Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 3, 2012

STAR Pimpinan Kitingan Tidak Kompromi ‘kubu kuat’ Dengan PR, Setuju Satu Lawan Satu

August 01, 2012

KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Datuk Dr Jeffrey Kitingan tidak goyah dengan kemasukan dua pimpinan veteran Barisan Nasional (BN) menyertai perjuangan pembangkang Sabah, dengan menyatakan partinya, Parti Reformasi Negeri (STAR) tidak akan berkompromi kubu kuat mereka kepada mana-mana sekutu politik termasuk Pakatan Rakyat (PR).

Ahli politik terkenal - membawa agenda Borneo dan diterima oleh komuniti Kadazandusun dan Murut itu berkata, tidak akan sebab STAR melepaskan kerusi yang mempunyai pengaruh mereka yang kuat.

Akan tetapi, beliau berkata, untuk kepentingan Sabah, semua parti pembangkang mesti bekerjasama untuk menjatuhkan BN dan tidak menunjukkan siapa lebih berkuasa berbanding yang lain.

“Pendirian STAR, kami akan memberi tumpuan di kawasan-kawasan yang mana kami rasa kami kuat. Kami akan memberitahu mereka (parti pembangkang) bahawa kami tidak akan berkompromi di kubu kuat kami,” katanya ketika dihubungi semalam.

“Tetapi kita bercakap dengan Pakatan Rakyat (PR) untuk bekerjasama demi kepentingan bersama. Kita tiada pilihan lain selain daripada bercakap.
“Sudah tentu seperti yang anda tahu, STAR mahu berdiri di atas kaki sendiri ... untuk bekerja dengan PR sebagai rakan kongsi dan tidak bekerja di bawah mereka .... jadi kita bercakap tentang bagaimana untuk berurusan tentang ini,” katanya.

Kitingan memberitahu The Malaysian Insider bahawa “kubu kuat” STAR, merujuk kepada diantara 22 dan 33 kerusi daripada 60 kerusi negeri Sabah, yang kebanyakannya adalah kerusi campuran yang terdiri daripada pengundi Islam.

Ahli politik veteran telah menyuarakan niatnya untuk melawan abangnya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (gambar), presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi kerusi parlimen Keningau, yang beliau tewas dalam pilihan raya umum (PRU) 2008.

Hubungan antara dua adik-beradik yang terkenal itu masih baik akan tetapi khabar mengatakan bahawa Jeffrey telah menyebarkan kebencian terhadap Pairin sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mendapat kekuatan melalui pergerakan “Borneo Tea Party”nya di seluruh Sabah.

Landskap politik Sabah mengalami goncangan kecil pada hujung minggu lalu apabila dua ahli parlimen kanan BN – ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing - mengisytiharkan keputusan mereka melancarkan dua pergerakan politik baru yang akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun pembangkang persekutuan telah menyambut keputusan dua ahli parlimen itu untuk menyokong perjuangan mereka, telah timbul cakap-cakap bahawa perubahan secara tiba-tiba boleh menyebabkan persaingan kerusi yang sedia ada di kalangan pihak-pihak pembangkang menjadi semakin sesak.

Datuk Yong Teck Lee, bekas ketua menteri Parti Progresif Sabah (SAPP) memain peranan yang sangat penting, di mana dikhabarkan beliau telah bersetuju dengan perkongsian kuasa bersama rakan politik PR.


Kitingan sedar bahawa perjuangan sekarang lebih sengit berbanding dahulu tapi menurut beliau lagi, cabaran utama untuk pembangkang sekarang adalah untuk “berjalan selari dan bekerjasama”.

 “Sekiranya pembangkang ingin mengambil kesempatan terhadap apa yang Lajim dan Bumburing buat, maka mereka (pembangkang) perlu bekerjasama.

 “Sudah tentu ini merupakan satu tugas yang amat mencabar, namun setelah menetapkan strategi, persamaan sekarang adalah untuk mengambil kira pembolehubah yang lain,” menurutnya lagi.

Akan tetapi, walaupun berlakunya perebutan kerusi di kalangan parti pembangkang Sabah, Jeffrey dengan yakin berpendapat rakyat Malaysia boleh menjangkakan “ribut” akan berlaku di Sabah pada pilihan raya yang akan datang.

Beliau merujuk kepada ketidakpuasan hati yang meningkat di kalangan orang tempatan terhadap BN oleh kerana kegagalan untuk memberi autonomi kepada Sabah seperti yang telah dijanjikan dalam perjanjian Malaysia

Menurut Jeffrey lagi, BN gagal menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin (PTI) yang telah lama wujud di Sabah, kerugian negeri atas hasil minyak kepada kerajaan persekutuan dan kegagalan untuk melindungi hak tanah adat asli.

Kitingan cited Lajim and Bumburing’s exit as a clear indicator of this growing dissatisfaction, saying the two men had likely wanted to be a part of the changes in the Land Below the Wind.

Menurut Kitingan, pengunduran Lajim dan Bumburing adalah tanda jelas ketidakpuasan hati yang meningkat.


Katanya lagi, kedua-duanya besar kemungkinan ingin menjadi sebahagian daripada perubahan di “negeri di bawah bayu” tersebut.

Amaran beliau, “Saya rasa sekiranya BN tidak berhati-hati menyusun langkah, mereka ada kemungkinan kehilangan deposit tetap di sini. Tenaga perubahan ada di sini.. cuma tinggal cara untuk mengendalinya”.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa