Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 10, 2017

Rohingya: Hahaa.....baca tajuknya bukan main power lagi, rupanya harapkan orang lain?

* Inilah jadinya bila umat Islam umpama buih di lautan!

Cakap jer berdegar-degar kononnya Umat Islam ramai tapi tengok sekarang apakah tindakan pertubuhan Islam seperti OIC dan sebagainya?
Katakanlah hantar bantuan kemanusiaan, tapi tahukah kita bantuan yang dihantar itu ke laut mana tumpahnya?

Cakap bagai pahlawan tapi tak sedar keris dan tombaknya berkarat dan dah patah?

Persatuan Ulamak Sedunia - mampukah menyatukan kepala seluruh Ulamak dan memujuk negara-negara Islam yang bermacam-macam jenis kepala tu melalui Imej dan poengaruh Ulamak Dunia yang kononnya besar dan kuat tu untuk bertindak?

Rohingya: Sabar kita ada had
MOHD AZLIM ZAINURY - 10 SEPTEMBER 2017
Abdul Hadi Awang

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perlakuan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar adalah di luar batas kemanusiaan.

Menurutnya, seluruh dunia mengetahui kekejaman yang mengorbankan manusia di negara itu sehingga ramai terpaksa menjadi pelarian dan mangsa korban di darat dan lautan.

“Masyarakat antarabangsa tidak boleh memejamkan mata dari segi kemanusiaan untuk bertindak terhadap rejim yang terkurung dalam negerinya itu dan melakukan apa sahaja tanpa peduli terhadap kutukan dunia luar terhadapnya.

“Masyarakat antarabangsa mengetahui betapa aspek agama memainkan peranan terhadap kekejaman yang berlaku sehingga melibatkan sokongan sami dikatakan juga menyalahi ajaran agamanya sendiri menentang keganasan,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa juga perlu menyedari bahawa Islam mengajar erti kemanusiaan dan persaudaraan secara khusus dalam kalangan umat Islam sesama penganutnya seperti satu jasad.

Menurutnya, perlu diketahui bahawa di sekeliling negara yang zalim dan kejam itu sangat dekat dengan jumlah umat Islam yang besar sehingga mencecah setengah bilion.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengambil  tindakan berkesan lebih awal bukan dan bukan hanya resolusi dan lawatan yang tidak dihormati.

“Mereka hendaklah sedar kesabaran umat Islam ada batasnya. Walaupun negaranya tidak mampu bertindak, jangan sampai adanya tindakan bersendirian yang tidak boleh dikawal lagi dan jangan Islam pula yang disalahkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa