Selame nih mu dok wat bbende Mamat?
Wak malu oghang Gganu jek!
2 Ogos 2012
'Hanya jamah nasi kosong'
2 Ogos 2012
DUNGUN – "Saya pernah berbuka dengan hanya makan nasi kosong manakala anak-anak saya hanya masak nasi goreng."
Demikian cerita ibu empat anak kata Rusniawati Darling, 46, yang terpaksa menjalani hidup dengan penuh kesukaran kerana pendapatan suami tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.
Kata Rusniawati, suaminya, Mohd Arif, 51, hanya bekerja sebagai pembantu tukang rumah, dan pendapatannya tidak tetap.
"Setiap kali menjelang hari raya, hati saya sedih kerana tidak dapat menyediakan baju baru untuk anak.
"Saya juga bimbang perasaan anak apabila melihat rakan yang lain berbaju baru sedangkan anak saya berpakaian lusuh," katanya.
Bagaimanapun dia bersyukur kerana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Santong prihatin dengan nasib yang dialami mereka sekeluarga.
"Kalau rumah kami ini tidak ubah seperti pondok usang yang menanti masa untuk roboh, kini sudah bertukar kepada rumah papan yang lebih selesa untuk didiami," katanya yang bersyukur dengan bantuan JKKK kampung itu.
Empat anaknya, Mohd Hishamudin, 14, Mohd Helmi Syamir, 14, Nor Fara Atirah, 13 dan Mohd Harif Farhan, 8 yang masih bersekolah.
Namun kedukaan Rusinawati sedikit terubat apabila menerima kunjungan MZ Group of Companies yang prihatin dengan nasibnya.
Dalam kunjungan yang turut disertai Pengerusi JKKK Kampung Santong, Shafie Salleh itu, Rusniawati menerima sumbangan berupa barangan keperluan dan produk kesihatan pompure Asia.com yang beribu pejabat di Pulau Serai, Dungun.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa