Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak memberi akreditasi kepada badan Pemantau Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) sebagai pemantau pilihan raya berikutan banyak aduan diterima daripada parti-parti politik yang mendakwa badan itu tidak bersikap berkecuali.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kiri) berkata Mafrel juga gagal mematuhi sepenuhnya syarat SPR termasuk tidak menyerahkan laporannya selepas dilantik pada pilihan raya umum 2008.
Mengenai pelantikan NGO untuk memantau bagi memastikan kelancaran pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, sembilan NGO di Sarawak - empat daripadanya di Miri, tiga di Kuching dan dua di Sibu - telah dikenal pasti kerana mereka memenuhi syarat SPR iaitu tidak memihak kepada mana-mana parti dalam menjalankan kerja mereka.
Beliau berkata SPR memberi keutamaan kepada NGO setempat kerana mereka lebih arif dengan sensitiviti dan adat resam setempat tetapi pemerhati asing juga akan dijemput, terutamanya daripada negara anggota Asean.
Wan Ahmad memberitahu pemberita demikian selepas memberikan taklimat kepada pemimpin parti-parti politik dan wakil media mengenai pilihan raya Umum Ke-13, yang boleh diadakan bila-bila masa antara sekarang sehingga Jun tahun depan.
Sementara itu, Wan Ahmad mengingatkan parti-parti politik bahawa calon pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas akan lucut kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya Parlimen akan datang di negeri ini jika mereka
gagal mengemukakan jumlah perbelanjaan pilihan raya mereka kepada SPR.
Katanya, adalah menjadi tanggungjawab parti-parti politik untuk memeriksa perkara itu dengan SPR untuk mengelak mencalonkan atau memilih sesoerang yang tidak layak sepertimana ketetapan dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya.
"Sekarang ini, kita (SPR) mahu maklumkan kepada orang ramai terlebih dahulu bahawa jika seseorang itu gagal mengemukakan jumlah perbelanjaan itu, dengan itu mereka tahu akan akibatnya," katanya.
Turut hadir Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan beberapa anggota SPR.
Sementara itu, Wan Ahmad berkata walaupun Sarawak mempunyai 1,051,190 pengundi berdaftar, menjadikannya yang keempat terbanyak daripada segi jumlah pengundi selepas Selangor, Johor dan Perak, dianggarkan kira-kira 300,000 pengundi yang layak masih belum berdaftar untuk melaksanakan hak mereka untuk mengundi. - mk
Sementara itu baca pula ulasan Kelab Greenboc
Ulasan GB
SPR lansung tidak ada akreditasi malah tidak layak lansung untuk memberikan akreditasi kepada pihak lain.
Ini kerana bukan sahaja banyak aduan dari parti politik, malah aduan dari rakyat berbentuk perhimpunan besar bernama BERSIH sebanyak tiga kali yang menuntut pilihanraya BERSIH DAN ADIL di dalam negara ini membuktikan SPR sebuah badan yang tidak berkredibiliti dan tidak dipercayai untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini.
Penipuan demi penipuan terbongkar tetapi SPR tetap tidak bersikap berkecuali malah menambah dan melakukan segala macam taktik dan teknik untuk memenangkan UMNO BN!
Bukan tuduhan, tetapi banyak bukti-bukti telah diberikan, kalau tidak masakan rakyat sanggup menempuh segala cabaran dan halangan untuk mengadakan perhimpunan BERSIH yang dituduh haram. Namun akhirnya kebenaran itu jelas,BERSIH tidak haram mengikut keputusan mahkamah pada 24 Julai lalu
Rakyat kini hanya ada Tuhan sebagai tempat bermohon agar digagalkan segala perancangan dan perencanaan SPR & JPN melaksanakan penipuan mereka di dalam pilihanraya akan datang ini seterusnya menghukum mereka yang terlibat dengan sewajarnya. Amin Ya Allah!

PUAK2 NI CARI PELUANG JE NAK PUTAR ALAM... BILA DAPAT SATU HUJAH BUKAN MAIN LE DIA GUNA SEBAGAI SENJATA WALAUPUN SELALUNYA NAMPAL MENIPU...
ReplyDelete