Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 5, 2012

Dua Ekor Beruk Gila Buka Mulut Bau Belacan..

Kedua-duanya cuba menegakkan buluh yang patah.... 
Cakap berbelit untuk mewajarkan yang salah!

BN K'tan: JK khas kaji jika wang ehsan akan diteruskan


  • Bernama
  • 3:51PM Ogos 5 2012

BN Kelantan mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata adalah wajar isu tuntutan bayaran tunai itu diserahkan kepada jawatankuasa khas itu kerana ia dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

"Kita serahkan kepada jawatankuasa khas ini kerana mereka pakar undang-undang berdasarkan terma rujukan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam, mereka tidak berpihak kepada mana-mana maka kita tunggu hasil daripada jawatankuasa ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam, mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur.

Najib berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Jawatankuasa Khas itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata jawatankuasa khas itu juga akan mengambil kira pandangan daripada rakyat Kelantan kerana wakil dari negeri ini yang diperkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan menganggotai jawatankuasa tersebut.
    
"Kita berpandangan kita perlu serahkan isu tersebut kepada pakar-pakar yang menganggotai jawatankuasa tersebut, kita harap tidak ada pihak yang beremosi, dipolitikkan, kerana seperti yang ditekankan perdana menteri jawatankuasa ini akan bertindak secara adil dan telus," katanya.

Beliau berkata jawatankuasa khas tersebut juga akan mengkaji adakah wajar pemberian wang ehsan kepada Kelantan diteruskan, dimana sejak tiga tahun lalu sebanyak RM61.8 juta disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk membantu rakyat negeri ini termasuk kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Mengenai lawatan Perdana Menteri ke negeri ini petang ini, Mustapa berkata lawatan Najib itu akan meningkatkan semangat kepada BN Kelantan dalam membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di Kota Bharu kira-kira pukul 4.25 petang, Najib akan mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Kelantan dan kemudiannya beliau akan menghadiri program penyampaian bantuan kepada Penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di Bachok.

Perdana Menteri akan menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk di Masjid Naim, Jelawat, Bachok dan sebelum berlepas pulang, beliau akan ke Yayasan Kemiskinan Kelantan di Melor untuk bersama penduduk. - mk

KM Sabah: Janji royalti minyak 20 peratus 'tak logik'
5:00PM Ogos 5 2012
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus merupakan janji yang tidak logik.

Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini, Musa berkata wang dari hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.

"Itu janji yang tidak logik, sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur, kita sedar sejak sabah bersama-sama membentuk Malaysia, kerajaan pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagia infrastruktur termasuk sekolah hospital, jalan raya dan sebagainya.

"Itu belum lagi dicampur dengan kos pertahanan dan kesealamatan negeri yangmemakan belanja besar. Kita perlu mengambil kira banyak pengagihan lain yang diberikan oleh kerajana pusat melalui pelbagai kaedah, kita perlu lihat dari skop yang lebih luas," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Isu royalti minyak menjadi tawaran utama Pakatan Rakyat kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008.

Ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mengulangi janji untuk meningkatkan bayaran royalti berkenaan yang didakwa diberikan secara tidak adil kepada Sabah.

Mengulas mengenai masalah kebanjiran warga asing di negeri itu, yang turut menjadi agenda utama Pakatan Rakyat di Sabah, Musa berkata negeri berkenaan menghadapi masalah untuk menguruskan warga asing warga Filipina.

"Di Sabah yang paling ramai adalah warga Indonesia dan Filipina. Bagi warga Indonesia kita tidak ada masalah untuk menghantar pulang kerana mereka mempunai konsulat di Sabah.

"Malangnya masalah melibatkan warga Filipina agak sukar diuruskan kerana negara itu tidak mempunyai konsulat di sini.

"Jika pembangkang mengatakan kita tidak berbuat apa-apa ia adalah tidak benar sama sekali, ini kerana kita sedaya upaya telah berusaha menyelesaikan masalah ini yang sudah pasti akan mengambil masa," katanya lagi dalam wawancara tersebut.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa tindakan ke atas pendatang haram di Sabah bukanlah perkara mudah untuk diselesaikan.

Perkembangan di negeri tersebut kini menarik perhatian ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing daripada Upko dan Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno, berpaling tadah dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Susulan tindakan dua MP tersebut pada akhir bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bergegas ke Sabah Dua pada 3 Ogos dan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP). - mk

1 comment:

  1. Memang beruk dua ekor nie tak mau lepas duit yang mereka dok kawal nanti bila dah dibagi pada kerajaan negeri masing-masing peluang untuk nak pelahap hak rakyat dah tak ada, tak perlulah buat JK tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa