakwa mereka sudah lama tidak menggunakan senjata kimia sejak perjanjian mengenainya ditandatangani pada 2013.

Fakta yang ditemui oleh pemantau bahan kimia PBB, OPCW, merumuskan bahawa gas sarin telah digunakan dalam serangan itu, tetapi tidak meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak.

Tetapi, laporan hari ini adalah yang pertama di mana PBB secara rasmi meletakkan kesalahan itu di bahu Damascus.

Daripada bukti ketara yang diperoleh, laporan itu juga mendapati kerajaan rejim Syria bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya 23 lagi serangan senjata kimia sejak Mac 2013.

Pasukan penyiasat yang tidak pernah dibenarkan memasuki Syria berkata, hasil laporan itu dibuat menerusi siasatan terhadap gambar sisa bom, imej satelit dan keterangan saksi.

Mereka mendapati jet pengebom Su-22, yang hanya digunakan oleh tentera udara Syria, melakukan empat serangan udara di Khan Sheikhoun kira-kira jam 6.45 pagi 4 April lalu.

“Suruhanjaya mengenal pasti tiga daripada bom itu seakan-akan OFAB-100-120 dan satu lagi adalah bom kimia,” kata laporan itu.

Siasatan juga mendapati tiada bukti yang menyokong dakwaan Syria dan Russia bahawa bahan kimia itu bebas ke udara setelah depot tentera rejim diserang kumpulan bersenjata.

Laporan bagi tempoh 1 Mac hingga 7 Julai lalu juga mendapati pasukan keselamatan Syria melakukan serangan senjata kimia di sekurang-kurangnya tiga lagi tempat iaitu di Idlib, Hamah dantimur Ghouta, menggunakan klorin. – sumber

* Dasar siPengecut yang zalim. Hanya berani bertindak terhadap rakyat yang tidak berdaya. Dengan Yahudi dan Amerika kecut menikus!

1 comment:

  1. Take perlu Assad menyerang guna kimia , lawannya dah nak kalah buang semua bulu bulu lari menggunakan pakaian perempuaan, Zionist Arab us dah kantoi 350 penerbangan diplomatik angkut senjata Di bawah cia, Dari azerbaijan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa