Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 4, 2012

SPRM, SPRM......

SPRM didakwa menyimpang dalam kes AG
1:27PM Ogos 4 2012

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa hanya berminat menjejaki sumber kebocoran dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Peguam Negara Abdul Gani Patail, dan tidak kes itu sendiri.

Bekas pengarah Urusaan Ho Hup, Low Tuck Choy berkata, beliau menyedari perkara itu apabila SPRM memasuki pejabatnya tahun lepas.

NONEDitanya berhubung kenyataan SPRM bahawa Low tidak akan dipanggil membantu siasatan kes itu, bekas pegawai kanan di syarikat pembinaan antara terbesar itu berkata, ia membuktikan suruhanjaya itu tidak serius.

"Bila SPRM datang ke Ho Hup, mereka tanya kakitangan kami bagaimana dokumen boleh bocor.

"SPRM tidak berminat menyiasat dakwaan itu. Pada saya, semua bukti sudah berada di domain awam (di Internet).

"Selepas 10 bulan, SPRM patut menyelesaikan siasatan berhubung kes itu tetapi ia masih tertangguh," katanya kepada Malaysiakini.

Low, 54, pada awal bulan ini membuat laporan polis mendakwa dokumen yang dimuat naik di laman Malaysia Today adalah asli.

Ia antaranya melibatkan invois daripada syarikat elektrik dan baucar pembayaran Ho Hup tahun 2009 dengan nama Abdul Gani. - ,mk

2 comments:

  1. salamm... mohon bertukar pautan blog tuan.. tq

    ReplyDelete
  2. hangit

    Terima kasih kerana ziarah.
    Hajat saudara sudah saya penuhi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa