Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 4, 2012

Dadah Punya Pasal

Sabtu Ogos 4, 2012
Tempoh Hidup Macaulay Culkin Hanya 6 Bulan
Macaulay Culkin
BEKAS aktor cilik yang pernah menjadi bintang filem Home Alone, Macaulay Culkin, dikatakan hanya mempunyai jangka hayat selama enam bulan lagi.
Menurut laporan Inquisitr, bekas kekasih aktres Mila Kunis itu menghabiskan wangnya sebanyak RM18,000 (US$ 6,000) sebulan untuk membeli pelbagai jenis ubat yang dilarang.
Malah Macaulay telah berpindah ke Manhattan untuk menyertai pesta dadah.
"Macaulay hanya mampu bergantung pada ubat-ubatan dan itu boleh membunuhnya. Dia ketagih dengan dadah jenis heroin, oxycodone, percocet dan vicodin.
"Saya lihat sendiri bagaimana dia boleh ambil semua itu dalam satu masa," kata sumber.
Februari lalu, paparazzi merakamkan fotonya dengan keadaan kurus kering. Ia dikatakan berpunca daripada masalah tekanan perasaan yang berpanjangan sejak putus cinta dengan Mila tahun lalu - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa