Walaupun sudah mampu kembali ke Malaysia pada waktu-waktu tertentu selepas melarikan diri ke luar negara empat tahun lalu, penyiasat persendirian P Balasubramaniam masih bimbangkan keselamatan dirinya.

"Saya boleh kembali, tetapi kembali (untuk melawat) saja. Saya tidak selamat di sini... Di sini, Malaysia, saya tidak selamat.

"Pelbagai perkara boleh berlaku, kecelakaan boleh berlaku," kata bekas pegawai polis itu kepada Malaysiakini dalam wawancara bulan lalu.

Tanpa menamakan pihak yang ditakutinya, beliau berkata, terdapat orang yang berkuasa yang boleh bertindak sewenang-wenangnya pada masa ini.

"Mereka boleh lakukannya kerana berkuasa. Mereka boleh buat apa yang mereka mahu dan kita tidak boleh melawan (mereka).