Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 6, 2017

Kerajaan Thailand sudah tahu di mana Yingluck berada?

Siasatan Yingluck capai kemajuan, Thailand tunggu masa
Diterbitkan pada 5 Sep 2017 11:15PM 
Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra melarikan diri selepas kes kecuaian program subsidinya dibicarakan di mahkamah. – Gambar EPA, 5 September, 2017.

KERAJAN Thailand menyatakan ia mencapai kemajuan yang menggalakkan dalam siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang tiba-tiba melarikan diri tetapi enggan mendedahkan butiran mengenainya.

Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan berkata beliau akan menunggu sehingga masa yang sesuai untuk memaklumkan mengenai semua kemajuan yang dicapai dalam siasatan.

"Siasatan mengenai laluan yang digunakan oleh Yingluck untuk melarikan diri dan keberadaannya telah mencapai kemajuan tetapi kami tidak boleh mendedahkannya kerana kami belum menyimpulkan semua bukti. Saya akan memberitahunya apabila segala-galanya sudah jelas," kata beliau kepada media di Bangkok hari ini.

Bekas perdana menteri itu tidak hadir ke mahkamah Jumaat lepas untuk mendengar keputusan berhubung kes kecuaian dalam skim subsidi beras yang dilaksanakan semasa pentadbirannya dan mencetuskan spekulasi bahawa dia melarikan diri untuk mengelak tindakan mahkamah.

Jika didapati bersalah, Yingluck, adik kepada seorang lagi bekas Perdana Menteri, Thaksin boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun.

Sementara itu, Prawit yang juga menteri pertahanan dan menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri berkata, kerajaan belum menerima sebarang maklum balas daripada beberapa kerajaan asing yang ia memohon bantuan dalam siasatan ke atas Yingluck.

Beliau juga ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum tetapi berkata ia akan mematuhi pelan tindakan yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Kerajaan tidak menetapkan tarikh atau bulan (bagi pilihan raya umum) tetapi ia mematuhi pelan tindakan dan undang-undang organik. Sehingga kini, proses untuk menggubal undang-undang organik belum selesai," kata beliau.

Beliau membuat komen itu susulan kenyataan oleh Pesuruhjaya Pilihan Raya negara itu yang menjangka pilihan raya umum boleh diadakan pada Ogos tahun depan.

Pilihann raya umum yang dinanti-nantikan itu akan menandakan Thailand kembali kepada demokrasi selepas junta tentera merampas kuasa pada Mei 2014. – Bernama, 5 September, 2017.

1 comment:

  1. Thanks for sharing your thoughts. I truly appreciate your efforts and
    I am waiting for your further write ups thank you once again.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa