Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 10, 2017

Isu Memali: Siapakah penduduk yang mula tembak polis? - video inside

SIAPA PENDUDUK YANG MULA TEMBAK POLIS DI MEMALI, SOAL SETIAUSAHA SULIT MUSA
Kuala Lumpur, 9 Sept — Siasatan semula tentang insiden berdarah Memali pada tahun 1985 wajar mencari siapa yang pertama kali melepaskan tembakan hingga anggota polis terbunuh.

Setiausaha sulit kanan Tun Musa Hitam waktu itu, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, menyaran demikian ketika mengulas idea suruhanjaya siasatan diraja (RCI).

“Sampai sekarang, ada satu kemusykilan besar yang memeningkan saya. Seseorang dalam kumpulan (penduduk) menembak dulu sehingga empat polis terkorban.

“Ia mencetuskan tragedi tersebut kerana anggota-anggota polis lain kemudian bertindak balas terhadapnya [tembakan],” katanya lapor MalayMailOnline.

Operasi polis waktu itu bertujuan menahan pemimpin PAS Baling Ibrahim Mahmud, seorang guru agama tempatan yang berpengaruh di Memali.

Musa, menteri keselamatan dalam negeri waktu itu, dipersalahkan namun kini muncul maklumat bahawa perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad belum lagi meninggalkan negara saat itu seperti tanggapan popular selama ini.

Annuar berkata beliau hairan tiada sesiapa didapati bertanggungjawab atas insiden itu, yang mengorbankan 18 nyawa dalam wawancara eksklusif.

Bagaimanapun, jika RCI diadakan untuk menyiasat semula, tambahnya, tujuannya mestilah ke arah mencari kebenaran buat keluarga penduduk dan polis terbabit.

“Malah jika individu yang memulakan tembakan itu turut terkorban, ia mestilah didedahkan kepada umum.”

“Saya percaya [waktu itu] ada proses siasatan; jangan cakap tiada siapa tahu penduduk yang bersenjata,” katanya lagi. - sumber

* Perkara ini pun dah bercelaru. Banyak laporan dulu yang menyatakan pihak tertembak sesama sendiri namun di pihak polis pula mengatakan apa yang berlaku adalah sebaliknya

Dan ini pula hikayat dari pihak polis dari sumber ini

CERITA DARI ANGGOTA POLIS " PERISTIWA MEMALI "

Saya salah seorang anggota polis yg terlibat di barisan hadapan sewaktu kejadian tersebut. Sebelum kejadian,PAS telah mengadakan ceramah2 boleh dikatakn setiap malam dihadiri ribuan orang. Setiap ceramah2 mreka penuh dgn sentimen anti kerajaan. Ceramah2 yg sama juga dbuat d Rusila Trengganu (asalnya Amanat Hadi). 

Rentetan Memali brmula apabila polis buat roadblock d Kulim dan menahan satu van yg nk menuju ke Memali. Dlm van trsebut trdapt 3 tau 4 org pengkut Ibrahim Libya.
Setelah dperiksa dlm van trsebut ada brpuluh2 senjata tajam, parang & pedang. Polis kmudian menahan mreka. 

Apabila perkara ini diketahui olih Ibrahim Libya & pengikut2nya. Org2 kanan nya telah menahan anggota2 polis yg jaga aman di ceramah itu & mengugut pihak polis supaya melepaskn pengikut mereka. Jika tidak mereka tidak akan mlepaskn anggota2 polis tersebut. Pihak polis telah mmberi amaran kpd mreka tetapi tidak diendahkn sebaliknya mereka blok jalanraya dgn kayu & dahan2.Serta mmbaling batu keatas kreta2 polis dgn batu tau benda keras.
Keadaan juga semakin genting apabila Ibrahim Libya & orang2 kanannya menyemarakkan api anti kerajaan serta mengumpul senjata2. 

Polis telah dptkn waran tangkap keatas Ibrahim Libya & beberapa org kanannya & minta serah diri tp tk diendahkan. 

Akhirnya kami team CID Bkt Aman turun dgn tujuan menangkap Ibrahim Libya & orang kanannya saja. 

Pasukan kami diketuai olih Dato Yahya Yeop Ishak brtolak pagi dari kem PPH Tg Pari. Kami telah diberi arahan agar elakkan dr guna senjata atau pertumpahan darah. Kami bertolak secara konvoi. Dihadapan pasukan FRU yg tidak bawa senjatapi hanya brbekalkn gas pemedih mata saja. Kami CID di row kedua & dibelakang skali ialah PPH. 

Apabila sampai dirumah Ibrahim Libya kami dapati penuh dgn pengikut2 Ibrahim Libya & org2 kampung sambil mnjerit2 memaki polis sambil brtakbir2.

Pihak polis melalui loudheller meminta mreka brtenang kerana tujuan polis hanya hendak menahan Ibrahim Libya & bberapa orang kanannya sahaja. 

Tetapi amaran/rayuan kami dibalas dengan jeritan makihamun dan laungan takbir. 

Perempuan2 & kanak2 dijadikan benteng dihadapan rumah Ibrahim Libya mmbaling batu atau apa saja kearah polis sambil bertakbir. Mereka mnjadikan perempuan & kanak2 kampong sebagai benteng hadapan sementara ketua & org2 kanan brsembunyi dlm rumah. 

"Dasar pengecut"....Tk sampai 15 minit kemudian Inspektor Komander FRU yg berdiri diatas truck Fru telah kena tembakan senapang patah yg ditembak dari arah rumah Ibrahim Libya. Inspektor trsebut kemudiannya meninggal dunia. Walaupun anggota polis telah ditembak. Pihak polis masih lagi memberi amaran & rayuan.

Walaupun dibalas dgn takbir & maki hamun. Malahan mereka cuba pula menyerang polis menyebabkan pasukan FRU trpaksa melepaskn tembakan gas pemedih mata. Kami masih diarahkn bertenang & tidak mlepaskn tembakan. Dlm keadaan kecoh itu kami diminta brsabar walaupun seorang pegawai polis telah trkorban. 

Dlm pada seorang pengikut kanan Ibrahim Libya yg brsenjata parang brlari kearah truck FRU & menyerang anggota Fru hingga cedera ditangan ditetak. 

Demi mmpertahankn diri anggota Fru trsebut trpaksa melepaskn tembakan gas pemedih mata menyebabkn muka lelaki trsebut separuh berkecai. 

Keaadaan brtambah tegang, anggota2 polis sudah hampir hilang sabar melihatkn anggota trbunuh & cedera tetapi kami tidak dibenarkn bertindak sebaliknya kami diminta bersabar.

Sementara itu Dato Yahya brhubung dgn Bkt Aman minta arahan lanjut. KPN pula brhubung dgn KDN (Musa Hitam) utk arahan lanjut. 

Kami trpaksa mnghadapi keadaan tegang trsebut hingga jam 11.00 dgn arahan utk brtahan sehingga dpt arahan trakhir dr KDN. 

Akhirnya l/kurang jam 11.30 pagi baru dpt arahan utk serbu jika Ibrahim Libya & beberapa org kanannya tidak mahu menyerah diri. 

Disaat itu Dato Yahya masih merayu mereka supaya serah diri utk mengelakkan prtumpahan darah. Apabila mereka masih brdegil akhirnya arahan serbu dijalankn.

Itupun dengan arahan tegas tidak menembak atau mencederakan kanak2 & wanita. 

Akhirnya anggota UTK menyerbu masuk kedalam rumah. Bila saja UTK masuk gempur, saya dh dpt agak apa kesudahannya. Tapi syukur alhamdulillah tiada kanak2 atau wanita yg cedera. 

Kalaulah mereka yg dikehendaki tu serah diri awal2 insyaallah prtumpahan darah dpt dielakkan. 

Musa Hitam, bukankah awak masa tu pemangku PM? Awak yg ada kuasa masa tu, jadi kenapa baru skarang awak menyalahkn orang lain?. Sebagai ketua beranilah brtanggungjawab. Kalau tk berani jgn jd ketua, pengecut. 


Kami ni yg berhadapan dgn mereka, anggota kami mati. Jangan pulak kami dijadikan kambing hitam. Kami menegakkan undang2 & menahan mereka yg melanggar undang2.......




No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa