Written by Stan Lee, Malaysia Chronicle
Nampaknya ramalan pesaing politik Pakatan Rakyat tentang PM Najib Razak yang berada dalam keadaan panik sememangnya benar, jika dilihat kepada hasil tinjauan dalaman yang dijalankan oleh partinya.
Mengikut para pemimpin Pakatan, ini telah menunjukkan kejutahan dalam sokongan rakyat terhadap Najib dan kerajaannya yang akan memaksanya mengadakan pilihanraya ke-13 selepas musim Raya dan bukannya tahun hadapan selepas Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September.
Inilah yang bibayangkan hasil tinjauan bebas yang dikeluarkan oleh Merdeka Centre pada hari Khamis yang menunjukkan sokongan terhadap Najib menurun sebanyak 1 peratus lagi pada Jun kepada 64%. Jika dibandingkan dengan 71% sokongan yang diperolehi oleh PM sebelumnya, Abdullah Badawi sebelum pilihanraya umum pada tahun 2008, ini jelas menunjukkan prestasi Najib lebih teruk berbanding apa yang disangkakan.
Jangan salahkan orang lain apabila tidak mahu mendengar kata pengundi
Keputusan daripada Tinjauan Merdeka ini telah menjadikan pemerhati menjangka Pakatan yang diketuai pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim boleh merampas kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum ke-13 dengan rakyat Malaysia berpendapat akan berada dalam kesengsaraan selama 5 tahun lagi jika BN kembali memerintah.
Jelas juga di dalam tinjauan itu bahawa, Barisan Najib telah jatuh sebanyak 6% mata daripada 42% dari segi sokongan padu. Kejatuhan yang ketara ini datang daripada majoriti pengundi terbesar iaitu Melayu dan ini sudah tentu menjadikan BN yang telah memerintah Malaysia sejak 1957 lebih cemas.
Sekarang, tahulah kita kenapa Najib telah mengumumkan bonus separuh gaji kepada semua pekerja kerajaan dan RM500 batuan kewangan kepada pesara kerajaan sebelum Bajet 2013 dibentangkan. Dana yang diperlukan mencecah RM2.2 bil. Ini merupakan jumlah yang besar untuk dibayar sebelum Bajet dibentangkan. Ia juga penting bahawa pembayaran dibuat pada 9 Ogos. Ini semua memberi kita petunjuk bahawa PRU akan diadakan selepas Hari Raya,” kata timbalan presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
Semestinya Najib menjadi takut dengan menggunakan tinjauan Merdeka sebagai alasan menambat hati dan minda pengundi. Namun, RM2.2 bil merupakan jumlah yang amat besar untuk dibazirkan. Namapaknya dia akan mengadakan pilihanraya umum ke-13 sebelum sokongan rakyat terhadap dirinya dan BN menurun lagi. Dia tidak boleh menyalahkan BN yang didominasikan UMNO dimana dia sendiri merupakan presiden UMNO. Sebenarnya MCA, Gerakan dan MIC telah lama terkubur. Kemerosotan terbaru BN ini adalah kesan daripada UMNO yang tidak endahkan rintihan orang Melayu yang sudah muak akan rasuah.
Pengundi tidak percaya lagi pada ikrar reformasi
Tinjauan terhadap pengundi yang berada di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa kepuasan terhadap pm menurun dikalangan pengundi Melayu dan India daripada 79 kepada 75 peratus, dan dari 72 kepada 69 peratus. Namun, nombor ini naik pula pada pengundi Cina dari 37 kepada 42 peratus pada bulan Jun.
“Pendangan yang bercampur di kalangan komuniti mungkin sekali dipengaruhi oleh pertambahan kebimbangan terhadap keadaan ekonomi dikalangan responden India disertakan dengan ketidakpuasan hati terhadap kenyataan yang ditujukan kepada aktivis masyarakat Datuk Ambiga Sreenivasan,” mengikut pendapat Merdeka Centre for Opinion Research.
Sebaliknya, ada diantara responden yang menerima baik tindakan kerajaan untuk menggantikan Akta Hasutan, mengiktiraf ijazah yang dikeluarkan oleh Kolej Tunku Abdul Rahman dan tindakan memujuk kemarahan peserta Bersih pada April lalu,” tambah pusat tinjauan yang paling disegani di negara itu.
Bantuan kewangan dan gula-gula
Sokongan terhadap Najib telah menurun dalam lingkungan 60 ke 70 peratus semenjak 3 tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Centre dan spekulasi bertiup kencang bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada tahun ini sebelum mandat BN berakhir pada April 2013. Walaupun dengan sokongan sebanyak 71%, Badawi telah menerima kekalahan yang teruk pada pilihanraya 2008 dengan kehilangan kuasa di 5 negeri dan dua pertiga kerusi di Parlimen yang menjadi kebiasaan bagi BN.
Dalam keadaan terdesak, Najib terpaksa menaikkan sokongan yang sedang menurun ini dengan memberi bantuan kewangan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan berjanji untuk menghapuskan undang-undang yang menindas. Dia juga telah mengumumkan gaji minima yang pertama bagi Malaysia pada ahkir April dalam usaha untuk mendapatkan sokogan pengundi miskin tetapi telah dikritik hebat kerana ianya masih terlalu kecil.
Kesilapan terbesar PM Malaysia ini adalah caranya mengendalikan peserta Bersih 3.0 yang mahukan pilihanraya yang bersih. Lebih daripada 250,000 orang yang hadir memberi sokongan namun Najib yang panik telah mengarahkan polis mematahkan bantahan dengan cara yang paling dasyat dalam sejarah terkini.
Kejatuhan BN adalah kerana UMNO
Tinjauan Merdeka telah memberikan bayangan bahawa keputusan pilihanraya adalah tidak begitu baik bagi kerajaan BN.
Tinjauan ini menunjukkan persepsi pengundi terhadap kerajaan terus menurun dengan 42 peratus responden melaporkan bahawa mereka ‘berpuas hati dengan kerajaan’, ia menurun sebanyak enam peratus jika dibandingkan dengan tinjauan yang dilakukan pada bulan Mei 2012.
Penurunan ini lebih ketara dikalangan pengundi Melayu, dimana responden yang menyatakan mereka ‘puas hati’ pada kerajaan menurun dari 65 peratus kepada 58 peratus pada Jun 2012.
Pada pendapat kami, penurunan ini bukanlah disebabkan oleh politik atau bagaimana pendapat mereka terhadap PM tetapi kerana faktor ekonomi dan bagaiman ia mempengaruhi kehidupan mereka,” tambah Merdeka Centre lagi.
Tinjauan yang sama juga mendapati bahawa kebimbangan terhadap isu ekonomi, terutamanya taraf hidup dan gaji merupakan isu yang paling diutamakan oleh pengundi, dengan 39 peratus berbanding 33 peratus pada Mei 2012.
Ini diikuti dengan kebimbangan terhadap kadar jenayah dan masalah sosial yang meningkat kepada 12 peratus dan faktor politik pada 8 peratus.
Tinjauan juga mendapati kebimbangan terhadap ekonomi juga telah menurunkan persepsi terhadap masa depan negara dengan 54 peratus menyatakan negara berada pada landasan yang betul berbanding 58 peratus pada April 2012.
Tinjauan telah dijalankan oleh Merdeka Centre diantara 22 dan 29 Jun dan melibatkan 1,010 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus india yang ditemuramah melalui telefon.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa