Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 9, 2012

Panel Penasihat Bebas: Bebaskah Dengan Ahlinya Terdiri Dari Individu-Individu ini?

BERSIH 3.0 - Tun Haniff Omar antara Ahli Panel Penasihat Bebas.
alt
KUALA LUMPUR 9 Mei - Kerajaan mengumumkan pelantikan enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Mereka terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata panel penasihat ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka. Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya pada persidangan media di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.- klpost

3 comments:

  1. -keh keh pengerusi judi nak jadi penyiasat?...cabaran dunia akhir zaman yang zalim dikatakan adil...tanggungjawab diletakkan kepada orang yang bukan berhak..

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah...

    Banyak la ko punya bebas.

    Bengong mu icam anak ucin.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  3. aku lebih percaya kalau berok jadi ahli panel bebas

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa