Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 8, 2017

Sudah nampak semakin jelas tujuan RCI forex ini diadakan?

RCI mata wang asing kejar KPI apa?
The Malaysian Insight
Diterbitkan pada 8 Sep 2017 4:40PM 
Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas skandal forex seolah-olah mempunyai satu tujuan: Menyerang Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 September, 2017

KALAU sebelum ini tidak terang, sekarang tentunya sudah bersuluh: bahawa Panel Sidek atau Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap Kerugian Mata Wang Asing Bank Negara sudah ada keputusan dalam kepala — memburuk-burukkan Dr Mahathir Mohamad dalam seluruh tegak batang tubuhnya.

Secara khusus, ketua RCI Mohd Sidek Hassan dan kini Majlis Tertinggi Umno mahukan keputusan tertentu daripada siasatan panel itu.

Jadi apabila tidak dapat apa mereka mahu, mereka melompat. Dalam kes Sidek, pengakuannya bahawa beliau seorang broker yang jujur terdengar bagai canang tong kosong.

Dalam kes Majlis Tertinggi Umno, sikap tidak sedia menerima naratif orang mereka sendiri membayangkan kelompok pemimpin ini hanya berminat dengan cerita versi mereka sendiri. Mereka hanya hendak kenakan Dr Mahathir.

Begitulah kata ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi yang juga ketua propaganda kerajaan apabila menuduh bekas penasihat Bank Negara Malaysia Nor Mohamed Yakcop cuba melindungi Dr Mahathir daripada didakwa atas kerugian mata wang bank pusat itu.

“Dia mengaku bertanggungjawab di atas kerugian besar itu, tetapi menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar 1990an itu ditentukan oleh dia secara bersendirian,” kata Ahli Majlis Tertinggi itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Maksudnya ada orang lain terlibat. Siapakah orang itu? Apakah dia bermaksud Gabenor BNM?

“Yang pasti Nor Yakcop cuba mengelak daripada mengaitkan Perdana Menteri (Dr Mahathir) dan Menteri Kewangan ketika itu (Anwar Ibrahim),” katanya.

Bagi Sidek, pertikaman lidahnya dengan Anwar semalam menunjukkan segala-galanya tentang apa yang beliau mahu semua orang tahu — bahawa Dr Mahathir dalang urus niaga mata wang asing ini dan selama ini tahu apa yang berlaku.

Jadi, sebarang keterangan yang menyimpang daripada keputusan itu dianggap satu kesulitan.

Bagi Nor Mohamed, senang untuk beliau menyambungkan titik-titik khayalan itu kepada Dr Mahathir. Beliau akan dijulang sebagai wira dalam kelompok Umno, malah mungkin diberikan beberapa lagi kedudukan yang baik-baik.

Namun arkitek kerugian BNM tahu bahawa jiwa yang murni itu jauh lebih penting daripada dirayakan oleh manusia. Beliau bukannya wira.

Beliau cukup faham suatu hari nanti beliau harus mempertanggungjawabkan semua perbuatannya, serta apa yang tidak dilakukannya, kepada Tuhan. Menyelamatkan jiwa memang lebih mustahak daripada ancaman atau hilang prestij.

Bagi orang lain pula, terus berpegang pada apa yang mereka ada dan mengaut lebih daripada itu nampaknya adalah satu-satunya kewajaran wujud mereka — biarpun terpaksa memburuk-buruk orang lain dan sesiapa saja yang boleh. – 8 September, 2017.

2 comments:

  1. Yang aku nampak artikel admin berputar2 dan berbelit2 demi mempertahankan bekas raja perompak yg telah 'bertaubat'dan masuk kumpulan depa walaupun depa tahu berbillion2 telah hangus oleh tangan mereka....... Semuanya kerana perjuangan songsang yg cuba di suci Kansas. Ini semua kerja gila org yg kurang percaya kpd agama!

    ReplyDelete
  2. Kelam kabut macai Najib akibat pengakuan saksi ke 17. Sidek Hassan terbukti macai Najib yang sangat kecewa. Balik Pekan je Sidek. Tanam kangkung.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa